Tonton Aksi Luar Biasa Joe Hart Untuk Menambat Hati Guardiola, Salah Jadi Mangsa

Penjaga gol ‘dalam buangan’ Manchester City, Joe Hart terdesak untuk menambat hati Pep Guardiola dan membuktikan dirinya masih mempunyai masa depan di Etihad Stadium.

Sejak Pep Guardiola mengambil alih tampuk pengurusan Manchester City, khidmat Hart tidak diperlukan lagi dan beliau telah dipinjamkan ke kelab luar untuk dua musim berturut-turut.

Salah menjaringkan gol penyamaan untuk Liverpool kurang semint selepas dimasukkan. Gol offside

Malang buat Hart kerana tidak diberikan peluang untuk membuktikan kebolehannya walaupun musim belum lagi bermula. Pada tahun 2016, Hart terpaksa membawa diri ke Itali untuk beraksi dengan Torino kerana tempatnya diisi oleh Claudio Bravo.

Tahun berikutnya, Hart dipinjamkan kepada West Ham kerana Manchester City baru sahaja berbelanja besar mendapatkan penjaga gol Brazil, Ederson dari Benfica.

Sepanjang dua tahun beraksi di luar, prestasi Hart menurun dengan mendadak sehingga namanya diketepikan dari berada dalam skuad Piala Dunia England yang beraksi di Russia.

Kini, Hart kembali ke pangkuan Manchester City kerana masih mempunyai ikatan kontrak dengan kelab tersebut. Memandangkan Ederson masih lagi bercuti, Hart diberi peluang untuk membarisi kesebelasan utama City bagi menghadapi International Champions Cup yang sedang berlangsung di United States.

Ole

Guardiola menurunkan Hart ketika Mancheser City bertemu Liverpool kelmarin dan beliau bermain baik tanpa melakukan sebarang kesilapan.

Jika tidak kerana gol offside daripada Mohamed Salah pada separuh masa kedua, Liverpool yang dibarisi beberapa pemain utama mungkin tewas di tangan pasukan City yang kebanyakannya masih lagi remaja.

Walaupun sedar sukar untuk beliau kembali merebut tempat dalam kesebelassan utama The Citizens, Hart masih menjalankan tugasnya dengan profesional dan aksinya ketika menentang Liverpool tidak mengecewakan.

Ketika perlawanan memasuki babak kedua, Hart yang ditekan Salah tenang meng’nutmeg’ penjaring terbanyak Liverpool musim lepas lantas menerima sorakan dari puluhan ribu pemint yang berada di dalam stadium.

Tindakan Hart itu seperti bermain dengan api tetapi mujurlah Salah memainkan peranan beliau dengan baik apabila membuka kangkang seluas-luasnya untuk Hart.

‘Nutmeg’ ini mungkin menjadi ingatan terakhir peminat Manchester City terhadap Hart memandangkan spekulasi semakin bertiup kencang mengatakan beliau akan berpindah keluar secara tetap, bukan lagi secara pinjaman.

BACA:  Guardiola: 'Quadruple' Tidak Akan Berlaku Musim Ini