Kemelut di antara Rusia dan Ukraine terus memberi kesan buruk ke atas Rusia dalam acara sukan Eropah dan dunia termasuklah bola sepak apabila telah diharamkan untuk menyertai EURO 2024.
Sebelum ini Rusia telah dihalang untuk menyertai sukan Olimpik Jepun dan telah ditendang keluar di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 selepas melakukan pencerobohan ke atas Ukraine.
Chelsea antara kelab yang terkesan apabila Roman Abramovich telah dipaksa untuk menjual kelab tersebut tanpa dapat merasa hasil jualan.
Pengharaman Rusia dari EURO 2024 ini telah pun disahkan oleh badan induk bola sepak Eropah, UEFA di mana Rusia tidak tersenarai dalam pusingan kelayakan.
OFFICIAL: Russia will not compete in Euro 2024 qualifiers as the nation's ban from UEFA competitions remains active following its military invasion of Ukraine pic.twitter.com/TBBwZURmrO
— B/R Football (@brfootball) September 20, 2022
Rusia telah melawan keputusan pengharaman mereka untuk sukan antarbangsa dengan membuat rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada Julai lalu namun telah ditolak.
Rusia dilihat berpeluang agak besar untuk ke Piala Dunia 2022, apabila bertemu Poland di pusingan kelayakan peringkat Play-off namun telah ditendang keluar.
Secara rasminya Rusia telah diharamkan dari menyertai pertandingan bola sepak anjuran UEFA dan juga FIFA.
Ini bermakna Rusia kini akan terlepas dua kejohanan bola sepak terbesar dunia dan situasi ini pasti memberi impak besar kepada bola sepak Rusia.
Uefa has confirmed that Russia has been banned from qualification for Euro 2024.
The country and its clubs have been banned from Uefa and Fifa competitions since the Russian invasion of Ukraine began in February.
— BBC Sport (@BBCSport) September 20, 2022
Menurut kenyataan dari UEFA menjelang undian pusingan kelayakan EURO:
“Semua pasukan Rusia kini digantung ekoran keputusan Jawatankuasa Eksekutif UEFA pada 28 Februari 2022 yang telah disahkan selanjutnya oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada 15 Julai 2022.”
“Oleh itu, Rusia tidak termasuk dalam undian kelayakan Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA (EURO) 2022-24.”
Impak dan kesan jangka panjang terus dirasai Rusia apabila hajat mereka untuk membida bagi menjadi tuan rumah EURO 2028 dan EURO 2032 kini tinggal harapan apabila sudah hilang kelayakan.
The UEFA Executive Committee has today declared the bid submitted by the Football Union of Russia to host UEFA EURO 2028 or UEFA EURO 2032 as ineligible.
This is one of several decisions relating to the on-going suspension of Russian teams and clubs from UEFA competitions.
— UEFA (@UEFA) May 2, 2022
Sementara itu, tuan rumah EURO 2024, Jerman telah membuat permintaan supaya Belarus juga diharamkan dari undian pusingan kelayakan kerana tentera Belarus dikaitkan mempunyai hubungan dengan Rusia.
Namun Belarus tetap di masukkan dalam undian yang melibatkan 53 negara untuk pusingan kelayakan tetapi tidak akan diletakkan dalam kumpulan sama dengan Ukraine atas sebab keselamatan.
UEFA telah melarang Belarus daripada menganjurkan perlawanan dan memastikan perlawanan berlangsung di gelanggang berkecuali dan tidak dihadiri peminat.
Ini bukanlah satu-satunya sekatan yang dikenakan oleh UEFA kerana keputusan berlandaskan isu politik.
Germany wants to ban Russia and Belarus from Euro 2024 https://t.co/V8l6DIkXln
— Cosmos Chronicle (@cosmoschronicle) September 18, 2022
Sebelum ini UEFA telah menyekat perlawanan antara pasukan dari Azerbaijan dan Armenia, Sepanyol dan Gibraltar, serta Serbia dan Bosnia-Herzegovina daripada menentang Kosovo atas faktor keselamatan.
Negara yang layak akan diundi pada 9 Oktober di Frankfurt, dengan semua negara mengetahui laluan mereka untuk layak ke kejohanan itu.
Dengan kelayakan Jerman secara automatik sebagai negara tuan rumah, 23 tempat masih berbaki untuk pusingan akhir EURO 2024.
UEFA telah mengesahkan sistem kelayakan EURO 2024 adalah seperti berikut:
1. Undian dilakukan mengguna pakai kedudukan pasukan di pertandingan UEFA Nation League (UNL).
2. Akan wujud 7 kumpulan yang terdiri dari 5 pasukan dan 3 kumpulan yang terdiri dari 6 pasukan. Rusia memang takde.
3. 10 juara kumpulan dan 10 naib juara kumpulan akan layak ke pusingan akhir.
4. Baki 3 tempat lagi akan direbut melalui playoff berdasarkan prestasi di UEFA Nation League (UNL). 12 pasukan dengan prestasi terbaik di UEFA Nation League (UNL) yang tidak layak ke EURO akan bermain di playoff ini.
UEFA has confirmed the qualifying system for Euro 2024.
– Draw seeded using UEFA Nations League rank
– 7 groups of 5 teams and 3 groups of 6 teams. (Russia are still excluded)
– 10 group winners and 10 group runners-up qualify
– 3 spots via playoffs through UNL performance.— Dale Johnson (@DaleJohnsonESPN) September 20, 2022
Ketika negara besar bola sepak serta pengurus kelab bola sepak gergasi menganggap UEFA Nation League (UNL) sebagai mengarut dan mengganggu jadual bola sepak serta meletihkan tapi tidak bagi negara kerdil.
North Macedonia antara pasukan yang telah merasai dan merebuat peluang untuk mereka merasai pentas EURO pada tahun 2022 apabila layak melalui playoff UEFA Nation League (UNL) ini.