Neymar Bengang Dengan Penyokong Brazil Yang Mahu Argentina Menjuarai Copa America

Neymar tidak begitu gembira dengan Brazilians yang mahu melihat Lionel Messi dan Argentina memenangi gelaran Copa America tahun ini.

Ada peminat Brazil yang berharap agar Argentina berjaya menang perlawanan akhir Copa America hujung minggu ini supaya Messi boleh menikmati kejayaan di pentas antarabangsa.

Brazil dan Argentina akan bertemu dalam aksi perlawanan akhir Copa America dengan ia dianggap sebagai Superclasico oleh para peminat.

Tidak kira bila sahaja andai kedua-dua gergasi Amerika Selatan ini bertemu, ia tentu akan menyajikan aksi dan persembahan yang sangat dasyat.

Namun untuk perlawanan Superclasico pada hujung minggu ini, ia akan menjadi lebih menarik dan menakjubkan atas beberapa faktor.

Tangkap layar dari IG Story Neymar

Ada segelintir penyokong Brazil yang mahu melihat Argentina memenangi perlawanan tersebut, kerana mahu melihat Messi menamatkan badi tak pernah memenangi apa-apa kejuaraan di pentas bola sepak antarabangsa.

Bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Neymar sepertinya tidak gembira dengan pendapat itu dan beliau telah memuat naik status di laman media sosial untuk mengkritik hal tersebut.

“Saya seorang Brazilian yang penuh rasa bangga dan penuh dengan kasih sayang.”

Jelas Neymar menerusi laman Instagram miliknya.

“Impian saya adalah untuk selalu ada dalam skuad Brazil dan dengar penyokong menyanyi. Saya juga tidak pernah menyerang atau mengata Brazilians jika mereka terlibat dalam apa-apa pun, sukan apa-apa, model, ratu cantik, Oscar….”

“Saya orang Brazil dan saya juga Brazilian dan adakah ia berbeza?”

“Tak ada masalah, saya akan hormati itu, tapi pergi neraka lah.. untuk sesiapa saja yang bertentangan dengan itu.”

Jelas Neymar lagi yang sepertinya menunjukkan yang beliau tidak berada dalam keadaan yang baik.

Salah seorang Brazilians yang menyokong Argentina adalah penyampai TV, Fabiola Andrade, dengan wartawan itu memuat naik gambar beliau sendiri menyarung jersi Argentina dua hari yang lalu.

Ketika menjelaskan tentang mengapa beliau memberi sokongan kepada seteru utama negaranya itu, Andrade menulis:

“Sebelum semua orang menyerang saya secara terbuka, biar saya jelaskan terlebih dahulu: Saya sayangkan Brazil, bola sepak Brazil… Saya juga ada kawan-kawan dari Argentina.”

“Tapi saya bukan menyokong Argentina dalam perlawanan akhir Copa America kerana mereka, tidak. Saya sokong kerana saya cintakan #bolasepak dan @leomessi yang harus memenangi Piala bersama skuad kebangsaannya! Demi keadilan!”

Messi jelas dianggap oleh orang ramai sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman dengan beliau telah berjaya memenangi enam kali gelaran Ballon d’or berserta begitu banyak anugerah di peringkat kelab.

Salah satu kritikan terbesar yang dilemparkan pada bintang berusia 34 tahun itu adalah kerana beliau masih gagal untuk memenangi sebarang kejuaraan bersama skuad kebangsaannya.

Neymar dan Messi ketika beraksi bersama Barcelona

Bintang Barcelona itu telah tiga kali membawa Argentina mara ke perlawanan akhir Copa America, termasuk dua kali berturut-turut pada 2015 dan 2016.

Beliau juga telah berjaya membawa skuad kebangsaan Argentina untuk mara ke aksi perlawanan akhir Piala dunia pada tahun 2014 yang lalu.

Tidak kira sama ada Neymar suka atau tidak, apa yang pasti kebanyakkan peminat bola sepak sememangnya berharap untuk melihat Argentina yang menjulang Piala keramat benua Amerika Selatan itu pada hujung minggu ini.

Namun tidak boleh juga untuk menyalahkan Neymar untuk bersuara kepada para penyokong Brazil yang turut sama mahu melihat Messi menjulang Piala tersebut walau Argentina akan beraksi bertemu negara mereka sendiri.

Kedua-dua Neymar dan Messi pada ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka, dengan menjadi watak terpenting dalam membantu pasukan masing-masing mara sehingga ke perlawanan akhir.

Para peminat jelas teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan apa yang akan berlaku pada perlawanan itu nanti dengan perlawanan akhir Copa America kali ini dianggap sebagai perlawanan impian.

Lebih menarik lagi, para peminat begitu teruja untuk melihat bagaimana Neymar dan Messi yang dianggap sahabat baik itu akan bersemuka di atas padang pada hari perlawanan nanti sebagai musuh.

Adakah Neymar akan berjaya untuk membawa Brazil untuk menjulang Piala Copa America di halaman mereka sendiri? Atau Messi akan menjulang Piala pertamanya di pentas bola sepak antarabangsa.

Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Brazil, Argentina, Jerman - Negara Manakah Yang Paling Banyak Menjulang Piala Rasmi?