Pemain Boca Juniors Ini Mendakwa Lambat Ke Tempat Latihan Kerana Diculik Makhluk Asing

Bekas pemain pasukan Boca Juniors, Guillermo Marino mendakwa bahawa dirinya pernah terlewat untuk hadir ke padang latihan kerana diculik makhluk asing.

Menurut cerita dari bekas rakan sepasukannya ketika itu, Gustavo Lorenzetti, Marino memberi penerangan penuh kepadanya tentang peristiwa itu membuatkan beliau percaya dengan setiap kata-katanya.

“Guillermo cakap dia datang lambat ke padang latihan kerana dia diculik oleh makhluk asing.”

Jelas Lorenzetti kepada Lado B menerusi Goal.

“Dia memberikan penerangan penuh setiap perkara yang berlaku pada waktu itu kepada kami termasuk apa yang beliau rasa ketika itu dan sebagainya.”

“Saya masih ingat ketika itu beliau cakap, ‘saya pergi dan kembali semula selepas dua hari kemudian kerana saya diculik oleh makhluk asing .'”

“Saya yakin Guille bukan jenis pemain yang suka menipu, dia seorang lelaki yang jujur dan bertanggungjawab, semua orang kenal dia.”

Selepas mendengar cerita dengan penuh terperinci dari Guillermo Marino, pemain berusia 35 tahun itu pon terus percaya bahawa mujudnya makhluk asing di dunia ini.

“Secara jujurnya saya percaya dengan kewujudan makhluk asing.”

Tambah Lorenzetti lagi.

“Mula-mula dia menjelaskan bahawa dia sesat dan kemudian ada makhluk asing telah menculiknya. Kemudian makhluk asing itu telah mengeluarkan jiwa dia dan menganalisis diri dia. Sementara dirinya dianalisis, makhluk asing itu membawa dia jalan-jalan dan menjaganya dengan baik. Macam itu lah lebih kurang cerita dia.”

“Dia memberi penjelasan dengan sempurna dan kami semua percaya dengan kata-kata dia.”

Tetapi ini bukan kali pertama ada cerita tentang pemain Argentina yang diculik oleh makhluk asing.

Sebelum ini, legenda terulung Argentina,  Diego Maradona juga pernah menceritakan hal yang sama beberapa tahun lalu dan dia bertegas bahawa dirinya pernah hilang beberapa hari kerana diculik oleh makhluk asing.

“Kenapa saya nak mereka cerita? Betul saya minum banyak ketika itu, tetapi saya sedar, saya hilang dalam tiga empat hari.”

Jelas Maradona kepada siaran tv di Argentina, TyC Sports.

“Saya pulang ke rumah dan menceritakan kepada mereka bahawa ada UFO  telah mengambil saya. Tetapi itu saja yang boleh saya ceritakan. Apa-apa hal lain yang berlaku antara saya dengan makhluk asing itu biarlah menjadi rahsia.”

BACA:  Pemain Boca Juniors Bertumbuk Dengan Polis Selepas Tersingkir Dari Saingan Copa Libertadores