Paul Ince Percaya Keane Punca Haaland Tak Kan Mahu Ke Old Trafford

Manchester United bakal berdepan kesukaran untuk menandatangani Erling Haaland pada musim panas nanti kerana mengenangkan sejarah hitam Roy Keane mengakhiri karier ayahnya, Alf-Inge Haaland.

Itu adalah apa yang difikirkan oleh Paul Ince yang percaya kisah Roy Keane melakukan terjahan luar biasa keras terhadap Alf-Inge akan beri impak kepada keputusan United untuk mendapatkan khidmat Haaland.

Bekas ketua pasukan Man United, Keane pernah dilayangkan kad merah ketika aksi Manchester derby di Old Trafford pada tahun 2001 yang lalu, kerana melakukan terjahan merbahaya ke atas Alf-Inge Haaland.

Alf-Inge Haaland bahkan terpaksa menjalani pembedahan kerana kekasaran itu dan kariernya berakhir selepas dari berlakunya insiden tersebut.

Keane pada awalnya dikenakan hukuman gantung tiga perlawanan dan denda £5,000 atas kesalahan beliau mengasari Alf-Inge Haaland itu.

Walau bagaimanapun, denda tersebut kemudian ditambah menjadi penggantungan lima perlawanan (lapan perlawanan secara keseluruhan) dan denda bernilai £150,000 selepas mengaku kekasaran itu dilakukan dengan sengaja.

Ince percaya insiden tersebut boleh menyebabkan United gagal untuk mendapatkan Haaland yang dilaporkan juga merupakan penyokong tegar Leeds United.

“United perlukan penyerang baru. Haaland sangat susah kerana situasi ayah dia dan Keane di Old Trafford.”

Jelas Paul Ince.

“Saya tak nampak tanda-tanda dia akan ke Old Trafford kerana hal itu, dan jika mereka gagal ke Champions League, dia jelas sekali tak kan mahu.”

Keane mengaku dalam buku autobiography miliknya yang beliau memang sengaja mahu mencederakan Haaland Sr selepas ada dendam lama ketika kedua-dua mereka bertemu tiga tahun sebelum itu.

Tiga tahun sebelum insiden itu Alf-Inge Haaland masih lagi beraksi bersama Leeds United dan ketika itu juga beliau memang pernah ada masalah dengan Roy Keane.

Dalam perlawanan tersebut, Keane mengalami masalah ligament selepas beliau dikasari oleh Alf-Inge Haaland dan legenda Norway itu menuduh bekas bintang United itu hanya berpura-pura cedera.

Alf-Inge Haaland ketika itu tak sedar yang Roy Keane sememangnya benar-benar sedang berada dalam kesakitan dan kerana itu beliau menganggap legenda setan merah itu hanya berlakon.

Keane kemudiannya mengakui yang kekasaran beliau ke atas Haaland pada tahun 2001 memang bermotifkan dendam.

Dalam autobiography beliau pada tahun 2002, Keane menulis:

“Saya sudah cukup lama menanti. Saya hentam dia dengan sangat kuat. Bola memang ada di sana saya rasa.”

“Amik kau bodoh. Dan jangan pernah kau berdiri depan aku untuk merengek tentang kecederaan palsu.”

Haaland Sr kemudiannya bersara dari dunia bola sepak pada tahun 2004 selepas gagal untuk pulih dari kecederaan lutut yang beliau alami.

Beliau kemudiannya sempat beraksi seketika bersama Rosseland, sebuah kelab dari liga division ketiga liga bola sepak Norway pada tahun 2011.

Anaknya, Erling Haaland ketika ini merupakan antara pemain penyerang terhebat dalam dunia bola sepak, dengan beliau turut dianggap sebagai mesin pencetak gol paling berkualiti yang ada hari ini.

Haaland berjaya menjaringkan 80 gol dari 79 penampilan bersama Borussia Dortmund dalam semua pertandingan.

Real Madrid, Barcelona dan Manchester City merupakan antara kelab gergasi dalam dunia bola sepak yang sangat berminat untuk mendapatkan khidmat Erling Haaland.

Pemain penyerang yang kini berusia 21 tahun itu mempunyai klausa perlepasan bernilai £68 juta dalam kontraknya dan ia boleh diaktifkan pada jendela perpindahan musim panas ini nanti.

Borussia Dortmund seboleh-bolehnya mahu Haaland kekal bersama kelab, namun memikirkan beliau diuruskan oleh super agent, Mino Raiola, sukar sebenarnya untuk yakin yang Haaland akan kekal di Signal Iduna Park.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Roy Keane Dedah Kisah Pernah Minta Tukar Jersi Dan Rasa Menyesal Tentang Itu