Menangis Sakan Peminat Cilik Ini Dapat Bertemu Joe Hart

Seorang peminat cilik, sakan menangis selepas dapat bertemu penjaga gol Celtic, Joe Hart selepas penjaga gol England itu menurukan tandatangan disarung tangannya.

Joe Hart kini sudah menjadi seorang tokoh popular di Celtic Park dan membantu pasukan Ange Postecoglou menjulang kejuaraan Scotland dalam kempen sulungnya.

Pemain berusia 35 tahun itu mempunyai ramai peminat dan di luar padang latihan kelab Lennoxtown, dia menjadikan peminat cilik ini mengalami satu hari yang bertuah.

Video yang disiarkan di TikTok menunjukkan seorang anak muda itu tidak dapat menahan emosinya ketika Hart menawarkan untuk menandatangani salah satu sarung tangan penjaga golnya.

Para peminat telah menunggu pemain diluar pusat latihan dan Joe Hart telah melalui kawasan itu dengan keretanya dan terus menghentikan kereta selepas namanya dipanggil.

Ketika Hart menghampiri dengan keretanya, peminat cilik itu boleh dilihat keterujaannya bertemu pemain idola apabila melompat-lompat gembira bersama kakak dan ibunya.

Kegembiraan teramat sangat itu bertukar menjadi penuh emosi disusuli dengan cucuran air mata yang melimpah ruah dan peminat cilik ini menangis sakan.

Ibunya telah menghulurkan sarung tangan penjaga gol untuk ditandatangi Joe Hart dan cucuran air mata bertambah-tambah serta emosi mencapai tahap klimaks.

Joe Hart sudah pasti terharu dengan situasi itu lalu cuba menenangkan dan memujuk peminat cilik itu supaya tidak menangis.

Kemudian Joe Hart meneruskan pujukan dan bersalaman dengan peminat cilik itu dan kakaknya hanya tersenyum melihat keletah adiknya itu.

Hanya menghentikan kenderaan dan melayan permintaan peminat dari Joe Hart pasti membuatkan peminat cilik itu tersengih kegembiraan untuk tempoh yang lama.

Para peminat Celtic memuji apa yang dilakukan Joe Hart itu yang disifatkan sebagai pemain kesukaan ramai.

Seorang mengulas: “Joe Hart mendapatnya, dia mendapat Celtic, dia mendapat kami, banyak kasih sayang.”

Seorang lagi berkata: “Tidak terlalu memikirkan Joe Hart sebelum dia datang kepada kami tetapi sekarang saya fikir dia adalah salah seorang daripada pemain kegemaran saya.”

Seorang lagi menambah: “Tidak mengambil banyak masa untuk membuat hari seseorang itu bahagi dan anak kecil itu akan bercakap tentang itu untuk tahun-tahun akan datang.”

Joe Hart memulakan kariernya bersama Shrewsbury Town sebelum menyertai Manchester City dan kerap dipinjamkan ke beberapa buah pasukan seperti Tramere Rovers, Blackpool, Birmingham, Torino dan West Ham United.

Mungkin penat dipinjamkanm Hart akhir keluar dari Manchester City untuk bersama Burnley kemudian bersama Tottenham Hotspur dan kini begitu disayangi bersama Celtic.

Akhirnya Joe Hart sudah menemui pasukan yang sangat menghargainya dan menjadi kesayangan peminat.

Joe Hart selain bermain bola sepak merupakan seorang pemain kriket berbakat. Dia pernah bermain untuk Shrewsbury Cricket Clun di Birmingham & District Premier League antara 2003 dan 2005.

Joe Hart juga bermain selama dua tahun dalam pasukan belia Worcestershire berama-sama batsman yang juga kapten England, Steven Davies.

Menurut bekas jurulatihnya di Worcestershire, Damina D’Oliveira, Hart adalah seorang yang sangat sangat sangat berbakat dalam kriket dan mampu bowl dengan laju.

“Dia ada semua ciri-ciri pemain kriket mithali – tinggi dia 6′ 2”, boleh baling bola dengan tepat kepada right-hander dan boleh bowl selaju 140km/j. Dia juga merupakan pemain yang sangat dipandang tinggi dalam negara ini,” kata D’Oliveira.

Pemain Worcestershire, Jack Shantry juga masih ingat lagi ketika Joe Hart masih bersamanya.

“Kami main kriket juinor sama-sama di Shrewsbury bawah-13 tahun dan bawah-15 tahun, dan kami juga juara kebangsaan. Pada masa yang sama, kami bermain bola untuk pasukan yang sama.”

“Di sekolah dia satu darjah atas aku dan dia memang lebih berbakat daripada aku dalam bola atau kriket. Aku rasa la kan, kalau dia pilih kriket berbanding bola, dia akan jadi pemain kriket yang saaaaangat berjaya,” ujar Shantry dengan sepenuh hati.

BACA:  Guardiola Akui Beliau Mungkin Silap Kerana Meminggirkan Joe Hart