Penjaga gol Huddersfield, Jonas Lossl telah menghantar satu undangan menghadiri perlawanan Liga Perdana Inggeris kepada seorang pelarian Syria yang menjadi mangsa buli di United Kingdom baru-baru ini.
Remaja berusia 15 tahun yang dikenali dengan nama ‘Jamal’ menarik simpati banyak pihak apabila muncul satu video yang menunjukkan dirinya dibuli dalam kejadian yang berlaku di kawasan padang sebuah sekolah di West Yorkshire.

Dalam video tersebut, seorang remaja ‘white’ dipercayai rakyat tempatan, dapat dilihat menolak mangsa sehingga terjatuh di atas padang. Pembuli tersebut kemudiannya menuang air dari satu botol ke arah Jamal.
Kejadian ini sebenarnya berlaku pada 25 Oktober lalu dan polis sedang menyiasat kejadian ini sebagai satu kes jenayah atas serangan berunsurkan perkauman.
British kids beating up Jamal—a Syrian refugee kid w/a broken arm
•This is Huddersfield UK
•Jamal’s family literally escaped torture & certain death…for this?
•When media & politicians demonize marginalized communities—like refugees—this is one resultpic.twitter.com/B2XX6nfRTO— Qasim Rashid for Congress (@QasimRashid) November 27, 2018
Keluarga Jamal dilaporkan berpindah ke United Kingdom beberapa tahun lalu untuk mencari perlindungan selepas tentera Syria melancarkan serangan terhadap bandar Homs di Syria.
Satu kempen ‘GoFundMe’ juga telah dilancarkan kepada Jamal untuk membantu beliau dan keluarganya dan setakat ini, kempen tersebut telah berjaya mengumpul £50,000 walaupun baru beberapa hari dilancarkan.

Video buli terhadap Jamal ini juga telah menarik perhatian penjaga gol Huddersfield, Jonas Lossl yang bercadang untuk mengundang remaja tersebut menonton perlawanan Huddersfield di stadium.
I completely agree with @mrjakehumphrey. I'd like to show my love to Jamal by inviting him and his family to a @htafcdotcom game as my guest. Can someone help me contact the right person connected with Jamal to arrange this please?
— Jonas Lössl (@JonasLoessl) November 28, 2018
Tindakan Lossl wajar diberi pujian kerana mengambil inisiatif untuk membantu Jamal menghadapi waktu sukar yang dihadapinya sekarang.
Stay strong Jamal, we are with you. Hapuskan buli dalam kehidupan seharian. Jika anda membuli seseorang hari ini, ingatlah jika bukan anda, tentu anak atau sedara anda yang akan menjadi mangsa buli pada masa hadapan.