Manchester United Kalah Bermaruah Di Tangan Man City

Dua gol oleh Phil Foden pada separuh masa kedua memastikan perlawanan derby Manchester milik Manchester City.

Man United kalah bermaruah sekali lagi apabila Man City bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Manchester United di Stadium Etihad.

Ini apabila salah satu gol City itu berlaku dalam cara kontroversi. Ini sudah kali keberapa Man United menjadi mangsa kelemahan pengadil. Berbeza dengan Liverpool semalam yang ditolong pengadil.

Dalam permainan yang penuh dengan bintang antarabangsa, dua pemain tempatan yang memberikan detik-detik penting.

Pasukan pelawat mendahului menerusi rembatan sensasi pada minit kelapan Marcus Rashford dari jarak 30 ela.

Rashford yang bergelut dengan prestasi sebelum ini membuktikan dia masih pemain yang mampu memberikan impak dalam aksi besar seperti ini.

Rashy kini berjaya mencetak 5 gol ke atas Man City dalam kariernya sebagai pemain United. Hanya Wayne Rooney dengan 8 gol dan Eric Cantona dengan 7 gol lebih banyak berbanding beliau – untuk gol dalam aksi liga.

Bagaimanapun, dalam pertandingan yang dikuasai City, Foden menjadi tumpuan utama.

Terdapat unsur kontroversi mengenai gol penyamaan separuh masa kedua beliau. Ini apabila pengurus Man United, Erik ten Hag dilayangkan kad kuning kerana berhujah bahawa pasukannya sepatutnya mendapat sepakan percuma di separuh masa City apabila Rashford dikasari oleh Kyle Walker. Sebelum gol itu terhasil.

Tidak lama selepas itu Foden telah melencongkan rembatan hebat dan sensasi melepasi Andre Onana untuk menjadikan kedudukan 1-1.

United turut dinafikan penalti oleh pengadil ketika Garnacho dikasari di dalam kotak penalti.

Tidak lama kemudian, Foden melepaskan diri dari Casemiro statik untuk menjaringkan gol kedua City daripada hantaran kombinasi Julian Alvarez.

Foden diberikan ruang sangat besar untuk mengambil ruang dan masa bagi merembat masuk gol kedua.

Erling Haaland yang separuh masa pertama buat aksi komedi, terlepas peluang gol terbuka, telah melengkapkan jaringan ketiga pasukannya pada masa kecederaan. Meletakkan beliau terus menjadi calon untuk pemenang kasut emas musim ini.

Tamat perlawanan, Man United kalah bermaruah di tangan pasukan yang masih berdepan dakwaan 115 kesalahan FFP iaitu Manchester City.

Ini adalah kali kesebelas United kalah bermaruah dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Man City terus memastikan bandar Manchester itu biru dengan kemenangan keenam dalam 7 pertemuan terakhir menentang Manchester United.

City juga menang kali pertama ke atas United ketika mereka ketinggalan terlebih dahulu dalam 29 perlawanan Liga Perdana Inggeris ke atas lawan mereka itu.

Nampaknya badi itu sudah berjaya diatasi oleh skuad Pep Guardiola.

Kemenangan ini berlaku hanya seminggu selepas pemilik saham 27% kelab, Sir Jim Ratcliffe bertekad mahu menjatuhkan Man City dan Liverpool.

Lebih penting City kekalkan jarak 1 mata sahaja dengan Liverpool yang menang nasib semalam. Skuad kendalian Pep Guardiola itu akan melawat ke Anfield minggu hadapan.

United kekal di tangga keenam dalam carta tetapi kini ketinggalan 11 mata di belakang Aston Villa di tempat keempat dan enam di belakang Tottenham, kerana EPL mungkin mendapat slot kelima Liga Juara-Juara Eropah untuk musim depan.

BACA:  Strategi Terkini Jendela Perpindahan di Bawah Kepimpinan Baru Man United