Sebenarnya rahsia Liverpool tiada pun dalam poket pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dan Mohamed Salah bukan sembang kari atau sekadar bercakap besar.
Sebelum pertemuan Liverpool dan Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer telah melaungkan amaran bahawa rahsia Liverpool dalam poket beliau dan mempunyai formula untuk menang.
Mohamed Salah pula berkata Manchester United mampu seri menentang Liverpool pada perlawanan pertama adalah kerana beliau tidak beraksi.
Meanwhile Rashford faked an injury so he could go distract Salah today.
Nice tactics from Ole ? #LIVMUN pic.twitter.com/2s1Jf0IauV
— Odogwu ? (@FrancisElecha) January 19, 2020
Dalam satu temuramah Mohamed Salah ditanya oleh wartawan apa komen beliau tentang keputusan seri yang dicatatkan oleh Liverpool dalam aksi menentang Manchester United pada Oktober lalu.
Manchester United dan Liverpool terikat satu sama dalam aksi tersebut. Setan Merah di hadapan menerusi Marcus Rashford. Namun Liverpool menyamakan kedudukan menerusi Adam Lallana.
Perlawanan itu terus kekal menjadi satu-satunya perlawanan di mana pasukan Jurgen Klopp keciciran mata musim ini. Liverpool boleh berbangga dengan 20 kemenangan daripada 21 perlawanan menentang pasukan lain.
Ditanya kenapa Liverpool boleh seri dalam perlawanan tersebut, Mohamed Salah dengan nakalnya menjawab:
“Kerana pada hari itu aku cedera.” Sambil ketawa.”
Vi tok en prat med Mohamed Salah, og dette var responsen hans til hvorfor de spilte uavgjort mot Manchester United sist kamp? #2pl pic.twitter.com/NFe6OYL0kc
— TV 2 Sporten (@2sporten) January 17, 2020
Salah tidak bermain dalam pertemuan pertama di antara kedua-dua pasukan musim ini. Tempat beliau diisi oleh Divock Origi sebagai penyerang. Salah telah menjadi nadi penting Liverpool dalam beberapa musim kebelakangan ini.
Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan beliau sudah menemui formula terbaru yang beliau sifatkan sebagai penemuan cara menewaskan Liverpool dengan sangat baik Liverpool’.
Ole mengingatkan wartawan bahawa mereka sebelum ini menjadi satu satunya pasukan yang berjaya membuatkan Liverpool keciciran mata di Old Trafford ketika seri 1-1, dalam aksi pada Oktober tahun lalu.
Menurut Ole, ketika itu pasukannya tidak sebagus yang ada pada hari ini. Di mana, pada sekarang ini Manchester United sudah menemui rentak permainan mereka.
Man Utd boss Ole Gunnar Solskjaer plans on finding "nice way" to stop Liverpoolhttps://t.co/wTU0MXgEdT pic.twitter.com/ctHojJxyPJ
— GWP DIGITAL (@DigitalGwp) January 16, 2020
Ole menyatakan perkara itu ketika diminta memberikan komen tentang perlawanan aksi menentang musuh abadi mereka iaitu Liverpool di Anfield.
“Memanglah ini perlawanan yang sukar. Aku sudah berhadapan Liverpool dua kali, dan kedua-duanya kami berjaya seri.”
“Dah tentu kamu mahu menang ke atas mereka. Namun aku rasa kami sudah menemui cara baharu untuk bermain dengan mereka dengan sebaik mungkin. ”
“Dan kami juga selayaknya mendapat mata dalam 2 pertemuan dengan mereka sebelum ini.”
Dan tibanya hari perlawanan maka terbuktilah bahawa Ole sekadar membuat omongan kosong lagi tidak berformula untuk sekadar nampak hebat dan gah semata-mata.
Tiada rahsia dalam poket Ole atau poket Ole sudah bocor ataupun Ole lupa dalam poket pakaian manakah rahsia itu disimpan.
Liverpool berjaya menewaskan Manchester United 2-0 dan Manchester United hanya boleh bermain bola selepas sejam perlawanan dan mungkin kerana Liverpool telah mengendurkan serangan.
Dalam tempoh 60 minit pertama, Setan Merah bernasib baik tidak dikicapkan dengan pesta gol di mana dua gol dibatalkan, satu terkena tiang dan terima kasih kepada David De Gea. Gila kalau kena 6-0.
Sejam selepas perlawanan Setan Merah menekan Liverpool hingga hampir tamat permainan namun tiada yang bertukar menjadi gol dan keghairahan menyerang memakan diri.
"The fact that Salah took his shirt off after scoring vs. us shows how far this United team has come." pic.twitter.com/7DvDvPgB0Q
— An (@RoyalANfield) January 19, 2020
Allison berjaya mencipta bantuan gol dengan satu tendangan pantas mencari Salah yang berlari laju seperti lipas kudung dalam satu serangan balas pantas.
Gol minit akhir Salah hadir selepas mudah menewaskan David De Gea sekaligus membunuh perlawanan serta mengiyakan kata-kata.
Dulu seri sebab Salah tak main. Salah main terus menang dan Salah juga mengukir nama selaku penjaring dan membuktikan Salah bukan sekadar sembang kari.