Rangkuman Aksi Kelaut Maguire vs Chelsea Jadi Viral

Selepas tular video aksi gelecekan Harry Maguire yang boleh membuatkan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi terduduk dan memikirkan persaraan, keluar lagi video terbaru aksi Maguire.

Aksi kelaut pemain pertahanan termahal dunia itu telah dikompilasikan dalam satu video yang berdusari selama 1 minit dan 48 saat.

Segala rangkuman dalam video ini daripada perlawanan Manchester United menentang Chelsea di separuh akhir FA Cup.

Chelsea mara ke final dan bertemu satu lagi pasukan London yang lemah dan lembik, Arsenal. Gelaran juara pasti dalam genggaman Chelsea.

Video yang disertakan lagu pembangkit semangat memaparkan aksi Maguire memeluk Olivier Giroud, sundulan ke kepala Eric Bailly hantaran-hantaran ke laut dan kau tengok sendiri.

Selain gol sendiri, aksi Maguire normal bagi pemain bola sepak tetapi dengan status pemain pertahanan termahal dunia maka ia menjadi bahan jenaka.

Dengan harga £80 juta, ramai yang mengharapkan prestasi yang lebih tinggi daripada Harry Maguire yang menyertai Setan Merah dari Leicester City awal musim lalu.

Maguire tiba dengan pasangan dibahagian tengah yang sendu dan sering mengalami kecederaan ditambah pula dengan aksi goyah David De Gea sebagai benteng akhir.

Sebelum ini, gelaran pemain pertahanan termahal dunia dipegang oleh Virgil Van Dijk yang tiba di Liverpool dan terus memberi transformasi mendadak di bahagian pertahanan.

Kehadiran Van Dijk bukan sahaja menyelesaikan masalah pertahanan Liverpool malah meningkatkan lagi mutu permainan pemain yang sedia ada.

Sebelum ini bekas pemain Real Madrid dan Tottenham Hotspur, Rafael van der Vaart dengan keras dan lantang mengkritik Maguire dengan sindiran yang sangat pedas.

Macam setan Var Der Vaart siap petik bini.

“Aku rasa setiap hari Maguire balik ke rumah dan bagitau bini dia: ‘Sayang, aku main bola macam hanat tapi gaji aku besar. Mereka percaya aku pemain yang bagus.”

“Aku fikir macam tu la, beliau gelak kat semua orang.”

Maguire menyertai Manchester United pada jendela perpindahan musim panas 2019/20 dengan harga £80 juta sahaja bagi memperkuatkan jentera pertahanan Setan Merah.

Pada musim sebelum itu Manchester United boleh mendapatkan Maguire pada harga £50 juta sahaja namun tidak Setan Merah la kalau tidak membazir.

Satu kemegahan bila Maguire dibeli dan dinobatkan sebagai pemain pertahanan termahal dunia.

Harry Maguire telah dilantik sebagai kapten atau ketua pasukan baharu Manchester United selepas kapten marvel, Ashley Young sah meninggalkan Setan Merah untuk bersama Inter Milan.

BACA:  Penyokong United Berpesta Ketika Harry Maguire Dikeluarkan Oleh Ralf Rangnick