Pemain pertahanan dari Brazil, Marcelo telah digugurkan dari skuad utama dan dihantar sertai skuad simpanan dek kerana beliau terkentut di bilik persalinan.
Beliau dikenakan hukuman tersebut bukan hanya kerana terkentut, tetapi beliau juga turut ketawakan hal tersebut bersama rakan sepasukannya.
Pemain centre-back yang kini berusia 34 tahun itu dengan tiba-tiba telah disingkirkan dari skuad utama pada musim panas lalu selepas berlakunya satu insiden di bilik persalinan.
🚨 Marcelo was permanently removed from the Lyon squad for farting in the locker room and laughing about it with his teammates.
Juninho, who did not like him, decided to take the opportunity to remind him of his poor performances on the pitch and fired him.
(Source: L’Equipe) pic.twitter.com/qMtFv7KLNR
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) May 10, 2022
Beliau kemudiannya diminta untuk menjalani latihan bersama skuad simpanan di Les Gones atas arahan yang berkuat kuasa serta merta.
Hal itu berlaku kerana insiden yang berlaku selepas kekalahan mengejutkan 3-0 mereka di tangan Angers pada Ogos lalu yang mana Marcelo ada menjaringkan gol sendiri dalam perlawanan tersebut.
Dalam satu kenyataan dari pihak kelab, Lyon telah mengesahkan yang selepas perbincangan dengan pimpinan kelab dan pengurus pasukan, Peter Bosz, pemain berpengalaman mereka itu akan segera digugurkan dari skuad.
“Tindakan tidak bertanggungjawab dari Marcelo di bilik persalinan selepas perlawanan bertemu Angers menyebabkan kami terpaksa mengambil keputusan ini, yang mana ia diambil selepas perbincangan dari semua yang terlibat dengan Olympique Lyonnais.”
Tulis kenyataan tersebut.
Marcelo (34) was demoted to the reserves at Lyon for farting in the dressing room. (L'Éq)https://t.co/eRPblRETVE
— Get French Football News (@GFFN) May 10, 2022
“Pemain itu sendiri telah diberitahu tentang keputusan ini pada petang semalam oleh Juninho dan Peter Bosz. Pengurusan Olympique Lyonnais menegaskan sekali lagi yang para pemain haruslah memiliki pemikiran yang fokus dan boleh beri komitmen dan bantu kelab berada di landasan seperti yang kelab mahukan.”
Maklumat terbaru tentang perlepasan Marcelo kini tular dengan laporan dari L’Equipe mendedahkan punca sebenar mengapa beliau digugurkan dari skuad utama.
Punca sebenar mengapa Marcelo digugurkan dari skuad utama pada musim panas yang lalu adalah kerana beliau terkentut di bilik persalinan dan beliau ketawakan hal tersebut di hadapan rakan sepasukannya.
Ya sebab terkentut je, jadi jangan buat main dengan benda yang sepertinya sukar untuk kita kawal tu, faham?
Tak cukup dengan kentut, dia ketawa pula lagi, mana pihak kelab tak bengang kan? Itu yang sampai dia digugurkan terus tu.
L'Equipe: Lyon punished Brazilian defender Marcelo by playing with the reserve team after he farted at a sensitive time that the team's dressing room was going through pic.twitter.com/1FU3hB5nmW
— IG: DebatableFootballOpinions (DFO) (@DebatableFO) May 9, 2022
Kelab dari saingan Ligue 1 itu pada ketika ini sedang melalui detik kesukaran dan dek kerana keadaan mereka yang sedang huru-hara, maka pengurus kelab sepertinya tak begitu peduli dengan tersingkirnya Marcelo.
Bahkan, sporting director Lyon, Juninho Pernambucano yang juga merupakan rakan senegara Marcelo, turut memutuskan untuk menyingkirkan terus pemain pertahanan itu dari skuad.
Dan selepas Juninho mencadangkan keputusan itu pengurus kelab, Peter Bosz dengan segera bersetuju untuk menyingkirkan Marcelo dari skuad Lyon pada musim panas lalu.
Marcelo sebelum ini dilaporkan pernah melakukan rundingan dengan Liverpool namun kelab dari Premier League itu akhirnya memilih untuk menandatangani Ozan Kabak dari Schalke sebagai pemain pinjaman.
L’Equipe mendakwa yang skuad kendalian Jurgen Klopp itu menawarkan kontrak selama enam bulan kepada pemain centre-back itu, namun beliau tidak berminat.
Lyon banished Marcelo after ‘he was caught FARTING in and laughing about it’ https://t.co/DGU0HNAPIi
— Sun Sport (@SunSport) May 10, 2022
Pemain berusia 34 tahun itu kemudiannya dilepaskan oleh Lyon pada 26 Januari lalu namun beberapa hari selepas itu beliau telah menandatangani kontrak bersama Bordeaux.
Kontrak beliau bersama Bordeaux akan tamat pada penghujung musim ini dan beliau sepertinya akan kembali menjadi pemain bebas ejen selepas itu.
Andai tiada kelab yang mahu mendapatkan khidmatnya, beliau berkemungkinan akan kembali ke Brazil atau mungkin akan terus bersara dari dunia bola sepak.
Namun kisah beliau disingkirkan dari skuad utama hanya kerana terkentut di bilik persalinan, sudah tentu akan terus dikenang oleh para peminat.
Sumber: SPORTbible