Pundit Ini Jelaskan Betapa Bagusnya Maguire Dan Kerap Menjadi Mangsa Fitnah

Seorang pundit bebas di Tiktok dengan nama Irfan RDZ merungkai analisis taktikal tentang betapa bagusnya Maguire.

Namun biasalah, kalau kita bagus mesti ada yang dengki kan?

Itu sudah menjadi lumrah dalam dunia ini. Kalau dia tak bagus takkan dia dibeli dengan nilai GBP80 juta. Hanya satu semester sahaja di Manchester United terus mendapat mandat sebagai kapitan kelab?

Siapa yang boleh melakukannya? Hanya Maguire!

Ronaldo yang bertahun menggelek lawan dengan gol power, meninggalkan kelab ke Real Madrid dan kembali lagi pun masih belum dapat jawatan kapten seperti Maguire.

Biodata Harry Maguire.

Harry Maguire ialah pemain bola sepak profesional Inggeris, lahir pada 5 Mac 1993. Dia bermain untuk Manchester United dalam Liga Perdana sebagai Bek Tengah. Lebih menarik pemain yang digelar kepala kotak ataupun slabhead itu merupakan kapten Manchester United yang paling berjaya memenangi hati lawan setakat ini.

Latar belakang

Dia memulakan perjalanannya dengan bola sepak di sekolah, di mana di Immaculate Conception Catholic Primary School, dia mula bermain bola sepak. Dia membuat penampilan sulung untuk pasukan remaja pada usia 17 tahun untuk Sheffield United menentang Cardiff City.

Debut

Maguire membuat penampilan sulung dalam skuad kebangsaan pada 8 Oktober 2017 menentang Lithuania di Vilnius, dan membuat penampilan sulung di England U21 pada 13 November 2012.

Bangkit menuju kehebatan

Maguire menjadi tumpuan semasa Piala Dunia FIFA 2018, apabila aksi mantapnya di bahagian belakang membantu England mara ke separuh akhir. Dia juga menjaringkan gol pertama England pada suku akhir menentang Sweden.

Lalu dia membuat perpindahan sensasi menggegarkan dunia dengan menjadi bek tengah termahal dalam sejarah memecahkan rekod Virgil Van Dijk.

Beliau juga berjaya membuat penampilan unggul bersama Manchester United dalam Liga Juara Juara Eropah. Lebih membanggakan dia adalah kapten, sebaris nama lain seperti Roy Keane.

Maguire malah dianggap akan menjadi nadi penting dalam benteng Score if You Can.

Back 4 yang pernah dianggap sebagai sangat mahal dan berkualiti tinggi.

Maguire turut dianggap mampu sebaris Van Dijk:

malah ada yang menganggap Maguire lebih baik daripada Van Dijk, Rudiger dan Ruben Diaz.

Irfan tampil dengan analisis beberapa kesilapan Maguire yang seringkali menjadi bahan jenaka orang yang berhati busuk.

“Ok gaes ni aku nak ajar korang sedikit tentang taktikal bola sepak.”

“Korang yang selalu fitnah cakap Maguire ni tak bagus, ahhh, jom tengok video ini.”

Irfan merujuk kepada video yang pertama di mana menurutnya bukan Maguire yang salah tetapi De Gea yang gatal gatal pergi hantar bola kepada Maguire. Malangnya Maguire pula dituduh dungu dan tak bagus.

Seterusnya, Irfan menjelaskan bahawa Maguire sudah berusaha sedaya upaya namun rakan rakannya seringkali membuat onar di hadapannya.

Dalam insiden semasa perlawnan menentang Spurs, Irfan berkata:

“Nampak tak apa yang dia buat tu dah betul dah, dia jaga Shaw bukan dia jaga bola. Bailly buat apa kat situ? Tak nak tolong dia.”

“Kau tengok tu dia betul betul sayang Shaw. Dia jaga Shaw tu.”

Seterusnya berlaku juga situasi di mana De Gea dan padang yang bersalah walaupun Maguire sudah berusaha. Saksikan video analisis penuh ilmiah di sini:

@irfan.rdz #ad #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fansmanchesterunited #manchesterunitedfans #footballtiktok #football ♬ original sound – irfan rdz

@irfan.rdz

#ad #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fansmanchesterunited #manchesterunitedfans #footballtiktok #football

♬ original sound – irfan rdz – irfan rdz

Dengan itu seharusnya peminat peminat bola sepak melindungi Maguire daripada serangan anasir yang dengki dengan beliau termasuk Vidic yang meminta Rangnick merehatkan Maguire.

Kalau dia tak bagus takkanlah Henderson puji dia kan. Duduk sebantal tu katakan.

Tanpa Ketum Campur Kola, Dean Henderson Pernah Iktiraf Maguire Setaraf Van Dijk & Akan Menjadi Lebih Baik

Dean Henderson pernah menyamakan kapten kesayangan ramai (kecuali peminat Manchester United) Harry Maguire sebagai setaraf Virgil Van Dijk.

Harry Maguire dibeli dari Leicester dengan harga berpatutan £80 juta berbanding dengan Liverpool yang membazir membeli Van Dijk dengan nilai £75 juta.

Sebelum tiba di Manchester United, Maguire sudah menjadi wira dan siuuuuulan peminat kerana terus menganjing Liverpool dengan gambar dia skor di Anfield.

Itu sudah cukup membuatkan peminat Man United teruja banget ketika itu.

Musim lalu Maguire terus dianggap sebagai lebih bagus dari Van Dijk kerana membantu Man United menamatkan saingan di tangga kedua

Disahkan tanpa pengaruh barang terlarang dan pengaruh gam, Dean Henderson sebelum ini turut memuji kaptennya itu.

Bahan Kimia Dalam Ketum

Daun ketum mengandungi bahan aktif mitragynine iaitu sejenis alkaloid psikoaktif. Bahan ini dikawal dibawah Akta Racun 1952 dibawah peraturan kawalan psikotropik.

Terdapat juga 24 bahan lain yang terkandung didalam ketum antaranya ajmalin, corynanthedine, mitaphylline, paynanthesine, speciophylin dan speciogynine

Kesan pengambilan mitragynine yang berlebihan:

Rasa khayal (euforia)
Rasa pening
Mengantuk
Muntah
Kesan buruk pengambilan ketum secara berterusan:

Mengakibatkan ketagihan
Bibir dan kulit jadi kehitaman seperti kesan lebam dan terbakar terutama di pipi
Kulit menjadi kering
Sembelit
Insomnia

Dengan wajah konfiden di hadapan semua orang, Dean Henderson berkata dia hairan ada orang meragui kehebatan Maguire.

“Hairan, macamana kamu semua boleh meragui Harry Maguire? Tiada siapa yang boleh meragui kehebatannya,” tegas Dean Henderson selepas aksi cemerlang Maguire dalam Euro.

Seterusnya, Dean Henderson memberikan amaran kepada pihak yang suka memerli Maguire dengan menyatakan bahawa dia adalah center back pasukan terbaik di dunia iaitu Manchester United.

“Dia bermain setiap perlawanan di Manchester United, kelab terbesar di dunia dan tidak kira apa jua keadaan, dia akan berikan yang terbaik.”

“Malangnya, memang kamu tak boleh bermain luar biasa setiap perlawanan, sebab tak ada manusia itu sempurna. Namun Harry Maguire adalah pertahanan tengah berkelas dunia.”

“Saya letakkan dia sama kategori dengan Virgil Van Dik. Dan dia akan buktikannya dalam beberapa tahun lagi. Kerana dia terus menjadi lebih baik dan lebih baik lagi.”

Malangnya buat masa ini Harry Maguire terus menjadi peti ais di mata penyokong Manchester United walaupun menjadi wira di mata penyokong kelab lain.

Ramai yang risau ketika Ole dipecat merasakan bahawa tiada lagi penghibur di atas padang. Namun Maguire tetap ada.

Dia malah memberikan aksi tarian seperti penari lagu Jay Jay angan tak sudah. Maguire dianggap telah mencipta aksi bertahan tanpa menoleh ataupun no look defending yang boleh dipatenkan selepas ini.

Maguire dengan riang kelihatan mengajak lawannya Marilah berjoget, Berjoget angan tak sudah, Berangan tak salah
Asalkan tahu bertempat

Ewah..

Rasa macam tak puas pulak kalau korus je. Ayuh nyanyi penuh. Lagu angan tak sudah:

Joget Angan Tak Sudah – Jay Jay

Duduk bertimpuh sambil berangan
Atas serambi di waktu malam
Bukan si pungguk merindukan bulan
Tapi hatiku keresahan

Petir berdentum kilat menyabung
Belumkan tentu hujan nak turun
Terkenang gadis lintas di depan
Mataku tak henti memandang

( korus )

( 1 )
Siapa gerangan
Menjahit padi semerah
Sebatang di tangan
Jarum yang sudah pun patah
Siapa gerangan
Memilik bibir yang merah
Melenggang ke kanan
Membikin hatiku gundah

( 2 )
Tak inginku menjadikan bulan dan bintang
Seandai kau menjadi milikku
Ku takut tak terbawa dek badan
Akhirnya kan kecundang

( 3 )
Marilah berjoget
Berjoget angan tak sudah
Berangan tak salah
Asalkan tahu bertempat

Duduk bertimpuh sambil berangan
Atas serambi di waktu malam
Bukan si pungguk merindukan bulan
Tapi hatiku keresahan

Marilah berjoget
Berjoget angan tak sudah
Berangan tak salah
Asalkan tahu bertempat

Marilah berjoget
Berjoget angan tak sudah
Berangan tak salah
Asalkan tahu bertempat

Marilah berjoget
Berjoget angan tak sudah
Berangan tak salah
Asalkan tahu bertempat

BACA:  Manchester United Sedia Jual Lelong Maguire, Bek Tengah Termahal Dunia