Hojlund Cipta Rekod Baharu Premier League

Rasmus Hojlund mencipta rekod baharu Premier League ketika membantu Manchester United menewaskan Luton 2-0 di Kenilsworth Road pada tengah malam tadi waktu Malaysia.

Pemain antarabangsa Denmark itu meletakkan United di hadapan hanya selepas 37 saat sepak mula perlawanan, memanfaatkan kesilapan pemain pertahanan Luton Amari’i Bell dengan penyudah tenang.

Hojlung menjadikan kedudukan 2-0 beberapa minit selepas itu dengan skill mendada luar biasa dan genius untuk memastikan percubaan voli daripada Alejandro Garnacho menerjah jaring.

Pada awal musim bekas penyerang Atalanta itu bergelut untuk mencetak nama sebagai penjaring di Premier League.

Namun kini pada usia 21 tahun dan 14 hari, Hojlund tampil sebagai pemain termuda menjaringkan gol dalam enam perlawanan berturut-turut di dalam saingan Premier League.

Pemain penyerang itu kini turut telah menjaringkan lapan gol daripada semua lapan perlawanan terakhir di semua pertandingan untuk United, dan jelas berjaya memperolehi keyakinannya di hadapan gol.

Walaupun dikejutkan oleh dua gol awal, Luton jelas tidak mudah ditewaskan begitu sahaja dan berjaya mengurangkan defisit jaringan melalui tandukan berani Carlton Morris untuk menewaskan Andre Onana, sekali gus menjadikan kedudukan 2-1.

Hojlund gagal menjaringkan gol dalam 14 penampilan pertama di Premier League sebelum pemain bernilai £72 juta itu membuka akaun jaringan bersama kelab baharunya itu dalam perlawanan menentang Aston Villa dengan gol kemenangan untuk menewaskan lawan mereka itu 3-2 di Old Trafford.

Sejak daripada itu Hojlund tidak lagi menoleh ke belakang dan mentaliti raksasa yang ditampilkannya di sebalik pelbagai reaksi pemerhati dan penyokong sebelum ini akhirnya membuahkan hasil.

BACA:  Pandangan Pakar: Manchester United Sebenarnya Sengaja Kalah Kepada Liverpool