Pavel Nedved Masih Bermain Bola Sepak Secara Kompetitif Pada Usia 46 Tahun !

Bekas pemain Juventus, Pavel Nedved masih lagi bermain bola sepak secara kompetitif walaupun usianya telah menginjak 46 tahun !

Nedved pernah memenangi anugerah Ballon d’Or pada tahun 2003 dan menghabiskan hampir 8 tahun dari kariernya dengan bermain untuk Juventus.

Tua-tua berisi. Macam Zainal Abidin Hassan ketika bermain untuk Selangor Veteran dalam Piala Sultan Selangor

Selepas mengumpul 247 penampilan untuk Juventus, Nedved akhirnya menggantung boot pada penghujung musim 2008/2009. Selepas berehat seketika, Nedved kembali ke Juventus untuk memegang peranan sebagai Naib Presiden Juventus.

Walau bagaimanapun, pada tahun lepas, Nedved kembali dari persaraan dan mengumumkan yang beliau akan menyertai sebuah bola sepak amatur, FK Skalna di Republik Czech untuk bermain bersama anak lelakinya.

Sebenarnya, FK Skalna merupakan kelab dimana Nedved memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak. Beliau menyertai kelab tersebut pada usia 5 tahun dan bermain untuk pasukan remaja selama 8 tahun.

Pada September tahun lepas, FK Skalna mengumumkan yang mereka telah menandatangani Nedved menerusi page rasmi Facebook mereka.

Namun demikian, FK Skalna tidak dapat mengesahkan bila Nedved akan melakukan debut untuk kelab tersebut disebabkan komitmen Nedved kepada Juventus.

Selepas menunggu lebih sebulan, Nedved akhirnya membuat debut untuk kelab tersebut dan berjaya membantu FK Skalna menang 4-1.

Berikut adalah gambar Nedved keluar dari persaraan untuk bermain bersama pasukan anaknya. Truly legend.

Nedved mengharungi 18 tahun yang penuh gemilang sepanjang bermain bola sepak secara profesional. Beliau juga memungut 91 penampilan di peringkat antarabangsa bersama Republik Czech dan pernah beraki dengan kelab seperti Lazio, Sparta Prague sebelum bersara dengan Juventus.

Nedved juga dianggap antara pemain tengah paling berbakat dalam generasinya dan pernah berkongsi padang yang sama dengan pemain berkelas dunia seperti Alessandro Del Piero, Lilian Thuram dan Gianluigi Buffon.

What a player he was.

BACA:  Juventus Di Tolak 15 Mata, Pavel Nedved Digantung 8 bulan