Ole Gunnar Solskjaer telah mendedahkan bahawa beliau sangat berharap akan dapat menggunakan khidmat Odion Ighalo sehingga tamat musim ini.
Manchester United telah menandatangani perjanjian untuk meminjam pemain dari Nigeria itu sehingga akhir bulan Mei lalu.
Terbaru, boss setan merah itu telah mengemaskini status mengenai kebarangkalian Ighalo akan meninggalkan pasukan menerusi lawab rasmi Manchester United.
Igahlo's last day at Manchester United could be next week as Ole Gunnar Solskjaer's hopes of keeping the star suffer a blow.
Shanghai are even said to have offered Odion Ighalo massive £400,000 per week deal for him to return. 🤓https://t.co/eQGlnsjLBo
— Legit.ng (@legitngnews) May 25, 2020
Ole Gunnar Solskjaer sangat berharap Odion Ighalo dapat kekal di Manchester United dan beliau turut mengesahkan bahawa sehingga kini, United masih belum mendapat kebenaran secara rasminya dari majikan Ighalo, Shanghai Shenhua.
Odion Ighalo menandatangani kontrak pinjaman bersama United pada hari terakhir jendela perpindahan Januari dan mengikat perjanjian pinjaman sehingga akhir Mei yang mana tarikh itu sepatutnya saingan Liga sudah berakhir.
Namun kerana penangguhan semua perlawanan dalam saingan liga ekoran dari penularan wabak Covid-19, pemain kebangsaan Nigeria itu cuma bermain lapan perlawanan sahaja bersama United dan akan meninggalkan kelab pada akhir minggu ini.
Premier League telah membenarkan lanjutan waktu untuk kontrak pemain sehingga habis musim ini dan United mahu menggunakan khidmat Ighalo sehingga tamat musim ini.
Namun kelab induknya, Shanghai Shenhua tidak bersetuju dengan cadangan itu dan mereka mahu Ighalo kembali untuk memulakan semula aksi saingan di Liga Super China.
Manchester United manager Ole Gunnar Solskjaer hopes to keep Odion Ighalo until end of the season https://t.co/Y1Qw21yKCi pic.twitter.com/dpIEUwG3Y7
— Pulse Nigeria (@PulseNigeria247) May 30, 2020
Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan bahawa kedua-dua kelab sudah mengadakan perbincangan namun sehingga kini masih belum ada keputusan dan kesepakatan berkaitan perkara itu semakin hampir ke penghujungnya.
“Jika diikut kepada perjanjian pinjaman, ia sepatutnya berakhir pada akhir Mei ini, jadi jelas sekali dia sepatutnya kembali.”
Jelas Solskjaer kepada MUTV.
“Kami sedang berunding dengan kelabnya. Mereka sangat baik terhadap kami, kelabnya juga pada awalnya berbesar hati untuk membenarkan Ighalo beraksi bersama pasukan impiannya.”
“Bermain disini merupakan impian Ighalo sejak kecil lagi dan semoga dia dapat menyelesaikan apa yang sudah dia mulakan, semoga dia boleh menjulang trofi bersama kami.”
“Sehingga kini masih tidak ada apa-apa persetujuan lagi yang sudah berlaku. Liga merekq akan bermula tidak lama lagi jadj kami hanya menunggu untuk melihat apa yang akan terjadi.”
Odion Ighalo ternyata memberi impak yang luar biasa dalam lapan penampilannya sejak kedatangannya ke Old Trafford pada bulan Januari lalu.
Manchester United transfer news: Ole Gunnar Solskjaer hopes Odion Ighalo deal can be extended https://t.co/G1kU8943hN pic.twitter.com/x6vXNiMT6B
— Manu (@Man_U_Transfers) May 27, 2020
Beliau sudah berjaya untuk menjaringkan empat gol dalam tiga permulaannya bersama setan merah.
Selain Ole Gunnar Solskjaer, Odion Ighalo sendiri turut berhajat untuk terus melanjutkan lagi masa pinjaman beliau di United.
Sebelum ini majikannya, Shanghai Shenhua telah menawarkan Ighalo kontrak baru bernilai £400,000 seminggu dan mereka ingin membawa bintang Nigeria itu pulang bagi menambah baik jentera serangan sedia ada pasukan.