Piala Dunia 2022: Belanda 3-1 USA

Belanda USA

Saingan Piala Dunia 2022 meneruskan saingan di pusingan 16 terakhir selepas perlawanan peringkat kumpulan tamat kurang 24 jam dan perlawanan USA menentang Belanda menjadi perlawanan pembukaan.

Belanda, USA, Argentina, Australi, Perancis, Poland, England, Senegal, Japan, Coatia, Brazil, Korea Selatan, Maghribi, Sepanyol, Portugal dan Switzerland telah mengesahkan tempat mereka ke pusingan 16 terakhir.

Belanda selaku juara kumpulan A sudah ditetapkan jodohnya untuk bertemu naib juara kumpulan B yang menjadi milik USA di pusingan 16.

Perjalanan Belanda ke Pusingan 16:

Belanda telah diundi berada dalam kumpulan A yang turut dihuni oleh Senegal, Ecuador dan tuan rumah Qatar, satu kumpulan mudah untuk Belanda menjadi juara kumpulan.

1. Senegal 0-2 Belanda
2. Belanda 1-1 Ecuador
3. Belanda 2-0 Qatar

Perjalanan USA ke Pusingan 16:

USA pula berada dalam kumpulan B bersama Wales, England dan Iran. Dengan satu kemenangan dan dua seri cukup untuk USA mara selaku naib juara kumpulan di belakang England.

1. USA 1-1 Wales
2. England 0-0 USA
3. Iran 0-1 USA

Perlawanan berlangsung dengan sangat membosankan dengan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan penuh berhati-hati dengan bola banyak berlegar ditengah padang.

Pulisic telebih dahulu menguji kubu Belanda dengan peluang terbaik namun gagal menepati sasaran apabila rembatannya ditahan oleh keting penjaga gol Belanda, Andries Hoppert.

Di sebalik kebosanan permainan Belanda unggul untuk berada di depan hanya selepas 10 minit sepak mula hasil jaringan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Belanda, Memphis Depay.

Hantaran sedap Denzel Dumfries berjaya membaca larian Depay yang terus meledak ke gawang apabila bola tiba. Bola rembatan Depay mencatatkan kelajuan 84km/j.

Tiada apa yang menarik dalam selepas gol Depay sehinggalah permainan memasuki lima minit terakhir.

Timothy Weah melakukan satu rembatan padu dari luar kotak penalti ketika perlawanan berbaki 3 minit dan Andries Hoppert terpaksa melayangkan badan membuat tepisan.

Kemudian USA datang lagi dengan larian solo Sergino Dest, rembatannya telah dihadang dengan mudah dan ancaman dimatikan Belanda.

Ketika USA acah-acah garang Daley Blind menggandakan kedudukan sebelum tamat permainan 45 minit pertama.

Hantaran cantik Denzel Dumfries terus disudahkan dengan satu larian bijak Daley Blind dengan satu rembatan padu persis jaringan Depay.

Dua percubaan tepat Belanda berjaya menghasilkan gol dan dua percubaan tepat USA gagal. Hanya 4 percubaan tepat dari kedua-dua pasukan.

USA tidak boleh berhati-hati lagi dan perlu mengurangkan defisit dengan segera dan pada minit ke-49 percubaan USA dikeluarkan atas garisan.

Menyedari USA kurang memberi ancaman, Belanda mempamerkan permainan penuh ketenangan dan kesabaran untuk melakukan gerakan yang menguji kesabaran penonton di rumah.

Memphis Depay hampir menjaringkan gol dengan rembatan lencong dari luar kotak penalti tetapi ditepis Matt Turner ke atas palang.

Kemudian Depay datang melakukan sundulan terbang untuk menyempurnakan bola muntah rembatan Frenkie De Jong dan terkena tangan Matt Turner dan Depay pula sudah offside.

Bosan melihat permainan USA, Depay membuat hantaran ke belakang yang laju disambar Haji Wright namun menjadi Haji Wrong apabila percubaannya dikeluarkan ketika bola hampir masuk.

Kemudian Haji Wright tidak Wrong lagi dengan bantuan nasib membuktikan dia mampu memberi impak dari bangku simpanan dengan gol pertama USA yang melemaskan Andries Hoppert.

USA dengan tiba-tiba membara dan membuatkan Belanda kelam-kabut dan sedikit panik dengan semangat baru USA.

Selepas kembali tenang, Denzel Dumfries menjaringkan gol ketiga Belanda selepas bosan asyik mencipta assist dan kali assist dari Daley Blind.

Enam minit masa kecederaan diberikan pengadil untuk USA mengubah nasib mereka jika mahu terus berada di Piala Dunia.

Tiada apa yang mampu dilakukan USA dan tiada semangat langsung untuk menang, lansung tiada tekanan ke atas Belanda dan kedudukan 3-1 kekal hingga tamat.

Belanda menjadi pasukan pertama ke suku akhir Piala Dunia 2022 untuk bertemu pemenang perlawanan kedua antara Argentina dan Australia.

Kesebelasan Utama USA

Penjaga Gol: Matt Turner

Pertahanan: Antonee Robinson, Tim Ream, Walker Zimmerman, SergiΓ±o Dest

Tengah: Tyler Adams, Weston McKennie, Yunus Musah

Penyerang: Christian Pulisic, Jesus Ferreira, Tim Weah

Kesebelasan Utama Netherlands

Penjaga Gol: Andries Hoppert

Pertahanan: Jurrien Timber, Virgil van Dijk, Nathan Ake

Tengah: Daley Blind, Frenkie de Jong, Marten de Roon, Denzel Dumfries, Davy Klassen

Penyerang: Memphis Dupay, Cody Gakpo

BACA:Β  Jadual Copa America Centenario 2016