Tan Cheng Hoe hari ini secara rasminya meletakkan jawatan beliau sebagai pengurus skuad kebangsaan Malaysia, selepas beliau gagal untuk membawa Harimau Malaya mara lebih jauh dalam saingan AFF Suzuki Cup baru-baru ini.
Perkara tersebut telah diumumkan secara rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi dengan Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa keputusan tersebut dicapai selepas mengadakan perbincangan secara terperinci.
Selepas selesai melakukan rundingan, kedua-dua belah pihak sebulat suara untuk mengakhiri kerjasama dengan Tan Cheng Hoe memutuskan untuk meletakkan jawatan beliau.
Siaran Media: Tan Cheng Hoe Lepas Jawatan Ketua Jurulatih Kebangsaan
FAM hari ini ingin memaklumkan bahawa ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya.
Baca selanjutnya di https://t.co/O9ospzsr0h#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/HBAe1SiCfD
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 3, 2022
“Cheng Hoe telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan FAM dan menyatakan hasratnya itu berikutan kegagalan skuad kendaliannya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, baru-baru ini..”
“Selepas berbincang secara terbuka dari semua sudut, pihak pengurusan FAM akhirnya menghormati keputusan tersebut dan telah bersetuju untuk melepaskan Cheng Hoe menerusi persetujuan bersama kedua-dua pihak.”
Coach Tan Cheng Hoe mula mengendalikan skuad Harimau Malaya sejak dari tahun 2005 yang lalu, dan beliau turut cemerlang membantu Malaysia berubah ke arah lebih positif sepanjang kariernya.
Beliau memulakan kariernya sebagai salah seorang tenaga kejurulatihan bersama skuad kebangsaan B-20 negara, sebelum dipanggil untuk mengendalikan skuad senior.
Tan Cheng Hoe’s Malaysia played the best football I’ve ever seem our national team play, between 2017-2019.
For that, I will always be grateful. Thank you for everything, Tan Cheng Hoe.
— Keesh (@keeshmatstats) January 3, 2022
Coach Tan juga merupakan antara pembantu Datuk K. Rajagobal ketika saingan Sukan SEA pada tahun 2009 dan ketika Malaysia muncul Juara saingan AFF Suzuki Cup pada tahun 2010.
Pencapaian terbaik beliau sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia adalah ketika membantu skuad Harimau Malaya muncul sebagai Naib Juara saingan AFF Suzuki Cup pada tahun 2018 yang lalu.
Malaysia melalui AFF 2020 dengan sangat hambar
Skuad Harimau Malaya melalui saingan AFF Suzuki Cup pada tahun ini dengan sangat mendukacitakan dengan hanya mampu beraksi di peringkat kumpulan sahaja.
Selepas cemerlang mencatatkan kemenangan selesa menewaskan Kemboja dan Laos, Malaysia kemudiannya mencatatkan dua kekalahan memalukan dalam dua perlawanan terakhir saingan peringkat kumpulan B.
#BREAKING | Malaysia 's national football team head coach Tan Cheng Hoe has resigned after losing at AFF Suzuki Cup 2020.
Tan Cheng Hoe became head coach of Malaysia National Team from 2018 and led the team to Final of AFF Suzuki Cup 2018.#FAM #AFF pic.twitter.com/qK6C8UAfCg
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) January 3, 2022
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu mencatatkan kekalahan 3-0 bertemu Vietnam sebelum mereka kemudiannya dibelasah 4-1 oleh musuh tradisi, Indonesia.
Ekoran dari dua kekalahan memalukan itu, skuad Harimau Malaya terpaksa akur tersingkir dari saingan AFF Suzuki Cup pada tahun ini.
Tidak dinafikan Tan Cheng Hoe teruk juga dihentam oleh para peminat selepas melihat taktikal dan perancangan beliau sepanjang kejohanan ini.
Satu hal yang paling mengganggu perjalanan skuad kebangsaan di kejohanan pada tahun ini adalah mereka kekurangan pemain.
Tan Cheng Hoe lepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya – FAM pic.twitter.com/TQVsjMiaE9
— BERNAMA Radio🇲🇾 (@bernamaradio) January 3, 2022
Malaysia hanya membawa 24 pemain sahaja untuk sertai kejohanan pada tahun ini, dan ia jelas merupakan satu kesilapan paling besar kem negara.
Masalah pemain positif C0V-19, kuarantin, kecederaan jelas sangat mengganggu percaturan Coach Tan dan kesannya skuad negara berdepan dua kekalahan memalukan dalam kejohanan ini.
Skuad negara di kejohanan kali ini bahkan kelihatan langsung tidak bersedia dan para peminat seluruh negara jelas kecewa melihat situasi yang berlaku.
Coach Tan Cheng Hoe tampil bertanggungjawab dan memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai pengurus skuad kebangsaan Malaysia.
Namun siapa yang akan jadi pengganti beliau? Apa perancangan FAM selepas ini?
Para peminat sudah penat dengan alasan demi alasan dan janji demi janji dari FAM.
Tan Cheng Hoe umum melepaskan jawatan sebagai jurulatih skuad Harimau Malaya ekoran kegagalan ke separuh akhir Piala AFF, baru-baru ini.
Persatuan Bolasepak Malaysia menghormati keputusan tersebut dan bersetuju melepaskan Cheng Hoe menerusi persetujuan bersama kedua-dua pihak. pic.twitter.com/MXGtu1nInU
— SINAR (@sinar_my) January 3, 2022
Walau teruk macam mana sekalipun aksi dan persembahan yang dipamerkan oleh skuad Harimau Malaya, para peminat tidak pernah jemu memberikan sokongan.
Sudah tibanya FAM hargai peminat dan buktikan yang mereka juga sebenarnya mahu melihat yang terbaik untuk bola sepak negara.
Terima kasih Coach Tan atas segala jasa dan sumbangan beliau selama ini.
Sumber: FAM