Messi Sound Weghorst Ketika Temurah – ‘Kau Tengok Apa Bodoh? Berambus!’

Aksi luarbiasa Lionel Messi tidaklah mengejutkan namun tindakan sensasi Argentina itu dengan selamba sound Wout Weghorst dengan makian ketika temurah sememangnya mengejutkan dunia.

Satu sisi lain yang lebih gelap telah ditampilkan oleh Lionel Messi selepas berjaya membawa Argentina ke separuh akhir Piala Dunia dalam kemenangan dramatik ke atas Belanda.

Lionel Messi pada kebanyakkan masanya kelihatan sentiasa tenang dan jika hilang ketenangan itu hanya menampakkan riak wajah kecewa atau marah. Lantaran sifat itulah Messi dikatakan bukan seorang kapten yang bagus.

Namun kali ini entah apa yang merasuk sehingga Messi menjadi begitu langsi dan dengan selamba memaki pemain lain dengan perkataan bodoh ketika sesi temuramah.

Ketika bersiap sedia untuk ditemuramah eksklusif bersama TyC Sports, Lionel Messi telah terlibat dalam pertikaman lidah dengan pemain Belanda, Wout Weghorst yang merupakan penjaring dua gol Belanda.

Wout Weghorst telah melalui kawasan yang sama dan telah berkata sesuatu kepada Messi yang dilaporkan kata-kata yang berbentuk provokasi.

Tiba-tiba Messi naik angin dan riak wajah marahnya jelas kelihatan dan dengan selamba melemparkan makian kepada Wout Weghorst ketika dirakaman berjalan:

“Kau Tengok Apa Bodoh? Kau Tengok Apa Bodoh? Berambus!” Maki Messi berulang kali.

Pemain terbaik perlawanan itu dalam temuramahnya telah mengkritik corak permainan yang telah diterapkan oleh Louis Van Gaal:

“Kami menderita secara tidak adil. Louis Van Gaal mencanang bahawa mereka bermain bola sepak yang bagus, apa yang mereka buat adalah letakkan pemain tinggi dan main hantaran panjang.”

Lionel Messi juga sangat tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan yang ditunjukkan oleh pengadil dari Sepanyol, Antonio Mateu Lahoz.

Namun Messi tidak mahu membuat kritikan berlebihan dan menyatakan pendapat yang jujur kepada pengadil kerana dia boleh di hukum.

Bagi Messi sudah tiba masanya untuk FIFA memikirkan perkara ini dan membuat perubahan:

“Perlawanan ini tidak sepatutnya berakhir begini.Saya tidak mahu bercakap tentang pengadil, mereka akan menghukum anda nanti, anda tidak boleh jujur”

“Ramaimelihat apa yang terjadi, kami bimbang sebelum perlawanan kerana kami tahu dia (pengadil) bagaimana.”

“Tetapi saya fikir FIFA harus memikirkan semua ini. Anda tidak boleh meletakkan pengadil seperti itu untuk perlawanan ini”.

Kapten Argentina itu menyatakan bahawa pasukannya layak untuk meraih kemenangan ini dengan apa yang mereka lakukan di atas padang.

“kami berhak menang melalui apa yang kami lihat dalam permainan, dengan permainan yang hebat, tetapi kami bermain seperti mana kami perlu bermain”.

“Apabila ramai yang mahu menumbangkan kami selepas perlawanan pertama yang kami tewas, kami tahu pasukan ini akan melakukan segala-galanya dan apabila mereka perlu bermain, mereka bermain dan apabila tidak, mereka membawa perlawanan ke hadapan dalam satu cara berbeza seperti mereka lakukan hari ini.”

“Kami sangat gembira jika dapat bermain tujuh perlawanan, ia adalah matlamat kami. Sekarang kami mempunyai separuh akhir yang sangat sukar dan kami akan bermula bersiap sedia untuk itu.”

Lionel Messi dalam perlawanan ini juga telah tampil untuk melawan sesiapa saja mempertahankan rakan dari pemain lawan, pengadil dan sehinggalah Van Gaal sendiri.

Selepas tamat perlawanan dan mengesahkan tempat ke separuh akhir, ketika Messi mahu ke bangku simpanan Argentina dia telah melalui kawasan Belanda.

Messi dengan selamba telah masuk ke kawasan teknikal Belanda lalu membuat isyarat badan yang bermaksud ‘Korang sembang lebat sangat.’

Tenyata semua di bangku simpanan Belanda sentap dan cuba melawan dengan provokasi dicetuskan Messi namun Edgar Davis tampil menenangkan keadaan.

Ramai yang suka dengan sikap melawan yang ditunjukkan Messi ini kerana mengingatkan mereka kepada mendiang Diego Maradona seorang kapten yang berjiwa pejuang keras dan melawan.

BACA:  Lihat Gandingan Mantap Thiago Messi Dan Benjamin Suarez