Argentina dan Belanda Berdepan Siasatan FIFA Ekoran Kontroversi Selepas Perlawanan

Argentina dan Belanda berdepan siasatan FIFA berhubung pertembungan suku akhir mereka yang berakhir dengan kontroversi dan huru-hara dengan kedua-dua pasukan berkemungkinan menerima denda kerana melanggar kod disiplin.

FIFA bersedia untuk membuka siasatan terhadap kedua-dua Persatuan Bola Sepak Argentina dan Belanda selepas pertembungan suku akhir yang berapi-api.

Kedua-dua pasukan kebangsaan bertarung di suku akhir Piala Dunia di mana Argentina muncul sebagai pemenang – selepas seri 2-2 pada masa tambahan dan pemenang ditentukan melalui penentuan sepakan penalti.

Sebanyak 17 kad kuning dilayangkan kerana ketegangan mula memuncak dan badan induk bola sepak dunia itu telah mengumumkan bahawa mereka akan menyiasat kontroversi yang tercetus itu.

Dalam satu kenyataan, jawatankuasa disiplin Fifa mengesahkan telah melancarkan siasatan segera terhadap kedua-dua pasukan selepas meneliti laporan perlawanan pengadil.

“Jawatankuasa Disiplin FIFA telah membuka prosiding terhadap Persatuan Bola Sepak Argentina kerana kemungkinan pelanggaran artikel 12 (Salah Laku pemain dan pegawai) dan 16 (Perintah dan keselamatan pada perlawanan) Kod Tatatertib FIFA.”

“Selain itu, Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah membuka prosiding terhadap Persatuan Bola Sepak Belanda kerana kemungkinan pelanggaran artikel 12 Kod Tatatertib FIFA berhubung perlawanan yang sama.”

Tuduhan salah laku pasukan adalah rutin selepas mengutip lima kad kuning dalam satu perlawanan dan dengan itu kes disiplin dibuka terhadap kedua-dua Argentina dan Belanda.

Argentina berkemungkinan akan mendapat denda yang lebih berat kerana terdapat dua pertuduhan caj gangguan berasingan.

Pengadil Mateu Lahoz melayangkan 17 kad kuning secara keseluruhan, dengan sepuluh daripadanya diberikan kepada pasukan Lionel Scaloni dan 7 untuk Belanda.

Selepas perlawanan, Emiliano Martinez mengecam prestasi ‘tidak berguna’ pegawai itu dengan kedua-dua pihak terkilan dengan keputusannya.

Bek kanan Belanda Denzel Dumfries dibuang padang selepas menerima dua kad kuning selepas wisel penamat dan staf kejurulatihan Argentina, Walter Samuel juga telah dilayangkan kad kuning.

Ketegangan meningkat selepas pemain gantian dan jurulatih Argentina menceroboh padang pada peringkat akhir apabila Belanda menjaringkan dua gol lewat untuk memaksa masa tambahan.

Terdapat lebih banyak insiden panas di atas padang selepas Argentina memenangi penentuan sepakan penalti berikutan keputusan seri 2-2 dengan pasukan Amerika Selatan itu kemudian dilihat mengejek lawan mereka.

Video rakaman kemudian muncul bahawa ejekan Argentina dicetuskan oleh percubaan Belanda melakukan permainan minda apabila Lautaro Martinez mahu melakukan sepakan penalti terakhir Argentina.

Bagi media Eropah mereka menggunakan istilah permainan minda tapi jelas itu adalah provokasi melampau di lakukan ke atas Martinez dan tidak mempamerkan sikap semangat kesukanan atas prinsip permainan adil.

Tidak kurang daripada empat pemain bintang Belanda menghampiri penyerang itu sebelum sepakan penaltinya, yang disempurnakannya.

Selepas Lautaro Martinez mengesahkan kemenangan, pemain Argentina segera membalas dan mengejek pemain Belanda dengan apa yang mereka lakukan.

FIFA tidak memberikan tarikh yang spesifik untuk keputusan siasatan dan pada kebiasaanya tidak akan diketahui sebelum perlawanan separuh akhir.

Media Eropah cuba memburukkan Lionel Messi selepas melakukan keraian provokasi di depan Louis Van Gaal dan bangku simpanan belanda dengan meletakkan dua tangan di telinga.

Provokasi Ikonik Messi Depan Muka Van Gaal Dan Kem Belanda

Mereka berkata Messi cuba merosakkan legasi bertaraf legendanya sama seperti Cristiano Ronaldo namun peminat bola sepak kagum dengan apa yang dilakukan Messi itu.

Messi menunjukkan sisi lain yang tidak pernah dipamerkan sebelum ini, selepas perlawanan, Messi pergi ke muka Van Gaal dan berkata pengurus itu terlalu ‘banyak cakap’ dengan satu isyarat tangan.

Kapten Argentina itu juga telah menyuruh Wout Weghorst yang mengganggu sidang media Messi berambus dan memanggil pemain itu bodoh.

BACA:  Copa America (Final): Argentina 1 - 0 Brazil