Pemain penyerang muda sensasi, Rasmus Hojlund akhirnya sah menjadi milik Manchester United melalui satu pengumuman rasmi yang dilakukan oleh akaun media sosial kelab Setan Merah selepas selesai ujian perubatan.
Pengumuman rasmi ini ditangguhkan selepas selesai ujian perubatan beberapa hari lalu bagi membolehkan pengumuman rasmi dilakukan di Old Traforrd dalam persahabatan pramusim menentang Lens.
Melalui laman sesawang rasmi mereka Manchester United telah mengalukan kedatangan pemain baru mereka yang diikat sehingga Jun 2028.
A Danish boy with a dream of playing for Manchester United.
It's real, Rasmus ❤️#MUFC pic.twitter.com/twFrEyhBYo
— Manchester United (@ManUtd) August 5, 2023
Pada usia hanya 20 tahun, penyerang itu telah menjaringkan 27 gol dalam 87 penampilan kelab, termasuk 10 gol di Itali untuk Atalanta musim lalu. Sudah menjadi pemain antarabangsa senior, Højlund telah menjaringkan enam gol dalam enam penampilannya untuk Denmark.
Rasmus Højlund berkata:
“Bukan satu rahsia lagi bahawa saya telah menjadi peminat kelab hebat ini sejak saya masih kecil dan saya bermimpi untuk muncul di Old Trafford sebagai pemain Manchester United.”
“Saya sangat teruja dengan peluang ini untuk mengubah impian itu menjadi kenyataan, dan saya berazam untuk membalas kepercayaan yang ditunjukkan kelab kepada saya. Ia masih awal dalam karier saya, tetapi saya tahu bahawa saya bersedia untuk mengorak langkah ini dan bermain dengan kumpulan pemain bertaraf dunia ini.”
“Sebaik sahaja saya bercakap dengan pengurus, saya tahu bahawa persekitaran ini sesuai untuk pembangunan saya; Saya menikmati peluang untuk bekerja dengan salah seorang jurulatih terbaik di dunia. Di bawah bimbingan dan sokongannya, saya tahu bahawa saya mampu mencapai perkara yang hebat bersama rakan sepasukan baharu saya di kelab istimewa ini.”
Rasmus Hojlund is a RED! ✍️🔴#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) August 5, 2023
John Murtough, Pengarah Bola Sepak Manchester United, pula berkata:
“Rasmus adalah bakat yang benar-benar luar biasa. Dia memiliki ciri-ciri teknikal dan fizikal yang meletakkannya di antara pemain terbaik di dunia untuk kumpulan umurnya. Bekerja di bawah Erik ten Hag dan jurulatihnya akan menyediakan Rasmus dengan platform pembangunan yang sempurna. Semua orang di seluruh kelab akan memastikan bahawa dia diberi masa dan semua sokongan yang diperlukan untuk mencapai potensi besarnya.”
“Sepanjang musim panas kami telah bertindak pantas dan tegas untuk memastikan sasaran utama kami pada awal jendela perpindahan. Ini akan memastikan Erik dan jurulatihnya mempunyai peluang terbaik untuk menyediakan skuad untuk meneruskan kejayaan dalam kempen yang menarik akan datang.”
Siapa Rasmus Hojlund?
Perjalanan karier Rasmus Hojlund boleh dikatakan meletup secara mendadak terutamnya dari segi harga dirinya dan dengan segera menjadi prospek masa depan bola sepak yang dikejar oleh kelab-kelab gergasi Eropah.
Rasmus Hojlund berusia 20 tahun merupakan produk akademi bola sepak remaja Copenhagen yang telah membuat debut bersama pasukan senior pada Oktober 2020 hanya di usia 17 tahun dengan menjaringkan 5 gol dalam 32 perlawanan.
Selepas itu Rasmus Hojlund telah menyertai kelab Bundesliga Austria, Sturm Graz dengan yuran perpindahan bernilai £1.5 juta pada Januari 2022 dan hanya sempat bermain 21 perlawanan dengan 12 jaringan.
The stuff of dreams ❤️
Old Trafford, meet Rasmus Hojlund 🇩🇰#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) August 5, 2023
Pada Ogos 2022, dengan bayaran £15 juta, kelab Serie A, Atalanta mengikat Hojlund dan namanya terus menjadi sebutan ramai dan mula menjadi rebutan kelab gergasi sebelum menyertai Manchester United.
PSG antara pasukan paling berusaha keras untuk melamar Hojlund namun pemain penyerang Denmark itu telah meletakkan Setan Merah sebagai destinasi utamanya.
Debut kebangsaan Hojlund bersama Denmark adalah pada September 2022 menentang Croatia dan kemudiannya Perancis dalam kejohanan UEFA Nations League. Pada Mac 2023, Hojlund buat pertama kali bermula dari kesebelasan utama Denmark dan menjaringkan hatrik menewaskan Finland 3-1 dalam kelayakan EURO 2024 yang merupakan tiga gol pertamanya untuk Denmark.