Peminat Pertikai Mengapa Tyler Morton Tak Dilayangkan Kad Merah Selepas Mengasari Pereira

Para penyokong bengang melihat Tyler Morton terselamat dari dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan keras ke atas Ricardo Pereira ketika aksi pertemuan Liverpool bertemu Leicester City semalam.

Ramai juga yang turut mempertikaikan mengapa Jurgen Klopp tidak membuat sebarang kenyataan berkait insiden tersebut, seperti mana beliau meroyan Kane tak dilayangkan kad merah sebelum ini.

Morton diturunkan dalam kesebelasan utama Liverpool ketika aksi kemenangan Liverpool menewaskan Leicester City di peringkat suku akhir saingan EFL Cup.

The Reds berjaya melakukan comeback dalam perlawanan itu dengan mereka bangkit dari ketinggalan 3-1 kepada 3-3 seterusnya membawa perlawanan ke aksi penentuan sepakan penalti.

Kemenangan tersebut berjaya membantu Liverpool untuk mara ke peringkat separuh akhir dan mereka sudah dijadualkan untuk bertemu Arsenal selepas ini.

Morton tidak bermain selama 90 minit dalam perlawanan ini, selepas tempatnya digantikan oleh James Milner pada aksi babak kedua permainan.

Walau bagaimanapun juga, pemain berusia 19 tahun itu sebenarnya terselamat dari dilayangkan kad merah, selepas beliau melakukan terjahan keras pada minit ke-10 dalam perlawanan tersebut.

Beliau melakukan kekasaran yang sangat bahaya dan boleh menyebabkan Pereira mengalami kecederaan parah namun Morton tidak dihukum dengan layangan kad merah.

Beliau hanya dilayangkan dengan layangan kad kuning sahaja atas kekasaran yang sangat bahaya dan boleh menyebabkan kecederaan parah pada Ricardo Pereira.

Pengadil perlawanan turut memberi amaran kepada pemain muda Liverpool itu, namun para peminat merasakan yang Morton selayaknya dihukum dengan layangan kad merah.

“Tak perlu tunggu lama untuk lihat sikap hipokrit mereka, baru hari tu mereka pertikai tentang kekasaran keras tak dihukum, sekarang mereka melakukan hal yang sama.”

“Adakah budak itu ditemu bual selepas tamat perlawanan kerana melakukan terjahan yang begitu keras dan bahaya? Saya rasa kekasaran itu tak patut diambil kira sebab dia tak terkenal.”

“Saya betul-betul nak dengar apa yang Klopp cakap lepas tamat perlawanan nanti, apa pula kelebihan yang melindungi budak ini dari dilayangkan kad merah.”

“Penyokong Liverpool semua tak nak cakap apa-apa ke? Atau dah lupa apa berlaku pada Kane kemarin? Kenapa tak nasihat pemain muda sendiri?”

“Kekasaran dia boleh tamatkan karier seseorang pemain, tapi dia hanya dapat kad kuning? Ini kira adil? Adil sebab berpihak kepada kamu?”

Komen-komen dari para peminat di media sosial jelas sekali menganjing komen dari Jurgen Klopp ketika Kane tidak dilayangkan kad merah dalam pertemuan Liverpool bertemu Spurs sebelum ini.

Ketua pasukan England itu telah melakukan terjahan keras ke atas Andy Robertson ketika aksi terikat 2-2 Liverpool bertemu Spurs kemarin.

Dek kerana beliau tidak dilayangkan dengan layangan kad merah, Kane teruk dihentam oleh para penyokong Liverpool dan Jurgen Klopp sendiri.

Pengurus Liverpool itu turut menghentam pengadil perlawanan tanpa belas, dan menganggap Paul Tierney sebenarnya tak tahu main bola sebab itulah buat keputusan tak masuk akal.

Kemarahan Jurgen Klopp semakin membuak-buak selepas Andy Robertson dilayangkan kad merah kerana mengasari Emerson Royal pada aksi babak kedua permainan.

Beliau tidak menafikan yang Robertson patut dilayangkan dengan layangan kad merah, namun turut menegaskan yang Kane juga selayaknya menerima hukuman yang sama.

Melihat kepada insiden melihat Tyler Morton, adakah pengadil dalam perlawanan ini tahu main bola?

Morton patut atau tidak dilayangkan dengan layangan kad merah? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Liverpool Berpotensi Untuk Kehilangan 2 Lagi Pemain Termasuk Midfield Yang Berjaya Mencuri Perhatian Ramai