Khabib Dedah Beliau Sudah Lama Tahu Ronaldo Akan Ke Old Trafford

Khabib Nurmagomedov dakwa yang Cristiano Ronaldo telah memberitahu beliau sebulan lebih awal tentang keputusannya untuk kembali ke Old Trafford pada musim panas ini.

Sebelum ini, bekas Juara dunia lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov yang bersara dari dunia MMA selepas kejayaannya menewaskan Justin Gaethje di UFC 254, pernah mendedahkan tentang hubungan persahabatannya dengan Ronaldo.

“Kami banyak kali berbual, boleh kata setiap hari, tapi ketika kami berjumpa, kami akan berbual tentang di mana kami dapatkan motivasi.”

Jelas petarung dari Rusia itu.

“Dia beritahu saya yang dia mahu melihat anak dia berjaya seperti dia. Ketika Cristiano masih kecil, dia hanya mampu mengimpikan untuk ada sepasang boots. Tapi anak dia ada segalanya. Dia risau kalau anak dia tidak akan dapat rasa keazaman yang sama, keinginan yang sama seperti dia.”

“Orang dibimbing dari kehendak itu. Rasa keinginan untuk capai sesuatu. Ketika kamu ada segalanya, sukar untuk kamu jumpa sumber motivasi sebenar.”

“Ketika dia beritahu saya tentang itu, saya jujurnya tidak terkejut, tapi saya gembira dengar luahan dia. Saya sedar yang dia adalah orang yang tidak puas dengan satu, dua, tiga kejayaan.”

Ronaldo dan Khabib sememangnya mempunyai hubungan persahabatan yang sangat baik. Bahkan ‘The Eagle’ baru-baru imi turut mendakwa yang pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu pernah bercerita padanya tentang perancangan masa depan beliau dalam kariernya.

Khabib mendedahkan yang beliau sudah tahu yang Ronaldo akan kembali ke Old Trafford sejak sebulan yang lalu, namun beliau tetap merahsiakan hal itu hinggalah ia diumumkan secara rasmi.

Pemain berusia 36 tahun itu kembali ke Old Trafford dengan ramai yang sangat terkejut dengan berita itu, kerana beliau awalnya hangat dikaitkan bakal ke Etihad.

Ketika ramai yang bercerita tentang Ronaldo ke City, Khabib hanya ketawa kerana beliau sudah tahu ke mana destinasi sahabatnya, namun beliau tetap terhibur melihat semua berita dan kontroversi yang tercetus ketika itu.

“Sebulan lalu, dia beritahu saya yang dia akan kembali ke Manchester United.”

Jelas Nurmagomedov kepada wartawan di Moscow.

“Saya sudah jangka rundingan itu akan berlaku. Saya rasa Manchester United lebih sesuai dengan dia berbanding Juventus. Bagi saya, perpindahan ini tak mengejutkan.”

Terdapat banyak contoh yang boleh digunakan untuk mendedahkan tentang persahabatan dua atlet terhebat dunia sepanjang zaman itu.

Menjelang perlawanan Khabib bertemu Gaethje di acara UFC 254, Ronaldo yang jelas menyokong Khabib telah ditanya tentang siapa akan menang dalam perlawanan tersebut, oleh peminatnya di Instagram.

“Sudah tentu, sudah tentu, Khabib akan menang.”

Jawab Ronaldo.

Petarung tak terkalahkan itu kemudian telah ditanya tentang pesanan dari Cristiano Ronaldo oleh wartawan, dengan beliau menjawab:

“Ya, saya nampak video itu, saya selalu bercakap dengan dia,”

Jelas Khabib.

“Dia selalu beri saya nasihat. Saya juga sering bercakap dengan Karim Benzema dan Zlatan Ibrahimovic.”

“Saya suka bola sepak dan saya mengikuti mereka semua sejak usia muda dan bagi saya, mereka selalu beri saya tenaga tambahan.”

Pada Jun tahun lalu, Khabib yang pernah mengaku beliau peminat bola sepak telah membuktikan kemampuan beliau bermain bola sepak, dengan ramai yang menyamakan beliau dengan Ronaldo Nazario.

Ronaldo Nazario sendiri bahkan turut memuji aksi Khabib bermain bola sepak dan teruja melihat persembahan beliau.

Petarung dari Rusia itu berkongsi video dengan menulis:

“Siapa masih ingat Ronaldo pada tahun 2008, walau berat naik tapi masih tetap hebat.”

‘O Fenomeno’ kemudiannya meninggalkan komen emoji tepuk tangan tanda beliau setuju dengan kenyataan dari Khabib.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pemilik Chelsea Bertemu Ejen Ronaldo Bincangkan Perpindahan Mengejut