Pertembungan Mexico Dan USA Merupakan Aksi Perlawanan Antarabangsa Terhangat Tahun Ini

Aksi perlawanan akhir CONCACAF Nations League yang menemukan antara USA bertemu Mexico pagi tadi menyajikan aksi yang cukup hangat dan menakjubkan.

Dengan persembahan mantap kedua-dua pasukan, pemain saling bertumbuk, penyokong baling objek dan beberapa siri terjahan merbahaya telah menjadikan perlawanan tersebut sangat menarik untuk ditonton.

Bintang Chelsea dan ketua pasukan Amerika Syarikat, Christian Pulisic berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk US selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-115.

Jaringan Pulisic mengesahkan kejayaan untuk skuad kendalian Gregg Berhalter menjuarai Nations League dengan menewaskan Mexico 3-2 selepas beraksi sehingga ke masa tambahan.

Bintang Mexico, Andres Guardado gagal menyempurnakan sepakan penalti yang beliau menangi selepas diselamatkan oleh penjaga gol gantian US, Ethan Horvath.

Guardado yang masuk sebagai pemain gantian itu juga telah dilayangkan kad kuning dan beliau merupakan pemain kelapan yang menerima kad amaran dalam perlawanan ini.

Namun apa yang membuatkan beliau lebih kecewa adalah kerana gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti yang dimenangi pada minit akhir masa tambahan perlawanan.

Pelbagai insiden menarik yang telah berlaku sepanjang 90 minit aksi permainan, termasuk pergaduhan antara pemain yang mana Weston McKinnie telah dicekik oleh bintang Atletico Madrid, Hector Herrera.

Apa yang menarik lagi, terdapat setidak-tidaknya tiga insiden yang perlu dirujuk oleh VAR sepanjang 120 minit aksi perlawanan ini dilangsungkan.

Segala insiden yang berlaku di Sports Authority Park, di Denver Colorado itu sepertinya terlalu sukar untuk dikawal oleh pengadil perlawanan, dan ia tidak mengejutkan selepas melihat satu lagi pergaduhan antara pemain di minit-minit akhir tambahan masa dalam perlawanan ini.

Dengan para pemain kedua-dua pasukan saling bergaduh dan tolak menolak, para penyokong yang berada di stadium juga teruja untuk ikut sama.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa para penyokong Mexico telah melontar objek seperti cawan minuman dan botol air ke arah para pemain.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, lontaran objek itu mengenai kesemua pemain yang berada di situ, tak kira pemain Mexico mahupun pemain Amerika.

Namun ia sedikit mengecewakan untuk penyokong Mexico tersebut yang mahu menyasarkan kepala pemain US tapi terkena kepala pemainnya sendiri.

Anggap saja itu cara penyokong untuk meleraikan pergaduhan, sakit hati tengok pemain bertumbuk maka mereka baling saja objek supaya semua bersurai.

Aksi panas kedua-dua pasukan ini lebih panas dan lebih menarik untuk disaksikan berbanding perlawanan pertunjukan Mayweather dan Logan Paul.

Rasanya pemain kedua-dua pasukan yang bermain bola sepak ini lebih banyak melayangkan penumbuk tepat berbanding kedua-dua boxer yang berlawan dalam perlawanan β€˜prank’ itu.

BACA:Β  Michail Antonio Jaringkan Gol Padu Dari Jarak Jauh Bantu Jamaica Ikat USA