Bintang Manchester United, Andreas Pereira telah mendedahkan bahawa beliau memasang cita-cita untuk menyertai beberapa lagi pasukan gergasi dunia sebelum mengakhiri kariernya.
Pereira telah menamakan Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich sebagai pasukan pilihan yang beliau mahu sertai nanti.
Pereira telah tampil beraksi sebanyak 37 perlawanan untuk setan merah sepanjang musim ini selepas menghabiskan masa beberapa musim sebagai pemain pinjaman.
"I really like Barcelona and Real Madrid, they are top teams. Bayern Munich too."
Andreas Pereira has been quoted stating his desire to play for another 'big club' at some point in his career. #MUFC
✍️ @AlexCTurk https://t.co/uBZz5CWdoF
— StretfordPaddock (@StretfordPaddck) May 7, 2020
Pemain berusia 24 tahun itu baru-baru ini telah ditanya tentang masa depannya oleh sebuah rancangan TV di Brazil, Globo Esporto dan beliau menjelaskan bahawa kini dirinya bahagia bersama United tetapi beliau tetap bercita-cita mahu berpindah ke pasukan impiannya.
“Buat masa sekarang, saya hanya mahu beraksi disini.”
Pemain Brazil itu memulakan bicara.
“Tetapi sudah tentunya, sebagai seorang pemain, kita akan sentiasa gembira jika diberi peluang untuk beraksi bersama pasukan besar. Saya sangat suka Barcelona dan Real Madrid, mereka pasukan terbaik. Bayern Munich juga.”
Andreas Pereira: "For now, I only dream of playing here [#mufc]. But of course, as a player, you would always like to play for another big club. I really like Barcelona and Real Madrid, they are top teams too. Bayern Munich." #mulive [globo esporte]
— utdreport (@utdreport) May 6, 2020
Komen dari Pereira mungkin agak mengejutkan bagi peminat setan merah, kerana mereka tidak nampak pemain itu memberikan yang terbaik sepanjang musim ini.
Pemain midfield itu tidak memberi apa-apa impak untuk pasukan, tambahan pula pemain seperti Fred dan Scott Mctominay telah mempamerkan aksi lebih baik berbanding beliau diposisi itu.
Dengan kehadiran Bruno Fernandes pada Januari lalu, khidmat Pereira sepertinya sudah tidak diperlukan lagi di sana.
Rakan sepasukannya dari akademi, Jesse Lingard turut tidak lagi mendapat tempat bersama skuad United sekarang dan sering kali dipinggirkan.
Kedua-dua Lingard dan Pereira telah diketepikan ketika kemenangan 3-0 United ke atas Watford pada Februari lalu.
Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer turut tidak senang dengan mereka dan telah mengkritik kedua-dua pemain itu secara terang-terangan.
“Saya tidak akan rasa kasihan kepada mereka, mereka harus berusaha sendiri untuk memastikan tempat untuk mereka dalam perlawanan seterusnya. Mereka harus lebih berdaya saing.”
Andreas Pereira: "For now, I only dream of playing here (United)But of course, as a player, you would always like to play for another big club. I really like Barcelona and Real Madrid, they are top teams too. Bayern Munich. #MUFC pic.twitter.com/M9OZDgR3Ud
— Dale (@DALEHILL123) May 6, 2020
Jelas Ole kepada Daily Mail.
“Itulah yang saya suka. Saya suka melihat pemain yang berkata, ‘baiklah, dia telah meninggalkan saya dalam dua atau tiga perlawanan tanpa penjelasan.”
“Saya tidak perlu menjelaskan semua perkara. Ada perkara saya akan jelaskan dan ada juga yang saya tidak akan jelaskan. Bila saya diam maksudnya mereka tahu saya mahu yang lebih dari mereka.”
“Saya tak boleh bercakap dengan mereka hal yang sama berulang-ulang sebanyak 100 kali. Tidak mungkin saya nak ulang-ulang beritahu dia saya mahu dia berubah. Jika ada peluang buktikan.”
Andreas Pereira:
"For now, I only dream of playing here at United. But of course, as a player, you would always like to play for another big club, I really like Barcelona and Real Madrid, they are top teams too. Bayern Munich." [globo esporte] pic.twitter.com/uH9G5rS6Ex
— UTFR 🇾🇪 (@ManUtd_HQ) May 6, 2020
“Saya telah membuat keputusan saya sendiri dan satu hari nanti saya mungkin akan memberi amaran dahulu, selepas amaran mungkin mereka tidak akan berada disini lagi.”
“Dan saya tidak perlu menjelaskan semua itu, mereka harus sentiasa berfikir sendiri. Bila ditegur itu bermakna mereka harus berubah itu sahaja.”