Pemain Man Utd Sebenarnya Tak Cukup Melindungi Harry Maguire

Paul Merson percaya yang para pemain Manchester United sebenarnya sering meletakkan Harry Maguire dalam situasi sukar kerana tidak memberi perlindungan yang secukupnya kepada ketua pasukan mereka itu.

Pemain kebangsaan England itu sering dikritik oleh pelbagai pihak sepanjang musim ini, dek kerana aksi hambar yang beliau pamerkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Minggu lalu, beliau telah dipersalahkan menjadi punca kepada terhasilnya gol penyamaan Burnley, kerana membenarkan penandatanganan terbaru mereka, Wout Weghorst melorongkan bola cantik mencari Jay Rodriguez.

Beberapa hari selepas itu, pemain centre-back Man Utd itu berdepan kesukaran untuk bersaing dengan kelajuan dan kekuatan fizikal yang dimiliki oleh Che Adams dan Armando Broja ketika beraksi bertemu Southampton.

Maguire sememangnya sentiasa dikritik dan dihentam oleh pelbagai pihak, namun bekas pemain midfield Arsenal, Paul Merson pula tampil menyatakan rasa simpati beliau kepada ketua pasukan setan merah itu.

“Saya rasa kasihan dengan Harry Maguire, saya tak rasa mereka bermain dengan kekuatan dan kelebihan dia.”

Jelas Paul Merson kepada Sky Sports.

“Pemain yang ada di atas padang meletakkan dia dalam kesukaran, dia perlu dapat lebih perlindungan.”

“Saya tahu orang akan kata, ‘oh harga dia £80 juta’, tapi saya tak peduli, kamu dapat seseorang yang kerap berlari ke arah kamu dan padang Old Trafford bukannya kecil, tapi yang lain tak nak tampil.”

Merson kemudiannya mengkritik pemain midfield yang bermain di hadapan Harry Maguire dengan menyatakan:

“Harry Maguire, kamu tahu saya kata sejak dari hari pertama, saya fikir ia akan berdepan kesukaran bermain dari garisan tengah padang.”

“Saya rasa dia tak dikurniakan dengan kepantasan, tapi pada akhirnya dia tetap memerlukan perlindungan. Saya tak kira siapa kamu sebagai pemain centre-back, pemain holding jangan sekadar duduk sahaja, mereka patut ada di merata tempat”.

“Mereka berdepan percubaan dari kawasan kotak penalti, dari kiri, kanan, kamu pemain holding midfielder, kamu patut duduk di depan dan beri perlindungan kepada back four kamu.”

“Saya tak peduli jika kamu pemain centre-back terhebat dunia sekalipun, jika kamu kerap berdepan larian dari pemain lawan dan ada banyak ruang di kawasan kamu, maka kamu akan melalui kesukaran.”

Komen dari hari pertama yang Paul Merson maksudkan adalah komen beliau ketika menghentam United membayar £80 juta untuk mendapatkan Harry Maguire, seminggu selepas bekas bintang Leicester City itu sertai Man Utd.

“Maguire dengan nilai £80 juta adalah satu hal yang paling mengarut.”

Jelasnya kepada Gillette Soccer Saturday pada 2019 yang lalu.

“Kamu perlu ingat, dia bermain bersama England dalam sistem back Three. Dan ketika kamu bermain di posisi back three, kamu hanya lakukan itu kerana satu hal sahaja, ia adalah kerana pertahanan kamu tak cukup bagus dan kamu tak percayakan mereka.”

“Dia buat yang terbaik bersama England, tapi kamu perlu ingat ketika dia bermain bersama Leicester, mereka bermain, mereka bertahan dan melindungi kotak mereka, tidak ada ruang untuk pemain lawan.”

“Bola sampai ke tengah, dia tanduk keluar, dia keluar mengejar bola.”

“Ketika dia bermain bersama Man United dan dia berada di garisan tengah padang dan tiba-tiba kamu bermain bertemu Arsenal dan dia ada di tengah padang, dan bola kemudiannya ke atas mencari Pierre Emerick Aubameyang dan untuk Manchester City bola pergi ke Aguero, semuanya tentang kelajuan, kelajuan, kelajuan.”

Walau sebelum ini beliau teruk dikritik oleh pelbagai pihak, namun ketika beraksi bertemu Leeds United semalam, Harry Maguire berjaya menjaringkan gol dan turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.

Aksi cemerlang Harry Maguire ketika beraksi bertemu Leeds United

Tidak keterlaluan untuk menganggap yang Harry Maguire merupakan antara pemain yang paling teruk dihentam oleh para peminat setiap minggu.

Ketika United berdepan kekalahan atau hanya mampu mencatatkan keputusan seri, Maguire sudah tentu menjadi sasaran para peminat.

Apa saja yang beliau lakukan sudah tentu akan menimbulkan kemarahan peminat dan menyebabkan beliau teruk diganggu dengan caci maki ramai di laman media sosial miliknya.

Namun adakah hal itu benar-benar mengganggu Maguire?

Harus diakui ketua pasukan Manchester United itu sememangnya memiliki mental yang cukup kuat dengan beliau tetap berusaha memberikan yang terbaik walau dirinya sering dihentam.

Ketika aksi bertemu Leeds United malam semalam, Harry Maguire berjaya menutup mulut para pengkritiknya dengan meledak gol pendahuluan skuad setan merah.

Beliau berjaya memenangi bola hantaran dari Luke Shaw menerusi sudut sepakan penjuru, dengan Maguire menanduk padu bola tersebut menewaskan Meslier.

Ia merupakan gol pertama Manchester United menerusi sepakan penjuru sepanjang musim ini selepas 140 percubaan.

Ketika ramai yang menganggap Man Utd terlalu lemah dalam situasi set piece, lihat siapa yang tampil dan membuktikan dakwaan tersebut salah?

Gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya, walau sudah 140 kali mencuba, tak bermaksud perlu berhenti, itulah apa yang dilakukan oleh Man United, dengan mereka akhirnya berjaya juga menjaringkan gol menerusi sepakan penjuru.

139 kali percubaan berakhir dengan kegagalan sebelum ini, dan percubaan ke-140 berjaya disudahi dengan gol oleh ketua pasukan mereka, Harry Maguire.

Kali terakhir Maguire menjaringkan gol dari sudut sepakan penjuru untuk Man Utd adalah ketika aksi bertemu Sheffield United di Old Trafford pada Januari 2021 yang lalu.

Harry Maguire turut mencatatkan statistik yang sungguh menakjubkan ketika aksi bertemu Leeds United, dan tidak keterlaluan untuk menganggap beliau antara pemain terbaik dalam perlawanan tersebut selain Jadon Sancho dan Bruno Fernandes.

Maguire memenangi kesemua perebutan bola di udara dalam perlawanan tersebut, memenangi semua tackle, memenangi semua perebutan bola, melakukan 36 sentuhan, melakukan empat hantaran jauh sempurna, melakukan 2 ball recoveries dan menjaringkan satu gol.

Tidak ada sesiapa yang boleh mempertikaikan kemampuan sebenar Harry Maguire dan beliau telah membuktikannya dalam perlawanan bertemu Leeds United semalam.

Bercakap tentang kejayaan beliau menjadi pemain pertama menjaringkan gol menerusi sudut sepakan penjuru, Maguire mendedahkan bahawa:

“Saya malu dengan statistik, hampir 140 sepakan penjuru tanpa sebarang gol. Saya sebahagian besar dari yang terlibat dengan rutin set play tapi sebagai satu pasukan kami memang langsung tak cukup bagus.”

Jelas Harry Maguire kepada Sky Sports.

“Jika kami menjaringkan lebih banyak gol dari set pieces, kami akan berada di kedudukan yang lebih baik dalam carta liga.”

Selepas Harry Maguire meledak gol menerusi sundulan padu itu, Manchester United berjaya menggandakan kedudukan menerusi Bruno Fernandes.

Bintang Portugal itu cemerlang menanduk masuk bola hantaran dari Jadon Sancho untuk meletakkan Man Utd dua gol dihadapan.

Pada minit ke-53 permainan, Leeds United berjaya menjaringkan gol pertama mereka menerusi Rodrigo yang melepaskan rembatan dari jauh untuk menewaskan David de Gea.

Para penyokong Leeds semakin gembira selepas mereka berjaya menyamakan kedudukan satu minit sahaja selepas itu menerusi Raphinha.

Daniel James membawa bola masuk ke dalam kotak penalti dan kemudiannya melorongkan bola cantik ke tengah mencari Raphinha.

Raphinha melakukan slide dan menolak bola masuk ke gawang gol United, seterusnya memastikan Leeds United berjaya mengikat kedudukan menjadi 2-2.

Walau bagaimanapun kebangkitan Leeds United jadi terbantut selepas Man Utd meledak gol ketiga mereka menerusi Fred.

Jadon Sancho sekali lagi menjadi masalah utama kepada barisan pertahanan Leeds dengan beliau set up ruang yang cantik untuk Fred meledak gol.

Harapan Leeds untuk kembali bangkit terus terpadam selepas Man Utd berjaya menjaringkan gol keempat mereka pada minit ke-88 permainan, menerusi Anthony Elanga.

Bruno Fernandes menghantar bola cantik mencari Elanga yang kemudiannya melepaskan rembatan padu untuk menewaskan Meslier.

Perlawanan tamat dengan Manchester United berjaya mencatatkan kemenangan 4-2 menewaskan Leeds United di Elland Road.

Kemenangan ini mengukuhkan kedudukan Man Utd di kelompok empat teratas dalam carta saingan liga dengan mereka kini empat mata mengatasi West Ham dan Arsenal yang berada di kedudukan kelima dan keenam.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Casemiro Nyatakan Minat Ganti Maguire Jadi Kapten Baru MU