Satu-satunya cara untuk Real Madrid kembali mendominasi bola sepak Sepanyol adalah mereka harus membawa masuk pemain baru.
Terutamanya dibahagian serangan, Real Madrid jelas mempunyai sedikit kekurangan dari segi jentera serangan mereka dua musim terakhir ini sejak ketiadaan Cristiano Ronaldo.
Mereka masih gagal untuk mendapatkan pengganti yang setanding Ronaldo atau setidaknya memberi impak kepada unit serangan pasukan.
Marca’s Cover | “Real Madrid aiming very high in the next two summer transfers: Haaland then Mbappé.” pic.twitter.com/opQh1cYxWn
— Real Madrid Info (@RMadridInfo) April 12, 2020
Penyerang sensasi mereka, Karim Benzema menunjukkan aksi mantap di posisi penyerang tetapi beliau masih memerlukan gandingan yang mantap untuk memberi aksi lebih baik.
Pemain antarabangsa Serbia, Luka Jovic telah ditandatangani untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan.
Tetapi tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa sehingga kini beliau masih tidak mampu memberikan impak seperti yang diharapkan.
Luka Jovic hanya mampu menjaringkan dua gol dari 15 penampilannya untuk Real Madrid.
Jadi Real Madrid sudah tidak mempunyai waktu untuk mencari bakat yang boleh digilap untuk memperkuat barisan serangan sedia ada.
Real Madrid's ambitious plan to reinforce their attack: sign Haaland in 2020 and go for Mbappe in 2021. Inside the club they think it'll be difficult but not impossible. [@Marca] pic.twitter.com/hgtSo9FT5m
— Infinite Madrid (@InfiniteMadrid) April 13, 2020
Mereka kini mencari pemain sedia ada yang sudah mempamerkan aksi terbaik di seluruh Eropah untuk menambah kekuatan bahagian serangan pasukan.
Mereka juga tidak perlu bersusah payah untuk mencari pemain muda berbakat di benua Eropah ini, Real Madrid kini sedang dalam perundingan untuk mendapatkan dua pemain muda paling berbakat di dunia.
Erling Braut Haaland dan Kylian Mbappe adalah dua pemain yang diburu oleh mereka kini dan Real yakin akan mendapatkan kedua-dua pemain tersebut dalam masa terdekat.
Menurut media dari Sepanyol, Marca, Real Madrid berniat untuk mendapatkan kedua-dua Haaland dan Mbappe ke Bernabeu selewatnya 2021.
Real Madrid plans to strengthen the attack – Go for Erling Haaland in 2020 & wait for 2021 to sign Kylian Mbappe. The directors know that this will be a difficult double operation to pull off, but they are ambitious. [Marca] pic.twitter.com/BmjD6k37gu
— Real Madrid Xtra (@RealMadridXtra) April 13, 2020
Real Madrid juga dikhabarkan sudah mempunyai perancangan untuk melaksanakan niat mereka untuk mendapatkan pemain tersebut.
Pemain kebangsaan Norway, Haaland sudah mempamerkan aksi mantap musim ini sejak dari bersama Salzburg hingga bersama Dortmund.
Jadi melihat kepada aksi pemain muda itu beraksi di liga Austria dan Jerman dengan baik, tidak mustahil Haaland akan mempamerkan aksi sama beraksi di Liga Sepanyol.
Real Madrid sudah pasti tidak mahu berlengah lagi dan akan segera untuk mendapatkan Haaland pada jendela perpindahan musim panas ini.
Real Madrid have a planned to sign Borrusia Dortmund striker Erling Braut Haaland this summer, and France forward Kylian Mbappé from PSG in 2021.
(MARCA) pic.twitter.com/LlkTHDKVyc
— CloudNine Sports (@cloudninesports) April 14, 2020
Difahamkan bahawa tujuan mereka adalah untuk melindungi Haaland musim panas ini dengan membayar klausa pelepasan £66 juta kepada Dortmund.
Selepas dari itu mereka boleh meneruskan perbincangan lanjut untuk mendapatkan pemain itu.
Perpindahan ini mungkin akan membantu jentera serangan Real Madrid dengan menggandingkan Haaland dan Benzema di bahagian serangan pasukan.
Sekiranya prospek masa depan seperti Haaland masih tidak cukup bagus, Real Madrid juga berniat untuk membawa Mbappe ke Bernabeu pada 2021.
PSG juga dilaporkan lebih mementingkan Neymar untuk kekal bersama pasukan buat masa ini.
Dan dengan penularan virus Covid-19 ini, Real Madrid harus lebih bersabar dari berbelanja terlalu besar dan menanti satu musim lagi untuk membawa Mbappe selepas menandatangani Haaland tahun hadapan.
With Real Madrid being heavily linked with Kylian Mbappe and Erling Haaland, the Spanish club's plan to sign both young superstars has now seemingly been revealed. #SLInt https://t.co/FPQn11fc7F
— Soccer Laduma (@Soccer_Laduma) April 14, 2020
Pada tahun 2021, Mbappe hanya tinggal satu tahun saja baki kontrak bersama PSG. Jadi Real Madrid boleh berharap agar pasukan dari Perancis itu akan menjualnya berbanding melepaskan beliau secara percuma pada 2022.
Haaland kini berusia 19 tahun manakala Mbappe pula berusia 21 tahun. Kedua-dua pemain itu mempunyai masa depan yang panjang untuk menabur bakti bersama Real Madrid.