Pepe Terinzal Sebentar Selepas Dilayangkan Kad Kuning

Pepe akhirnya kembali menjadi dirinya sendiri ketika beraksi bertemu Belgium di pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020 awal pagi tadi.

Mata peminat seluruh dunia tertumpu ke Seville awal pagi tadi untuk menyaksikan perlawanan menarik antara Juara bertahan Euro bertemu pasukan yang berada di kedudukan pertama dunia mengikut ranking FIFA.

Kedua-dua pasukan benar-benar mempamerkan aksi permainan yang sungguh menghiburkan dengan aksi serang menyerang sepanjang perlawanan.

Belgium akhirnya berjaya memecah kebuntuan selepas Thorgan Hazard meledak gol yang cukup cantik dan padu pada aksi babak pertama permainan untuk Belgium memimpin permainan.

Portugal dilihat begitu terdesak memburu gol penyamaan pada aksi babak kedua permainan dalam usaha mereka untuk terus mempertahankan kejuaraan Euro yang mereka menangi pada edisi sebelum ini.

Usaha jentera serangan Portugal untuk melepasi barisan pertahanan berpengalaman Belgium teramatlah sukar.

Portugal dilihat gigih melancarkan serangan bertali arus ke kubu Belgium namun tiada gol yang berjaya dijaringkan.

Masuk minit ke-75, Pepe tampil mencuri tumpuan peminat selepas beliau menunjukkan sisi ‘the animal’ yang beliau miliki ke atas Thorgan Hazard.

Pemain pertahanan paling kontroversi dan legenda pengutip kad, Pepe terselamat dari layangan kad merah atas kesalahan yang beliau lakukan dan hanya dilayangkan dengan layangan kad kuning sahaja.

Beliau sempat mengasari Hazard ketika pengadil perlawanan sudah membunyikan wisel dan nasibnya baik selepas beliau hanya diberikan layangan kad kuning sahaja.

Pengadil meminta untuk perlawanan dihentikan kerana Lukaku ketika itu baru dikasari dan Pepe tidak mempedulikan wisel tersebut dengan beliau memilih untuk bagi ubat pada Thorgan Hazard sambil berusaha untuk meneruskan perlawanan.

Tindakan Pepe itu telah mencetuskan kekecohan dengan pemain Belgium tidak gembira dengan apa yang dilakukan oleh pemain centre-back Porto itu.

Kedua-dua pasukan kemudiannya terlibat dalam sedikit pertengkaran dan membuang beberapa minit untuk memperdebatkan hal berkait insiden tersebut.

Pepe ketika menyedari beliau sudah dilayangkan dengan layangan kad kuning itu, beliau tersenyum puas seolah gembira dirinya masih dihargai pengadil.

Mana nak cari pemain yang masih mampu tersenyum walau sudah dilayangkan dengan layangan kad kuning? Hanya Pepe, dan beliau memang gembira dengan hal tersebut.

Suka atau tidak, peminat pasti tahu pemain veteran Portugal itu sememangnya licik dan sanggup melakukan apa saja dalam usahanya untuk melancarkan perang mental dengan pasukan lawan.

Hazard yang mencium tanah kerana dizalimi Pepe juga sedar dan sangat faham dengan situasi yang berlaku pada ketika itu

Walau beliau awalnya tersiksa disakiti Pepe, namun bintang Dortmund itu tersenyum riang selepas tamat perlawanan kerana berjaya membantu skuadnya untuk mara ke peringkat suku akhir.

Belgium selepas ini akan bertemu Itali di peringkat suku akhir dan perlawanan tersebut tentunya sangat menarik untuk ditonton.

Kedua-dua pasukan tersebut merupakan pasukan kegemaran untuk memenangi kejohanan Euro 2020 ini selepas kedua-dua mereka mencatatkan empat kemenangan dari empat perlawanan di kejohanan kali ini.

Skuad emas Belgium selepas gagal memenangi Piala Dunia 2018, mereka tentunya akan berusaha sehabis daya untuk menjuarai saingan Euro kali ini.

Sementara Pepe pula, penampilan beliau ketika beraksi bertemu Belgium awal pagi tadi mungkin bakal menjadi perlawanan terakhirnya dalam saingan Euro.

Beliau yang ketika ini sudah berusia 38 tahun tidak mungkin akan mampu untuk beraksi lagi di kejohanan Euro 2024 nanti.

Jadi di perlawanan terakhir, dengan layangan kad kuning, ia jelas satu kepuasan yang tidak terhingga untuk legenda ‘The Animal’, Pepe.

Sumber: GMS

BACA:  Walau 'Buas' Di Atas Padang, Pepe Sebenarnya Anak Manja Mak