Ayah kepada Kasper, Peter Schmeichel meluahkan rasa marah dan kesalnya melihat aksi perlawanan antara Denmark dan Finland kembali bersambung dan tidak ditangguhkan terlebih dahulu.
Pertembungan antara Denmark dan Finland terpaksa dihentikan seketika di penghujung aksi babak pertama permainan selepas Christian Eriksen dengan tiba-tiba tumbang.
Insiden tersebut telah membangkitkan kebimbangan di kalangan peminat seluruh dunia yang merisaukan keadaan Eriksen pada ketika itu.
Denmark legend Peter Schmeichel says it was "absolutely ridiculous" that Saturday's #Euro2020 match carried on after Christian Eriksen's collapse. #bbceuro2020
— BBC Sport (@BBCSport) June 13, 2021
Pemain midfield itu dengan segera menerima rawatan di atas padang sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Para pemain kedua-dua pasukan kembali ke bilik persalinan masing-masing dan perlawanan awalnya diumumkan terpaksa ditangguhkan.
Namun UEFA memberi pilihan kepada kedua-dua pasukan untuk meneruskan perlawanan pada hari yang sama, atau disambung semula keesokan harinya jam 12.
Para pemain Denmark awalnya memutuskan untuk tidak mahu bermain selagi mana mereka masih belum dapat perkhabaran tentang Eriksen.
Sebaik mengetahui keadaan Eriksen sudah stabil dan para pemain dapat berhubung dengannya, Denmark memutuskan untuk meneruskan permainan.
‘Ridiculous’: Peter Schmeichel criticises Uefa over restarting Denmark game. Story by @m_christenson https://t.co/CytXRbdvHF
— Guardian sport (@guardian_sport) June 13, 2021
Namun begitu, Kasper Schmeichel ketika bersiaran langsung di studio BBC Radio Five Live, telah meluahkan kemarahannya tentang pilihan yang diberikan oleh UEFA.
“Saya ingin menegaskan di sini yang UEFA telah memberikan jalan penyelesaian yang sangat tidak masuk akal.”
“Sesuatu yang mengerikan telah berlaku dan UEFA beri pemain pilihan untuk keluar dan bermain baki 55 minit permainan atau apa saja baki masa itu, atau datang semula esok jam 12.00 pm, maksud saya, pilihan jenis apa yang dia kasi itu?”
“Jadi kamu pulang semula ke hotel, dan seperti kes Denmark kekurangan baki 45 minit permainan, mereka mungkin tak boleh tidur, mereka rasanya memang tak akan boleh tidur kerana trauma melihat insiden itu yang memberi kesan besar kepada mereka dan mereka kena naik bas semula jam 8 nanti untuk habiskan baki permainan.”
Emotional Peter Schmeichel cracks up in interview as he slams 'ridiculous' decision to restart Denmark v Finland https://t.co/91jZfemb70
— MailOnline Sport (@MailSport) June 13, 2021
“Itu bukan pilihan, itu merupakan keputusan yang mengarut dari UEFA dan mereka sepatutnya berusaha untuk mencari senario berbeza dan tunjukkan sikit rasa belas kasihan, tapi mereka tak lakukan itu.”
Bercakap mengenai keadaan Eriksen, Dr Morten Boesen telah mendedahkan situasi sebenar apa yang berlaku pada Eriksen yang mana seluruh dunia ingin tahu tentangnya.
"When I got to him he's breathing and I can feel his pulse, but suddenly that changes and we started giving him CPR."
-Denmark team doctor Morten Boesen on Christian Eriksen collapse#EURO2020 @DanishFooty @footballinDK @SuperligaenF @NordiskFootball @InterClubIndo @Calcio_Buzz pic.twitter.com/FbkcaVHCaa
— CGTN Sports Scene (@CGTNSportsScene) June 13, 2021
“Kami dipanggil untuk masuk ke padang ketika Christian jatuh.”
Jelas Dr Boesen.
“Saya tak dapat melihatnya, tapi tak lama kemudian saya nampak jelas dia sudah rebah. Kita kami tiba di sana, dia terbaring dan masih bernafas.”
“Kami dapat rasakan nadi dia, tapi dengan segera gambaran itu berubah, dan kami kemudian segera melakukan rawatan jantung untuk menyelamatkan nyawa dia.”
“Doktor bertugas di stadium memberikan bantuan yang menakjubkan dan unit kesihatan yang lain turut membantu, dan dengan gabungan itu, kami dapat apa yang kami perlukan.”
"It's a ridiculous decision by Uefa. They should have tried to work out a different scenario and shown a little bit of compassion, and they didn't." Peter Schmeichel https://t.co/fojwqlrjDn
— Aldrin Adeni🩺#Please-Wear-a-Facemask😷💙 (@AldrinAU) June 13, 2021
“Kami berjaya selamatkan Christian, dia dapat bercakap dengan saya ketika dia di bawa ke hospital.”
Rakan sepasukannya, membina tembok manusia sekitar kawasan Eriksen di rawat, dan ia bertujuan untuk mengelak para penonton mengambil gambar atau memudahkan doktor untuk merawatnya tanpa dilihat oleh para penonton.
Kasper Schmeichel dan Simon Kjaer memainkan peranan cukup menakjubkan ketika insiden itu berlaku dengan mereka antara yang paling tenang menangani situasi tersebut.
Kedua-dua mereka selain menenangkan para pemain, mereka turut menenangkan kekasih Eriksen, Sabrina yang menangis teresak-esak di tepi padang.
Captain and hero: Simon Kjaer.
Before the medics got there he secured his neck, cleared the airways and started CPR. Could have saved #Eriksen’s life. Act of heroism.
Kjaer trying to keep also Cristian’s wife strong, is very emotional.
What a man. 💪
So proud of you 🙏♥️ pic.twitter.com/eOFOMksODe— Angelo Mangiante (@angelomangiante) June 12, 2021
Beberapa jam selepas insiden tersebut, selepas Eriksen disahkan dalam keadaan stabil dan bercakap dengan rakan sepasukannya, perlawanan yang tertangguh itu kembali bersambung.
Finland memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 1-0 hasil jaringan dari Joel Pohjanpalo.
Simon Kjær was one of the first players to respond to Eriksen after he collapsed.
He then comforted his partner moments after.
🙏🙏🙏 pic.twitter.com/zwB6ynDPiX
— ESPN FC (@ESPNFC) June 12, 2021
Walaupun ia jaringan pertama dan kemenangan pertama Finland dalam pertandingan besar, Pohjanpalo menolak untuk meraikan jaringan tersebut sebagai tanda hormat kepada Denmark.