Video: Rangkuman Aksi Luar Biasa Menakjubkan Tyler Morton Bertemu Milan

Liverpool berjaya melepasi aksi peringkat kumpulan B dalam saingan Champions League dengan sangat mudah, walau mereka kononnya berada dalam kumpulan maut.

Atletico Madrid, Porto dan AC Milan kesemuanya dua kali ditewaskan oleh Liverpool dalam aksi saingan peringkat kumpulan musim ini.

Kejayaan itu menjadikan skuad kendalian Jurgen Klopp itu sebagai pasukan pertama dari England yang merekodkan enam kemenangan dari enam perlawanan dalam saingan peringkat kumpulan Champions League.

Ia jelas sekali satu pencapaian yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk Jurgen Klopp dan anak-anak buahnya, dan mereka kini dianggap calon utama untuk muncul sebagai Juara.

Apa yang lebih menakjubkan lagi, skuad kendalian Jurgen Klopp beraksi dalam dua perlawanan mereka dengan cukup selesa kerana mereka sudah mengesahkan tempat di peringkat kalah mati.

Dalam pada selesa sudah layak sebagai Juara kumpulan, Liverpool tetap berjaya pamer aksi terbaik, seterusnya mencatatkan kemenangan dalam kedua-dua baki perlawanan bertemu Porto (2-0) dan AC Milan (2-1).

Antara pemain yang bermain penuh 90 minit dalam kedua-dua perlawanan terakhir itu adalah bintang muda berusia 19 tahun, Tyler Morton.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan yang bintang muda Liverpool itu berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

Beliau pamerkan aksi yang baik ketika bertemu Porto, namun Tyler Morton telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan ketika bertemu Milan awal pagi tadi.

Untuk bermain di stadium yang cukup ikonik dalam dunia bola sepak itu bukanlah satu tugas yang mudah, apa lagi bertemu Milan yang menurunkan skuad terbaik mereka untuk menang dalam perlawanan ini.

Di usia 19 tahun, beliau telah menunjukkan tahap kematangan yang sungguh luar biasa menakjubkan bertemu gergasi Serie A itu.

Berikut merupakan rangkuman aksi Tyler Morton ketika bertemu AC Milan dan ia jelas sangat berbaloi untuk disaksikan.

Adakah ini jelmaan Andrea Pirlo yang sebenarnya?

Beliau terlalu tenang dan santai sepanjang perlawanan ini dengan Morton mempamerkan aksi seolah-olah ini bukan penampilan pertama beliau dalam perlawanan sebesar ini.

Beliau sentiasa berada di segelinap padang untuk mencari dan meminta bola dan beliau juga sering berada di tempat yang betul untuk mematahkan serangan lawan.

Tak perlu lakukan terjahan terlalu keras, cukup dengan hulur kaki saja beliau sudah mampu untuk mematahkan serangan dari pasukan Milan.

Beliau juga mampu mengawal tempo permainan dengan sangat baik dan Morton mampu menjadi penggerak jentera serangan, dan beliau juga mampu menjadi lapisan pertama ketika bertahan.

Di usia muda, apa yang beliau lakukan teramat sangatlah mengagumkan dan ia secara tidak langsung membuktikan mengapa Jurgen Klopp terus menerus memberi kepercayaan untuk menurunkan beliau.

Kualiti hantaran yang beliau miliki juga selayaknya dipuji dengan Morton mampu bermain hantaran pendek dengan cantik, dan hantaran jauhnya juga sangat berkesan.

Selepas tamat perlawanan, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sendiri turut memberikan pujian yang menggunung kepada anak buahnya itu, dengan beliau menyatakan bahawa:

“Saya tak mahu buat hidup dia lebih bercelaru dari apa yang ada sekarang, ketika bermain di usia yang sangat muda untuk kelab seperti Liverpool, dengan persembahan seperti itu.”

Tegas Jurgen Klopp.

“Saya rasa kita semua patut bertenang, tapi apa dia pamerkan memang sungguh menakjubkan pada malam ini! Ia merupakan satu kebanggaan terbesar untuk melihat budak seperti dia bermain.”

“Ilmu bola sepak, otak bola sepak yang dia tunjukkan dalam perlawanan malam ini sungguh luar biasa.”

“Jika kamu secara teknikalnya sudah berada di tahap itu, dan jelas sekali dia sudah di tahap itu, dan kamu kemudiannya ada perkembangan yang cukup, dan kami juga ada masa yang sangat cukup untuk lakukan yang terbaik untuk dia.”

“Itu lah apa yang dia lakukan pada malam ini. Apa yang paling menarik, dia bertahan dengan sangat sempurna, dia cemerlang bersama semua pemain lain.”

Sementara itu, Jamie Carragher turut berbangga menunjukkan mesej peribadi antara beliau dengan ayah kepada Morton malam semalam.

“Saya fikir Tyler Morton seorang pemain midfield yang sangat hebat. Dia sungguh menakjubkan.”

Jelas Carragher.

“Pemain remaja yang bermain untuk Liverpool dalam salah sebuah perlawanan terbesar dalam dunia bola sepak Eropah, bermain pula di San Siro. Saya pernah bermain di sana sekali ketika saya di usia 20 an dan bagi saya apa yang dia tunjukkan sangat menakjubkan.”

“Ini sangat luar biasa. Dia baru berusia 19 tahun dan bermain dalam perlawanan yang dia mampu menang, pamerkan aksi persembahan yang hebat, saya sangat berbangga dengan dia.”

Liverpool sebenarnya sangat bernasib baik kerana memiliki prospek masa hadapan yang sungguh luar biasa menakjubkan seperti Tyler Morton.

Tidak akan mengejutkan andai pemain muda itu bakal menjadi bintang yang bersinar dalam dunia bola sepak dalam tempoh dua ke tiga tahun dari sekarang, selepas melihat aksi hebat yang beliau pamerkan pada ketika ini.

BACA:  Steven Gerrard Menganjing Penyokong Manchester United