Bruno Fernandes Minta Penyokong ‘Boo’ Pemain Sendiri Bukan Ole Gunnar Solskjaer

Ole Gunnar Solskjaer sepertinya sudah tidak ada harapan lagi untuk terus menyelamatkan kedudukan beliau sebagai pengurus Manchester United.

Selepas kekalahan paling memalukan bertemu Watford awal pagi tadi, pengurus dari Norway itu dilihat pergi ke arah para penyokong setan merah untuk memohon maaf.

Beliau juga dilihat memberi lambaian kepada para penyokong seolah-olah sudah tahu yang ia bakal menjadi lambaian terakhirnya.

Semakin Solskjaer menghampiri para penonton, semakin kuat makian dan hinaan yang dilemparkan kepadanya hingga menyebabkan Bruno Fernandes tampil mempertahankan pengurus kesayangan ramai itu.

Pemain kebangsaan Portugal itu dilihat cuba menghalang para pemain dari ‘boo’ Ole Gunnar Solskjaer, dengan meminta mereka meluahkan kemarahan masing-masing kepada para pemain.

Beliau turut sedar yang para pemain United juga sebenarnya bersalah dan patut bertanggungjawab, dengan aksi yang dipamerkan oleh skuad setan merah benar-benar mengecewakan.

Kunjungan ke Vicarage Road sebenarnya wajib pulang dengan membawa tiga mata penuh untuk Ole Gunnar Solskjaer, yang hanya mampu mencatatkan satu kemenangan sahaja dari enam perlawanan terakhir mereka dalam saingan Premier League.

Ole sendiri sudah mati rasa dan tak tahu mahu menunjukkan reaksi apa selepas kekalahan itu, dengan beliau dilihat sangat tenang berdepan para penyokong.

Beliau bahkan rela dimaki dan menunjukkan sikap bertanggungjawab terima kekalahan itu berpunca dari pimpinannya yang serba tidak menjadi.

Namun Fernandes tidak membenarkan hal itu berlaku dan meminta para penyokong agar tidak terus meletakkan sepenuh kesalahan di atas bahu pengurus.

Bukan hanya penyokong di stadium, penyokong yang menonton di rumah juga turut sama meluahkan rasa kecewa mereka terhadap Ole Gunnar Solskjaer, dengan memaki hamun pengurus dari Norway itu di laman media sosial.

Apa yang anehnya, dek kerana terlalu benci dan bengang dengan Ole Gunnar Solskjaer, ada segelintir peminat yang turut melepaskan geram mereka kepada Bruno Fernandes.

Mereka meminta agar Fernandes ikut saja pengurusnya itu pergi meninggalkan kelab, kerana bengang melihat bintang Portugal itu mempertahankan Solskjaer.

Aksi bertemu Watford bolehlah dianggap aksi paling teruk Manchester United sepanjang musim ini, dengan ketua pasukan Harry Maguire turut dilayangkan kad merah pada aksi babak kedua permainan.

Pemain kebangsaan England yang menjaringkan dua gol dari dua penampilan bersama skuad The Three Liones itu menerima dua kad kuning kerana melakukan kesalahan dungu.

Dan tindakan beliau selain menghukum dirinya, ia juga telah menghukum Manchester United secara keseluruhannya.

Gol jaringan dari Joao Pedro, Josh King, Ismaila Sarr dan Emmanuel Bonaventure sudah cukup untuk menyiksa setan merah dengan kekalahan memalukan 4-1 di Vicarage Road.

Bruno Fernandes ada alasan beliau sendiri tentang mengapa beliau meminta para penyokong agar tidak hanya memaki Ole Gunnar Solskjaer sahaja.

Aksi para pemain sememangnya sangat teruk dalam perlawanan tersebut, dengan para pemain kerap melakukan kesilapan dungu yang tidak boleh dimaafkan.

Masa depan Ole seperti semua sedia maklum sememangnya gelap dengan beliau kini hanya menanti masa sahaja untuk dipecat.

Man Utd adakan mesyuarat tergempar

Ahli Lembaga Pengarah Manchester United dan Keluarga Glazers adakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan pemecatan dan pampasan yang akan dinikmati oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Selain itu pengurus yang sedang menganggur kini, Zinedine Zidane juga menjadi menjadi sasaran untuk menggantikan tempat yang bakal dikosongkan oleh Ole Gunnar Solskjaer yang sentiasa percaya pada dirinya itu.

Mesyuarat tergempar ini terus diadakan selepas Manchester United mengalami kekalahan yang memalukan lagi mengaibkan kali ini kepada Watford dengan jaringan 4-1.

Kualiti yang ada pada barisan pemain Watford boleh dikatakan tidak layak untuk berada dalam pasukan Manchester United namun dengan semangat juang mereka berjaya memalukan pasukan yang dibarisi pemain bertaraf dunia.

Menurut laporan eksklusif dari Times Sports mesyuarat yang diadakan secara maya ini bagi membincangkan masa depan Ole Gunnar Solskjaer.

“Manchester United telah memanggil Ahli Lembaga Pengarah untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan pemecatan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus.”

“The Sunday Times difahamkan mesyuarat secara maya itu telah dijadualkan pada jam 7 malam dan pampasan Solskjaer adalah agendanya.”

Dalam pada itu juga Times Sports juga melaporkan bahawa Keluarga Galzer telah menggesa supaya Zinedine Zidane dipikat secepat mungkin bagi menjadi calon pengganti.

“Keluarga Glazer juga telah mengarahkan pegawai kelab untuk mempercepatkan lagi percubaan untuk memujuk Zinedine Zidane untuk mengambil alih jawatan pengurusan pertengahan musim ini dengan meningkatkan tawaran kewangan United kepada jurulatih yang memenangi Liga Juara-Juara tiga kali.”

Bagi kebanyakan peminat, berita itu akan datang sebagai kemas kini yang menarik kerana kekecewaan yang menyelubungi kelab dalam beberapa minggu kebelakangan semakin memuncak.

Zinedine Zidane berjaya memimpin Los Blancos untuk memenangi tiga gelaran Champions League dan dua gelaran La Liga sepanjang dua kali kariernya sebagai pengurus Real Madrid.

Zidane merupakan pengurus yang dianggap terhangat di pasaran pada ketika ini dengan beliau sendiri baru sahaja menolak tawaran dari Al-Sadd untuk menggantikan Xavi sebagai pengurus kelab.

Mundo Deportivo melaporkan yang Zinedine Zidane sudah ditawarkan jawatan sebagai pengurus di Al-Sadd namun legenda Perancis itu memilih untuk menolak tawaran tersebut.

Pemenang Piala Dunia 1998 itu pada ketika ini merupakan pengurus berstatus free ejen dengan beliau menegaskan ilmu bahasa Inggeris sangat penting untuk kariernya.

Hal ini memberi harapan kepada Manchester United untuk mencuba nasib dalam meneruskan usaha mereka melamar bekas pengurus Real Madrid itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Conte: Tiada Lagi Sengketa Antara Saya Dan Mourinho