Pemain penyerang West Ham, Michail Antonio telah memberikan kenyataan padu ketika beliau ditanya tentang isu yang sedang membelenggu rakan sepasukannya, Kurt Zouma pada ketika ini.
Zouma telah mencetuskan sensasi di internet pada ketika ini selepas tularnya video beliau bersikap zalim terhadap kucing peliharaannya.
Pemain kebangsaan Perancis itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka dengan beliau turut dikenakan denda pemotongan gaji selama dua minggu oleh West Ham.
West Ham's Michail Antonio has questioned the reaction to Kurt Zouma kicking his cat, asking if it's worse than players convicted of racism. pic.twitter.com/QchAIeXOsT
— Sky Sports News (@SkySportsNews) February 10, 2022
Walau bagaimanapun, beliau masih lagi diturunkan untuk beraksi ketika aksi kemenangan 1-0 West Ham United menewaskan Watford kemarin.
West Ham sendiri pada ketika ini teruk dihentam oleh para peminat kerana mereka dianggap tak cukup adil dalam menangani isu berkait Kurt Zouma.
Bahkan segelintir peminat turut mendesak pihak kelab agar memecat sahaja pemain pertahanan itu kerana merasakan tindakan beliau sukar untuk dimaafkan.
Ketika ditanya tentang pandangan beliau berkait hal tersebut, Antonio menyatakan bahawa:
“Saya ada soalan untuk kamu. Adakah kamu fikir apa yang dia lakukan lebih teruk dari perkauman?”
“Saya tidak menyokong hal yang dia lakukan. Saya tak setuju langsung dengan apa yang dia lakukan.”
Michail Antonio has given a powerful response when asked about the situation at West Ham with Kurt Zouma. pic.twitter.com/epXxAkkfLU
— Football Daily (@footballdaily) February 10, 2022
“Tapi ada orang yang pernah didakwa dan ditangkap kerana pertuduhan perkauman dan mereka masih bermain bola sepak selepas itu.”
“Mereka dihukum, hukuman penggantungan lapan perlawanan macam tu atau sesuatu seperti itu.. tapi orang sekarang meminta agar dia di pecat dan hilang kehidupan dia sekarang.”
“Saya cuma perlu tanya satu soalan kepada semua orang di luar sana. Adakah apa yang dia lakukan lebih teruk dari kesalahan seseorang berkait isu perkauman?”
Komen Antonio itu dibuat selepas bekas penjaga gol England, Chris Kirkland mendakwa yang tindakan Zouma menzalimi haiwan peliharaannya adalah lebih teruk dari perkauman.
Michail Antonio has responded to calls for Kurt Zouma to be sacked 🗣 pic.twitter.com/Q54qH1tI95
— ESPN FC (@ESPNFC) February 10, 2022
Komen dari Kirkland itu segera mencuri perhatian peminat dengan ramai dari mereka yang membantai beliau kerana mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Bekas penjaga gol Liverpool dan Wigan itu kemudiannya terpaksa memuat naik satu lagi video ke laman media sosial miliknya untuk menjelaskan sepenuhnya tentang apa yang beliau maksudkan.
“Hi, video pendek sahaja. Saya tahu ramai orang rasa tersinggung dan dengar, saya benar-benar faham dengan apa yang saya katakan pagi ini tentang situasi Kurt Zouma.’
Jelas Kirkland.
“Jelas sekali saya sebut tentang perkauman dan tentang jika pemain itu pernah digantung sebelum ini, saya tahu saya kata ia mungkin lebih teruk dan apa yang saya maksudkan adalah binatang mereka tak boleh pertahankan diri mereka. Mereka tak ada suara.”
Hopefully this clears the @KurtZouma @WestHam situation up with my comments,absolutely nothing was meant by my comments pic.twitter.com/sK66HLrMNy
— Chris Kirkland (@ChrisKirkland43) February 9, 2022
“Jelas sekali manusia mampu lawan, tapi dengar, perkauman jelas sekali tak perlu beritahu ia memang memalukan dan sesiapa lakukan itu perlu dihukum, orang tahu bagaimana saya rasa tentang itu dan saya tak perlu katakan apa-apa.”
“Tapi ya, ia hanya konteks yang binatang tak boleh pertahankan diri mereka, mereka tak ada suara, saya maksudkan dengan cara seperti itu jadi saya harap semua orang jelas. Jaga diri semua.”
Zouma berdepan dengan pelbagai masalah selepas tularnya video beliau itu dengan terbaru, Adidas secara rasminya telah menarik balik tajaan mereka kepada bekas bintang Chelsea itu.
Vitality yang juga merupakan syarikat yang menaja West Ham kini tampil menggantung tajaan mereka dan mereka mahu terus memantau terlebih dahulu bagaimana cara West Ham mengendalikan masalah tersebut.
"I’m not condoning a thing that he’s done. … But there’s people that have been caught for racism and played football afterwards.’
Michail Antonio on suggestions Kurt Zouma should be banned from football.
(via @footballdaily)pic.twitter.com/DhDhE6q5wA
— B/R Football (@brfootball) February 10, 2022
Sementara, RSPCA sendiri pula mereka telah mengesahkan yang kucing milik Kurt Zouma kini berada di bawah jagaan mereka, sementara siasatan sedang berjalan.
“Keutamaan kami adalah sentiasa menjaga kucing-kucing ini dengan baik.”
Jelas jurucakap RSPCA.
“Mereka telah dibawa untuk pemeriksaan di vets dan kemudian mereka akan kekal berada di bawah jagaan kami sementara siasatan ini dijalankan.”
“Kami bersyukur dengan semua orang yang meluahkan rasa prihatin mereka terhadap kucing ini. Kami sudah mengendalikan isu ini sebelum video itu tular dan kami sedang menyiasat hal tersebut.”
Cat Video: Is Kurt Zouma’s Action Worse Than Racism? Teammate, Michail Antonio Asks
West Ham player, Michail Antonio has shared his thoughts on the backlash that has trailed the video of his teammate, Kurt Zouma drop kicking his cat. pic.twitter.com/0YHIe9202t
— Punch Newspapers (@MobilePunch) February 10, 2022
“Kami akan terus menyiasat jadi kami tak boleh beri komen lebih lanjut pada ketika ini.”
Sumber: SPORTbible