Ramos Jawab Tuduhan Mencederakan Salah Dan Mengegarkan Otak Karius

Kisah keganasan pemain pertahanan Real Madrid ke atas pemain paling sensasi di dunia ketika ini Mohammed Salah dan penjaga gol paling kelakar, Loris Karius terus menjadi bualan selepas hampir dua minggu kejadian berlaku.

Ramadhan sudah memasuki fasa terakhir dan umat Islam macam aku sibuk mencari malam 1000 bulan yang paling indah, malam yang paling mulia untuk kita ibadah, semua orang berlomba untuk mendapat rahmatNya, semua orang meminta untuk mendapatkan nikmatNya.

Namun isu Ramos terus berlarutan dan yang terbaru kisah gegaran otak yang dialami oleh Karius selepas disiku Ramos. Doktor mengesahkan Karius mengalami gegaran di bahagian kepala yang menyebabkan dua kesilapan berprofil tinggi yang menghadiahkan Real Madrid trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-3 berturut-turut.

Mungkin serabut perut dengan isu ketika sibuk dengan persiapan mnjelang Piala Dunia ini, Ramos akhirnya membuka mulut mengenai kecederaan kepada dua pemain yang disebabkan oleh beliau dan sudah tentu Ramos mempertahankan dirinya.

Dalam satu temuramah bersama Mediaset World Cup program telah meluahkan apa yang terbuku selama ini, seolah-olah beliau seorang yang tidak mempunyai perasaan.

“Bloody hell, how people have paid attention to the Salah thing” he said.

—-

“Neraka Jahanam! Lagu mana la orang boleh memberi tumpuan yang begitu hebat mengenai isu Salah ni.” Dengus Ramos

“Kemudian, penjaga gol pula berkata otaknya bergegar kerana berlanggar dengan aku. Apa yang tinggal sekarang, tunggu Firmino cakap dia deman sebab peluh aku jatuh atas dia.”

Ramos berpendapat bahawa perkara ini sengaja diperbesarkan sambil menjelaskan insiden yang membabitkan Salah pada separuh masa pertama.

“Aku malas nak bercakap sebab semua ni sengaja diperbesar-besarkan.”

“Aku lihat dengan jelas pemainan ketika itu, Salah tarik lengan aku belah sini dulu dan aku jatuh belah sana, kemudian kecederaan terjadi dan mereka cakap aku menjudokan Salah.”

Dalam temuramah ini juga Ramos mengakui telah memohon maaf kepada Salah selepas perlawanan walaupun raya lambat lagi dan memberitahu bahawa Salah boleh bermain lagi pada separuh masa kedua jika mengambil suntikan.

“Aku berbicara dengan Salah melalui kaedah bermesej, keadaan Salah agak baik. Salah boleh terus bermain jika mendapatkan suntikan, aku dah banyak kali buat tapi bila Ramos yang kena, orang tak amek tahu pun.”

“Aku tak tahu mengapa aku rindu, ingin ku curah tetapi rasa malu, cubalah engkau mengerti isi hatiku, di dalam diam aku mencintai mu.”

“Aku tak tahu semua ini kecoh kerana kau berada terlalu kat Madrid dan menang terlalu lama, maka orang mula melihat dengan cara yang berbeza.”

Itulah serba sedikit penjelasan dari Ramos. Korang nak dengar ke tak, Ramos tak kisah pun. Why Bother! Why Bother! Why Bother!

Sumber : AS

Kronologi Insiden Ramos vs Salah + Karius

1. Salah dijudokan dan tercedera bahu. Salah dikeluarkan dan hampir terlepas Piala Dunia.

2. Karius disiku dua minit kemudian melakukan kesilapan kelakar kepada Benzema. Mengekek bola dan Benzema gelak.

3. Petisyen dilancarkan mahu FIFA dan UEFA ambil tindakan keatas Ramos. 500 ribu menyokong petisyen ini.

4. Peguam dari Mesir mahu menyaman Ramos RM4.6 bilion.

6. Doktor sahkan Karius alam gegaran otak.

7. Terkini kedengaran petisyen baru dilancar agar perlawanan akhir Champions League diadakan semula.

8. Penyokong Liverpool ni dah gila ke? Move on la Setan.

Baca Juga

Baca Juga