Kegeniusan dan Kepoweran Messi Mudah Bawa Argentina Ke Separuh Akhir

Kegeniusan dan kepoweran Lionel Messi dengan mudah membawa Argentina ke separuh akhir Piala Dunia 2022 selepas menundukkan Belanda yang mendabik dada akan menang mudah.

Satu gol dan satu assist dari Lionel Messi cukup untuk Agentina meraih kemenangan dan menepati ramalan awal untuk pergi lebih jauh.

Belanda bangkit mengikat dan perlawanan dibawa ke penentuan sepakan penalti namun Emi Martinez terlalu unggul dengan dua saves menakjubkan.

Belanda turun menentang satu lagi pasukan pilihan untuk bergelar, Argentina dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Dunia 2022 selepas perlawanan pembukaan antara Croatia dan Brazil.

Croatia yang telah mencipta kejutan dengan aksi kebangkitan menang di penentuan sepakan penalti untuk ke separuh akhir dan akan bertemu pemenang pertembungan Belanda vs Argentina ini.

Perlawanan ini telah dihangatkan dengan kenyataan angkuh Raphael Van der Vaart yang menyatakan Belanda akan menang mudah dengan jaringan tiga gol tanpa balas.

Kenyataan Angel Di Maria melabel Louis Van Gaal sebagai ‘pengurus paling teruk dalam kariernya’ kembali berbangkit dan Van Gaal hanya membalas dengan jawapan sinis yang agak kelakar.

Secara statistiknya prestasi Argentina dan Belanda tidak jauh bezanya di Piala Dunia 2022 ini jika diikutkan Belanda ternyata lebih tajam dan klinikal jika dikira berdasarkan goal per shot on target.

Perlawanan antara Belanda ini berlangsung boleh tahan hambarnya untuk separuh masa pertama namun perlawanan ini diselamatkan dengan jaringan Nahuel Molina
pada minit ke-35.

Hanya 6 sahaja percubaan terhasil dan 5 daripadanya adalah dari Argentian dengan 3 percubaan tepat dan Belanda hanya menghasilkan satu saja percubaan yang jauh tersasar.

Lionel Messi menjadi titik fokus dalam perlawanan ini apabila mempamerkan aksi terbaik dan gol dari Nahuel Molina juga terhasil dari hantaran genius Lionel Messi.

Bintang PSG itu telah mengutip bola dari kawasan tengah Belanda dan telah berjaya menarik tiga pemain untuk menghalangnya yang telah memberi ruang kepada Molina.

Satu hantaran lolos penuh genius dan berprestasi tinggi sampai kepada Molina yang telah mempamerkan satu penyudah yang tenang.

Bersambung babak kedua masih tiada apa yang menarik dan mengujakan apatah lagi untuk membuatkan penonton di rumah menjerit penuh keterujaan.

Pada minit ke-73 Argentina telah dihadiahkan sepakan penalti selepas Denzel Dumfries telah menjatuhkan Marcos Acuna.

Lionel Messi tampil menggalas tanggungjawab untuk meletakkan Argentina dengan kedudukan sedikit lebih selesa dengan dua gol di depan.

Lionel Messi kini menjadi penjaring gol terbanyak bersama Argentina di Piala Dunia dengan 10 gol, menyamai rekod Gabriel Batistua.

Sepuluh minit kemudian hantaran silang Steven Berghuis telah berjaya ditanduk sipi oleh Wout Weghorst yang masuk menggantikan Memphis Depay pada minit ke-78.

Gol itu nyata menaikkan semangat kebangkitan Belanda yang sendu sepanjang perlawanan dan mula mencari gol untuk merebut slot separuh akhir.

Masa kecederaan selama 10 minit memberi talian hayat buat Belanda bagi mencari gol penyamaan namun masa itu seakannya tidak cukup namun semuanya berubah.

Silly mistake dari German Pezzella telah memberikan Belanda sepakan percuma di kawasan bahaya dan satu sepakan percuma genius terhasil.

Teun Koopmeiners telah membuat satu tolakan yang diluar kotak dan tidak masuk akal dan laju disambar Wout Weghorst untuk gol penyamaan minit akhir.

Perlawanan dibawa ke masa tambahan sekali lagi untuk perlawanan separuh akhir.

Tiada apa yang menarik di masa tambahan dan hanya berbaki kurang 10 minit Argetina mengasak seperti tidak mahu ke sepakan penalti.

Rembatan Lautaro Martinez tepak ke dada Van Dijk dan rembatan Otamendi yang terbias hanya sedikit melepasi dan tiada gol terhasil.

Pemenang akan ditentukan di sepakan penalti yang akhirnya berjaya menjadi milik Argentina.

1. Virgil vin Dijk gagal disepakan pertama dinafikan Emi Martinez dan Lionel Messi tiada masalah meletakkan Argentina di depan.

2. Steven Berghui juga gagal, Emi Martinez padu menepis dan Leandro Paredes berjaya menyempurnakan.

3. Teun Koopmeiners berjaya menewaskan Emi Martinez yang tegak berdiri, Gonzalo Montiel tiada masalah dengan sepakan yang tenang.

4. Wout Weghorst meneruskan ketajaman untuk kedudukan 2-3 selepas Enzo Fernandez melakukan sepakan yang liar.

5. Luuk De Jong berjaya namun Lautaro Martinez memastikan kemaraan Argentina dengan kedudukan 4-3.

FT | Netherlands (3) 2–2 (4) Argentina

Kesebelasan Utama Belanda Argentina

Kesebelasan Utama Netherlands (3-4-1-2) Noppert; Timber, Van Dijk, Ake; Dumfries, De Roon, F de Jong, Blind; Gakpo; Depay, Bergwijn.

Pemain Simpanan: Pasveer, Bijlow, De Ligt, De Vrij, L de Jong, Berghuis, Lang, Klaassen, Malacia, Janssen, Weghorst, Koopmeiners, Taylor, Simons, Frimpong.

Kesebelasan Utama Argentina (3-5-2) E Martinez; Romero, Otamendi, Lisandro Martinez; Molina, De Paul, Fernandez, Mac Allister, Acuna; Messi, Alvarez.

Pemain Simpanan: Armani, Rulli, Foyth, Tagliafico, Montiel, Paredes, Pezzella, Di Maria, Palacios, Correa, Almada, Gomez, Guido, Dybala, Lautaro Martinez.

Pengadil: Antonio Mateu Lahoz (Spain)

Perjalanan Argentina ke Suku Akhir:

Argentina berada dalam kumpulan C bersama Arab Saudi, Mexico dan Polans. Argentina bangkit selepas tewas kepada Arab Saudi untuk menang dalam baki dua perlawanan dan menjadi juara kumpulan.

1. Argentina 1-2 Arab Saudi
2. Argentina 2-0 Mexico
3. Poland 0-2 Argentina

Pusingan 16: Argentina 2-1 Australia
Suku Akhir: Belanda Argentina

Perjalanan Belanda ke Suku Akhir:

Belanda telah diundi berada dalam kumpulan A yang turut dihuni oleh Senegal, Ecuador dan tuan rumah Qatar, satu kumpulan mudah untuk Belanda menjadi juara kumpulan.

1. Senegal 0-2 Belanda
2. Belanda 1-1 Ecuador
3. Belanda 2-0 Qatar

Pusingan 16: Belanda 3-1 USA
Suku Akhir: Belanda Argentina

BACA:  Zlatan Namakan Pemain Paling Layak Memenangi Anugerah Ballon D'or 2021