Roy Keane Pernah Mencerca Ronaldo Kerana Malas Track Back Ketika Latihan

Bekas pemain tengah kental Manchester United, Roy Keane pernah mencerca Cristiano Ronaldo yang main-main dan malas untuk melakukan track back ketika sesi latihan sehingga gol terhasil.

Itulah Roy Keane seorang ketua pasukan yang tegas dan serius yang sentiasa mahu semua pemain memberikan yang terbaik walaupun ketika sesi latihan.

Satu klip video sesi latihan Manchester United ketika Roy Keane masih lagi bergelar pemain dan Cristiano Ronaldo pada ketika itu hanya berusia 18 tahun telah tersebar.

Bekas kapten United, yang menghabiskan 12 tahun sarat dengan trofi di Old Trafford, tidak mengharapkan apa-apa melainkan yang terbaik daripada rakan sepasukannya.

Malah, pemain akan menjalani latihan dua jam sebelum ia bermula dengan Keane sebagai kapten mereka.

Keane tidak kenal erti penat. Malah seorang remaja bernama Cristiano Ronaldo, yang telah menyambung legasi kegemilangan kelab itu selepas perpindahan £12 juta dari Sporting CP tidak terlepas dari ketegasan Roy Keane.

Satu klip sesi tempat latihan dari tahun 2003, ketika itu Ronaldo baru berusia 18 tahun, telah tular dan berlegar-legar di media sosial sejak akhir-akhir ini.

Samuel Luckhurst merupakan koresponden terpaling dipercayai membabitkan berita mengenai Manchester United telah memuat naik rakaman video itu di laman Twitternya.

“Rakaman hebat dari ensiklopedia @utd_clips tentang Keane yang mencerca Ronaldo yang berusia 18 tahun kerana gagal melakukan track back ketika latihan. Ronaldo berada di dalam kawasan United sendiri sambil bermain-main.”

Seperti yang anda boleh lihat dalam rakaman di atas, pemain sayap Portugal itu gagal melakukan track back di sesi latihan tersebut dan akibatnya, pihak lawan meneruskan jaringan melepasi penjaga gol Tim Howard.

“Cristiano, ayuh!” jerit Keane dengan tegas.

Pengaruh, ketegasan dan disiplin yang diterapkan dalam diri Keane sendiri dan pasukan pernah diceritakan oleh Quinton Fortune dalam satu temubual.

“Dia memberi pengaruh yang besar dalam pasukan dan jika anda menurunkan standard anda, anda akan mendengar ceramah daripadanya, macam Mat Kilau” kata bekas rakan sepasukan Keane, Quinton Fortune.

“Dia bukan sahaja mengawasi standard siapa yang menurun, tetapi dia sendiri yang menetapkannya. Dia bukan sekadar becakap tetapi akan menunaikan apa yang dikata dan akan berterusan setiap hari.”

“Saya harap orang ramai dapat melihat sejauh mana lelaki ini berlatih, dia sukar dipercayai.”

Roy Keane bukan sahaja menetapkan standarnya sendiri malah telah membuat peraturan sendiri dan menyeru pemain berlatih setiap hari jika tidak mahu kehilangan tempat.

“Pada hari pertama la anda akan dengar ceramah dan perlu sentiasa berhati-hati setiap hari dalam latihan, kerana jika anda tidak hadir orang lain akan mengambil tempat anda. Ia semudah itu.”

Datang awal sejam atau dua sebelum latihan sudah menjadi budaya, pemain bintang dan senior mematuhinya dan terus menjadi ikutan pemain muda.

“Jika latihan bermula pada 10:15 pagi, anda akan berfikir ‘OK, saya perlu masuk pada pukul 9, mungkin juga 8 pagi’. Anda akan masuk awal, bersarapan, melakukan regangan, keluar di padang. jam 10 pagi, bersedia untuk latihan.

“Anda melihat Gary dan Phil Neville melakukannya, Cristiano [Ronaldo], Roy Keane, semua pemain melakukannya, jadi pemain baharu akan mematuhinya dan ikut serta secara semula jadi.

“Kami akan menganggap setiap sesi latihan seperti latihan yang terakhir kami dan itu menjadi kebiasaan untuk semua orang di kelab. Anda masuk dan hanya berfikir ‘adakah ini normal?’ tetapi hari perlawanan akan tiba dan ia akan menjadi mudah.”

Begitulah kisah betapa berkalibernya Roy Keane sebaga kapten namun masih tidak lagi mampu menjadi kapten terbaik sepanjang zaman kelab seperti Bryan Robson.

Harry Maguire? Dengan Ashley Young pun bertiang kena tinggal apatah dengan Roy Keane. Dengan Bryan Robson? No where near.

BACA:  Klopp Dalam Delima Berbicara Tentang Messi dan Ronaldo