Reaksi Khabib Mengenai Berita Persaraan Conor McGregor Dari MMA

Petarung UFC tersohor dunia, Connor McGregor mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan persaraan dari dunia ‘Mixed Martial Arts’ (MMA).

McGregor berasal dari Republik Ireland dan dianggap sebagai petarung UFC paling terkenal pada masa kini. Beliau menjadi petarung pertama dalam sejarah UFC untuk memegang dua tali pinggang kejuaraan dalam masa yang sama.

Khabib bakal menjadi petarung terakhir menewaskan McGregor jika berita persaraan ini benar

McGregor mengumumkan keputusannya itu menerusi akaun Twitter beliau.

“Hey guys, aku ada pengumuman ringkas. Aku telah mengambil keputusan untuk bersara dari sukan yang dikenali secara rasmi sebagai ‘Mixed Martial Arts’ berkuat kuasa hari ini.”

“Saya mengucapkan semua rakan sekerja selamat maju jaya untuk masa hadapan dalam pertandingan.”

Berita persaraan McGregor tersebar dengan cepat dan mendapat reaksi berbeza dari pelbagai pihak.

Tetapi sudah tentu peminat tertunggu-tunggu apakah reaksi petarung yang berjaya menjinakkan McGregor dalam perlawanan merebut tali pinggang ‘Lightweight’ hujung tahun lepas iaitu Khabib Nurgomedov.

“HANYA boleh ada satu sahaja raja di rimba. Hanya satu.”

Itu ungkapan juara lightweight dunia UFC, Khabib Nurmagomedov yang berkemungkinan besar ditujukan kepada Conor McGregor susulan pengumuman persaraannya.

Selain Khabib, pemilik UFC Dana White turut memberikan reaksi apabila diajukan soalan mengenai persaraan McGregor dari sukan tersebut.

“McGregor mempunyai duit untuk bersara, dan bisnes whiskey beliau memang masyukkk.”

“Segalanya memang masuk akal. Jika saya adalah McGregor, saya akan bersara juga. Beliau bersara dari bertarung, bukannya tidak mahu bekerja lagi.”

McGregor tidak perlu lagi bertarung kerana bisnes Whiskey yang diusahakan beliau sudah cukup masyukkkk

“Bisnes whiskey akan menjadikan McGregor sentiasa sibuk, dan saya juga yakin beliau mempunyai beberapa rancangan lain.”

“Beliau sememangnya seronok untuk disaksikan. Beliau telah mencapai perkara yang menakjubkan dalam sukan ini. Saya sangat gembira untuk McGregor.”

“Saya berharap beliau akan mencapai kejayaan seperti yang beliau capai ketika berada di dalam Octagon.”

BACA:  Khabib Mengucapkan Tahniah Kepada Justin Geathje Kerana Menewaskan Tony Ferguson