Pengurus Roma Jose Mourinho digantung selama 10 hari oleh Serie A sebagai hukuman kerana mengeluarkan kenyataan terhadap pengadil, Daniele Chiffi.
Jurulatih berusia 60 tahun itu mengkritik pengadil dan menyifatkan pengadilan Chiffi apabila bekata: “yang paling teruk pernah saya lihat sepanjang kehidupan saya” selepas perlawanan menentang Monza pada 3 Mei lalu.
Selain hukuman tersebut, jurulatih berasal dari Portugal itu turut didenda 50,000 euro.
Jose Mourinho has been handed a €50,000 fine and a 10 day suspension starting on the 1st day of the Serie A season.
He’s being penalized for his accusations towards referee Daniele Chiffi.
📰 via Sportitalia pic.twitter.com/9Tl6gtGDhZ
— Italian Football TV (@IFTVofficial) June 28, 2023
Menurut kenyataan Itali FA, Mourinho akan menjalani hukumannya bermula hari pertama saingan musim hadapan.
Bekas pengendali Cheslea, Real Madrid, Inter Milan dan Manchester United itu mengkritik Chiffi selepas pengadil itu melayangkan kad merah kepada pemain Roma, Mehmet Zeki Celik ketika perlawanan memasuki minit keenam masa kecederaan dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium U-Power.
Dalam perlawanan tersebut, Mourinho turut dilayangkan kad merah kerana sikap agresifnya di kawasan teknikal.
Roma boss Jose Mourinho handed 10-day Serie A ban for referee comments https://t.co/17kqC9dux2 pic.twitter.com/Dv0j7LkTUc
— The Independent (@Independent) June 28, 2023
Musim lalu Mourinho berhadapan beberapa masalah sehingga dikenakan tindakan disiplin kerana sikapnya di tepi padang.
Beliau dilayangkan kad merah sebanyak tikga kali termasuk satu kad merah oleh Chiffi selepas Roma tewas kepada Atalanta.
Jurulatih itu sebelum ini turut dikenakan tindakan oleh UEFA selepas mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil, Anthony Taylor selepas tewas kepada Sevilla di perlawanan akhir Europa League.
Saingan musim bahar Serie A akan bermula pada 19 Ogos akan datang, dan hukuman ini bermakna Mourinho tidak dibenarkan berada di bangku simpanan untuk dua perlawanan.