Video: Mbappe Jaringkan Gol Dengan Teknik No-look Backheel Yang Sungguh Dasyat

Bintang Paris Saint Germain, Kylian Mbappe telah berjaya memukau peminat seluruh dunia, dengan mempamerkan skill yang menakjubkan ketika menjalani sesi latihan bersama skuad kebangsaan Perancis.

Beliau berjaya menjaringkan gol dengan teknik no-look backheel ketika sesi latihan shooting drill bersama rakan sepasukannya dan ia sungguh menakjubkan.

Pemain penyerang Perancis yang kini berusia 22 tahun itu sedang bersama dengan skuad kebangsaannya pada ketika ini, dalam persiapan mereka untuk aksi kelayakan Piala Dunia bertemu Kazakhstan.

Akaun media sosial skuad kebangsaan Perancis telah memuat naik satu video yang menunjukkan para pemain sedang menjalani sesi latihan, dan dalam video sama, Kylian Mbappe telah menunjukkan skill yang sungguh luar biasa mengagumkan.

Mbappe yang sedang menjalani latihan di Parc des Princes dilihat menyambut bola hantaran lintang, dan menjaringkan gol dengan teknik yang sungguh dasyat.

Beliau dalam video itu dilihat berada di luar kotak penalti, dan perlahan-lahan masuk ke dalam menunggu bola yang dihantar dari sudut sebelah kanan.

Ketika bola sampai ke arahnya, pemenang Piala Dunia 2018 itu menggunakan teknik no-look backheel dan memastikan bola berada di dalam gawang gol.

Sebaik sedar yang beliau baru sahaja menjaringkan gol yang sungguh dasyat, Mbappe bahkan turut meraikan gol tersebut, sambil rakan sepasukannya juga terpukau melihat gol itu.

Sebaik video itu dimuat naik, ia segera mendapat perhatian dari para peminat yang begitu teruja dan terpukau dengan gol tersebut.

Para peminat bahkan ada yang menganggap Mbappe sebenarnya terlalu handal untuk dianggap sebagai manusia biasa kerana mampu menyempurnakan hantaran biasa dengan teknik yang begitu dasyat.

“Waaaa macam mana dia boleh jaringkan gol dengan teknik seperti itu? Adakah ia disengajakan atau tidak?”

“Saya ulang video itu berkali-kali tapi saya masih belum rasa bosan kerana ia memang sangat menakjubkan.”

“Dia sendiri menikmati gol itu walau ia hanya dalam sesi latihan. Gol yang sangat cantik dengan skill yang menakjubkan.”

“Macam mana dia boleh lakukan itu? Ia sangat sempurna. Saya tak boleh nafikannya, memang gol yang teramat sangat cantik.”

“Dia terlalu hebat untuk dianggap sebagai manusia biasa, adakah dia makhluk asing?”

Perancis pada ketika ini sedang mendahului saingan peringkat kumpulan D dengan mereka memenangi tiga perlawanan dan turut mencatatkan tiga keputusan seri dari semua enam perlawanan di pusingan kelayakan.

Skuad kendalian Didier Deschamps itu akan turun bertemu Kazakhstan di Parc des Princes pada hujung minggu ini, sebelum mereka berkunjung ke Heksinki Olympic Stadium pada 16 November nanti untuk bertemu Finland.

Mbappe yang masa depannya bersama PSG masih samar-samar itu sedang memberi tumpuan penuh kepada skuad kebangsaannya pada ketika ini.

Beliau turut berharap untuk mencapai pelbagai kejayaan bersama skuad kebangsaannya selepas ini, termasuk Piala Dunia Qatar nanti.

Ketika ditanya tentang matlamat beliau untuk Olimpik 2024 di Paris nanti, beliau menjelaskan kepada laman rasmi Ligue 1 bahawa:

“Apa yang lebih besar, memenangi Piala Dunia atau memenangi pingat emas Olimpik? Kalau saya, saya pilih emas Olimpik kerana saya sudah jadi Juara dunia. Kamu perlu berjuang untuk memenangi semua kejuaraan yang dipertandingkan.”

Mbappe sebelum ini pernah mendedahkan yang beliau hampir pertimbangkan untuk bersara dari pentas bola sepak antarabangsa, dan ia mungkin kerana beliau terlalu kecewa dengan tekanan yang dihadapinya pada ketika itu.

Namun kini beliau dilihat sudah sangat bersedia untuk menyerahkan segalanya kepada skuad kebangsaan Perancis, dan tentunya beliau akan lebih beri tumpuan untuk membantu negara tercintanya itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kunjungan Mbape Ke Kampung Halaman Di Cameroon Diiringi Kenderaan Perisai Tentera