Piala Dunia 2022: Senegal Mengiringi Belanda Ke Pusingan Seterusnya

senegal belanda

Saingan Piala Dunia 2022, Qatar telah memasuki perlawanan ketiga peringkat kumpulan dan bagi kumpulan A saingannya telah pun tamat di mana Senegal mengiring Belanda ke pusingan seterusnya.

Perlawanan terakhir setiap kumpulan akan di langsungkan secara serentak bagi mengelakkan sebarang peluang untuk memanipulasi permainan.

Belanda memberi pasukan tuan rumah, Qatar kekalahan ketiga manakala Ecuador yang cemerlang pada pembukaan perlawanan tewas 2-1 kepada Senegal.

Pasukan bimbingan Louis Van Gaal tiada masalah untuk menewaskan Qatar dan menepati ramalan awal untuk menang mudah dan menjadi juara kumpulan A.

Pemain penyerang muda buruan Manchester United, Cody Gakpo terus membuktikan ketajaman dan semakin memahat nama sebagai pemain handalan membuka gol pendahuluan pada minit ke-26.

Cody Gakpo menyempurnakan hantaran Davy Klaassen dan menjaringkan gol dalam tiga perlawanan Piala Dunia berturut-turut di usia 23 tahun.

Seorang lagi pemain buruan Manchester United yang tiada jodoh, Frenkie De Jong menggandakan kedudukan empat minit selepas permainan separuh masa kedua bersambung.

Pemain simpanan, Steven Berghuis yang masuk menggantikan Davy Klaassen pada minit ke-66 menjaringkan gol ketiga dua minit selepas masuk.

Vincent Janssen telah menghantar bola kepada Steven Berghuis untuk satu tolakan mudah namun gol itu telah dibatalkan kerana bola terkena tangan Cody Gakpo dalam gerakan yang menghasilkan gol itu.

Belanda muncul juara kumpulan A dengan 7 mata selepas mencatatkan dua kemenangan (vs Qatar, Senegal dan satu seri (vs Ecuador) dengan menjaringkan 5 gol dan satu bolos.

Qatar pula hadir dengan tiket tuan rumah hanya menjadi pasukan pelengkap jadual dan lubuk mata apabila hanya menjaringkan satu gol dan tujuh bolos dalam tiga kekalahan.

Kesebelasan utama Belanda : Andries Noppert, Daley Blind, Nathan Ake, Virgil van Dijk (c), Jurrien Timber, Denzel Dumfries, Marten de Roon, Davy Klaassen, Frenkie de Jong, Cody Gakpo, Memphis Depay.

Kesebelasan utama Belanda Qatar : Meshaal Barsham, Pedro Miguel, Abdelkarim Hassan, Abdelaziz Hatim, Hassan Al-Haydos (c), Akram Afif, Ismail Mohamad, Homam Ahmed, Assim Madibo, Boualem Khoukhi, Almoez Ali.

Ecuador 1-2 Senegal

Ecuador bermula baik dalam saingan kumpulan dengan menumbangkan Qatar dan menampilkan permainan meyakinkan ketika seri menentang Belanda tewas kepada Senegal lalu mengikut jejak Qatar.

Harapan Senegal untuk mara hidup kembali selepas menewaskan Qatar pada perlawanan kedua apabila tewas kepada Belanda di perlawanan pembukaan.

Senegal mendapat sepakan penalti di penghujung separuh masa pertama selepas Piero Hincapie melakukan terjahan gelungsur ke atas larian deras Ismaila Sarr.

Terdapat sedikit pertelagahan dalaman siapa akan mengambil sepakan dan Ismaila Sarr diberikan peluang dan tiada masalah untuk pemain Watford itu meletakkan Ecuador di hadapan.

Ecuador tidak panik dan kembali menyamakan defisit melalui jaringan Moisés Caicedo pada minit ke-67 dan bola itu tiba-tiba jatuh ke kaki Caicedo untuk dijaringkan.

Ecuador hanya perlukan seri untuk ke pusingan 16 terakhir namun jaringan penyamaan itu hanya bertahan selama tiga minit.

Ketua pasukan Senegal, Kalidou Koulibaly kembali meletakkan Senegal dihadapan dengan satu sundulan tajam dan menamatkan impian Piala Dunia Ecuador.

Kesebelasan Utama Ecuador : Galindez, Angelo Preciado, Torres, Hincapie, Estupinan, Franco, Gruezo, Caicedo, Plata, Estrada, Valencia.

Pemain Simpanan : Arboleda, Cifuentes, Pacho, Ayrton Preciado, Ibarra, Ramirez, Arreaga, Mena, Sarmiento, Palacios, Dominguez, Reasco, Porozo, Rodriguez.

Kesebelasan Utama Senegal: Edouard Mendy, Sabaly, Koulibaly, Jakobs, Diallo, Ciss, Pape Gueye, Ndiaye, Idrissa Gueye, Ismaila Sarr, Dia.

Pemain Simpanan : Seny Dieng, Formose Mendy, Cisse, Nampalys Mendy, Jackson, Moussa N’Diaye, Ballo-Toure, Diatta, Pape Sarr, Diedhiou, Ahmadou Dieng, Gomis, Name, Loum N’Diaye.

BACA:  Sadio Mane Tandatangani 'Kontrak Kematian' Demi Untuk Beraksi Bersama Senegal