Odion Ighalo Menerima Tawaran £400,000 Seminggu Supaya Tinggalkan Setan Merah

Odion Ighalo telah ditawarkan lanjutan kontrak yang cukup mewah bersama pasukan asalnya Shanghai Shenhua.

Shanghai Shenhua dilaporkan telah menawarkan kontrak selama dua tahun untuk Ighalo dengan bayaran £400,000 seminggu.

Tawaran lumayan itu diberikan kepadanya dengan alasan supaya Ighalo tidak akan kekal bersama pasukan setan merah dan kembali ke pasukan asalnya.

Ighalo kini merupakan salah seorang pemain paling digemari di United sejak ketibaannya ke Old Trafford Januari lalu.

Beliau sudah berjaya menjaringkan empat gol dan menunjukkan persembahan yang cukup mantap bersama setan merah.

Kini perjanjian pinjaman beliau sehingga akhir musim sudah bakal berakhir, pasukan dari China, Shenhua dilaporkan mahukan semula penyerang utama pasukan mereka.

Mereka memanggil Ighalo pulang ke pasukan asal dan menawarkan lanjutan kontrak baru berserta kenaikkan gaji yang sangat lumayan.

Pemain berusia 30 tahun itu sepatutnya bersama setan merah sehingga 30 Mei ini tetapi kemungkinan akan dilanjutkan ekoran penangguhan Liga.

Premier League dan hampir kesemua sukan utama dunia kini ditangguhkan ekoran penularan virus Covid-19.

Kontrak asal Ighalo bersama pasukan asal beliau sepatutnya tamat pada tahun 2022 nanti.

Tetapi dengan berbaki dua tahun kontrak lagi, Ighalo sudah di pancing dengan tawaran lumayan untuk mengikat perjanjian baru.

Walau bagaimanapun, penyerang pasukan kebangsaan Nigeria itu adalah peminat sejati pasukan setan merah.

Beliau sudah berjanji akan tetap memberi sepenuh perhatian untuk membantu setan merah sehingga habis musim ini.

Tetapi jika difikirkan semula, walaupun tawaran baru dari pasukan Shenhua lumayan untuknya, di United sendiri Ighalo turut mendapat imbuhan setimpal dengan aksinya.

Ighalo menerima imbalan tambahan £8,000 setiap kali beliau menjaringkan gol untuk United. Sebab itulah beliau berusaha keras untuk menjadi penjaring utama United bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer’s.

Dalam perjanjian yang dipersetujui oleh Ighalo, beliau akan menerima bonus £8,000 untuk setiap jaringannya dan tambahan lagi pemain berusia 30 tahun itu bakal menerima imbalan £9,000 untuk setiap kemenangan dan £3,000 untuk keputusan seri dalam setiap perlawanan Premier League.

Ganjaran bonus kemenangan dan seri hanya akan diberikan sekiranya beliau turut beraksi dalam perlawanan tersebut.

Ighalo adalah pemain yang ditandatangani saat-saat akhir sebelum jendela perpindahan Januari ditutup.

United mengalami masalah kekurangan pemain dibahagian serangan selepas kecederaan Marcus Rashford, lalu mereka terus menandatangani Ighalo.

Sekiranya Ighalo menandatangani perjanjian baru bersama pasukan asalnya dan akan pergi meninggalkan setan merah, Ole harus mendapatkan seorang pemain penyerang baru.

Pierre Emerick Aubameyang antara pemajn yang dikaitkan dengan setan merah untuk jendela perpindahan musim panas nanti.

BACA:  Ighalo Berjaya Memecahkan Rekod 95 Tahun Manchester United