Satu kejadian pelik tapi benar dan boleh tahan kelakarnya di Liga Utama Macedonio apabila seorang pemain telah memegang bola simpanan ketika perlawanan sedang berlangsung.
Tidak cukup dengan itu, pemain tersebut telah membaling bola kepada lawan yang sedang membawa bola dan wujudlah dua biji bola di tengah padang.
Kejadian ini terjadi dalam perlawanan antara pasukan Liga Macedonia, Makedonija Gjorce Petrov dan Akademija Pandev.
Semuanya terjadi ketika satu lontaran ke dalam pantas dibuat di mana pemain tersebut telah mengejar dengan membawa bola simpanan di tangan.
Entah bagaimana bola simpanan boleh berada ditangan beliau.
Ketika hampir dapat mengejar pemain lawan, beliau melakukan sesuatu yang tidak masuk dek akal.
Beliau telah membaling bola di kaki lawan dengan bola yang berada ditangannya dan tepat mengena. Bekas pemain bola baling kot.
Kemudian kedua-dua mereka pun meneruskan permainan dengan bola masing-masing. Buat apa nak berebut kalau ada dua bola.
Pemain lawan membawa bola dengan memotong ke dalam sebelum melakukan rembatan.
Tetapi pengadil bukanlan sebongkah kayu mahu membiarkan saja kesesatan yang nyata dalam perlawanan itu dan menghentikan perlawanan.
Pengadil menjalankan tugas mengikat peraturan yang termaktub dalam bola sepak dengan melayangkan kad merah kepada beliau.
Cubaan membantah dilakukan oleh rakan-rakan beliau tetapi kad merah kekal dan beliau kena meninggalkan padang.
Boleh pula dia tanya pengadil kenapa bagi kad merah. Mungkin tak patut kad merah?