Para peminat terkejut melihat bentuk fizikal terkini Wesley Sneijder dengan bekas bintang Belanda itu kini dilihat mempunyai tubuh yang sangat besar.
Mustahil untuk ada peminat yang tidak terkejut jika melihat perubahan ketara saiz fizikal Sneijder dengan beliau dahulu mempunyai badan yang kurus, kini memiliki ukuran badan yang gempal.
Legenda berusia 37 tahun itu sudah bersara sejak dari 2019 yang lalu dan melihat kepada perubahan fizikal beliau sekarang, sepertinya beliau benar-benar menikmati hari persaraannya.
This is Wesley Sneijder
Wesley Sneijder during a match organized to support Ukraine. The former Dutch midfielder retired from football in 2019.
He’s 37, the same age as Cristiano Ronaldo.Opinion? pic.twitter.com/nLz5wt29AT
— Temitope (@Temiyardpipu) April 8, 2022
Beliau baru-baru ini turun bermain dalam satu perlawanan amal yang dianjurkan untuk memberi sokongan kepada Ukraine.
Peminat terkejut melihat penampilan Sneijder dengan perut beliau kini lebih jauh ke depan berbanding yang biasa dilihat.
Mungkin saja beliau tidak lagi menjaga pemakanan dan tidak lagi aktif dan kerana itulah badan beliau dilihat naik mendadak seperti itu.
Tidak seperti Cristiano Ronaldo, Thiago Silva dan Zlatan Ibrahimovic yang masih memiliki fizikal yang menakjubkan kerana mereka menjaga semua hal seperti itu.
Bercakap tentang perbandingan antara Sneijder dan Cristiano Ronaldo, legenda Inter Milan itu pernah mendedahkan sebelum ini yang beliau boleh jadi lagi bagus dari bintang Portugal itu dan Lionel Messi jika beliau mahu.
Kerana atas keinginan sendiri lah beliau tak boleh dibandingkan dengan dua pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman itu.
Sneijder anggap beliau boleh jadi lebih bagus berbanding Ronaldo dan Messi
Wesley Sneijder telah mendakwa yang beliau sepatutnya boleh jadi sehebat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, namun beliau sendiri yang tidak mahu, serta lebih memilih untuk menikmati wine.
Wesley Sneijder has really let himself go since retiring😳🍗 pic.twitter.com/Fz15uSHFTg
— PurelyFootball®️ (@PurelyFootball) April 8, 2022
Pada tahun 2010 yang lalu, Sneijder telah membuat dakwaan yang beliau merupakan pemain terhebat dalam dunia bola sepak.
Beliau ketika itu merupakan nadi penting yang membantu skuad Inter Milan di bawah kendalian Jose Mourinho untuk memenangi gelaran treble.
🗣 Wesley Sneijder: "I could have become like Messi or Ronaldo. I simply didn't feel like it." pic.twitter.com/PIsXkLovOF
— GOAL (@goal) June 6, 2020
Beliau juga berjaya menjaringkan lima gol penting untuk skuad kebangsaan Belanda, dalam saingan Piala Dunia pada musim panas tahun tersebut.
Pemain midfield itu terlepas peluang untuk memenangi anugerah Ballon D’or pada tahun tersebut, dengan beliau hanya berada di kedudukan keempat sahaja di belakang trio Barca, Messi, Andres Iniesta dan Xavi.
Namun begitu, Sneijder tetap percaya yang beliau sehebat bintang Argentina itu, dan juga seterunya Ronaldo jika beliau mahu.
Namun beliau lebih memilih untuk menikmati hidupnya sendiri berbanding konsisten menjadi pemain terhebat di muka bumi ini.
“Saya boleh menjadi seperti Messi atau Ronaldo. Saya jelas sekali tidak mahu jadi begitu.”
Jelasnya kepada Gianluca di Marzio.
Sneijder: “I could have become just as good as Cristiano Ronaldo & Messi, but I didn’t feel much for it. I loved to drink a glass of wine here and there. Leo & Cristiano are different. They sacrificed everything, that’s fine. My career was still great.” [@DiMarzio]
This guy.. 🤦♂️ pic.twitter.com/r4icqmeUOJ
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) June 5, 2020
“Saya menikmati hidup saya, mungkin saya mahu minum segelas wine ketika makan malam. Leo dan Cristiano berbeza, mereka sudah melakukan banyak pengorbanan.”
“Dan ia tiada masalah untuk saya, karier saya, walau bagaimanapun, ia masih menakjubkan.”
Hakikatnya, bintang Belanda itu tidak silap tentang bagaimana hebatnya karier beliau. Musim 2009/10 jelas sekali yang terbaik dengan beliau membantu Inter Milan menjuarai Serie A, Coppa Italia dan Champions League.
Selepas kejayaan yang menakjubkan itu, beliau berjaya membantu skuad kebangsaan Belanda untuk mara sehingga aksi perlawanan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan.
Wesley Sneijder:
🗣 "I have to be honest, I could have been mentioned in the same breath as Messi and Ronaldo if I had been 100% committed. It's not that I didn't have it in me, but I simply didn't want to do it."
🤥🤥🤥🤥 pic.twitter.com/9HlxdY4aPg
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) November 21, 2019
Mereka mengejutkan banyak pasukan dan tewas kepada Sepanyol dalam perlawanan akhir yang dianggap paling kontroversi dalam sejarah Piala Dunia modern.
Sneijder turut berjaya memenangi Eredivisie, La Liga dan Super Lig bersama Ajax, Real Madrid dan Galatasaray sepanjang karier gemilangnya.
Antara anugerah individu terhebat pernah beliau menangi adalah memenangi Silver Boot dan anugerah bola gangsa ketika kejohanan Piala Dunia 2010.
Sneijder turut membincangkan tentang rakan sepasukan terhebat pernah beliau beraksi bersama, dan pemain midfield Sepanyol, Guti menjadi pilihannya.
Gandingan itu beraksi bersama Real Madrid pada tahun 2007 hingga 2009, dengan Sneijder menyatakan:
“Ketika saya bermula di Real Madrid, dia tidak bercakap dengan saya dalam tempoh tiga bulan, kerana dia sudahnya berada di bangku simpanan kerana saya. Tapi kemudian kami mula bermain bersama dan kami mempunyai kesefahaman yang sungguh menakjubkan.”
Wesley Sneijder 🗣 "If I had lived 100% for football, I could've been on the same level as Messi and Ronaldo, but I didn't want that and I don't regret it." pic.twitter.com/OHg8nQVP1Y
— Footy Accumulators (@FootyAccums) November 21, 2019
“Dia seorang pemain yang luar biasa menakjubkan, kemungkinan saya rasa dia yang terhebat pernah beraksi bersama saya.”
Adakah Sneijder sepatutnya memenangi anugerah Ballon D’or 2010? Bincangkan diruangan komen.