“Sekali Lempang Saja”- Logan Paul Pernah Tumbangkan Gergasi 350lb

YouTuber sensasi yang akan beraksi di pentas WrestleMania 38, Logan Paul pernah tumbangkan individu seberat 350lbs dengan satu tamparan sahaja.

Ya, sekali kena penampar, terus tumbang Juara Dunia pertandingan tampar menampar itu dan hal itu sebenarnya memberi kesan kepada kehidupan Logan Paul sendiri.

Pada tahun 2019 yang lalu, Logan Paul memutuskan untuk sertai pertandingan penampar yang mana setiap peserta dalam pertandingan itu akan saling tampar menampar sehingga salah seorang tumbang.

Paul sudah hampir untuk menyertai pertandingan tersebut, namun kerana satu peristiwa yang berlaku beberapa hari sebelum pertandingan, beliau terpaksa menarik diri dari menyertai pertandingan yang mahu dilangsungkan di Rusia itu.

Youtuber bermasalah itu mahu mencuba menguji kekuatan beliau sebelum menyertai pertandingan tersebut, dan beliau memilih Juara Dunia untuk bertarung dengannya.

Beliau ketika itu berjaya menumbangkan Juara Dunia tersebut, yang memiliki berat 350lbs dan berketinggian 6 kaki 3 hanya dengan sekali penampar sahaja.

Juara Dunia itu pernah menumbangkan lebih dari 30 orang dengan penampar padu yang beliau miliki, namun nasib tak menyebelahi dirinya selepas beliau pula tumbang kerana makan penampar Logan Paul.

Rakaman di bawah menunjukkan bagaimana Logan Paul menumbangkan gergasi tersebut dengan hanya sekali hayun sahaja.

Bercakap kepada MMA hour, Paul bercerita tentang insiden tersebut dengan menyatakan yang beliau awalnya hanya mahu menguji diri sendiri sebelum memasuki pertandingan tersebut.

Beliau mahu menguji dirinya sendiri kerana beliau tak pernah melakukan hal tersebut sepanjang hayatnya.

“Saya sudahnya menampar lelaki seberat 350lb, yang turut dianggap sebagai slap master dari United States. Saya cuma nak cuba kerana saya tak pernah penampar muka manusia secara terbuka macam ni sebelum itu.”

“Saya tumbangkan dia terus, macam dia terus tak sedar, saya sasarkan di bahagian yang saya nak sasarkan, lepas saya hayun dia terus tumbang dan tak kenal diri dia sendiri.”

“Dia setinggi 6’3 dan berat dia 350lb dan saya rasa, ‘damn’, saya percaya saya boleh lakukan itu kepada sesiapa sahaja yang ada di depan saya.”

Logan kemudiannya menjelaskan yang bagaimana beliau melihat dirinya mampu menumbangkan seseorang hingga orang itu hilang ingatan, ia membuat beliau berfikir dua kali untuk sertai pertandingan tersebut.

Paul kemudiannya menjelaskan yang beliau terpaksa menarik diri dari menyertai pertandingan di Rusia itu dan turut menanggung kerugian bernilai $30,000.

Beliau menarik diri kerana bimbang hal sama juga bakal berlaku kepadanya andai beliau masuk pertandingan tersebut.

“Tapi macam mana kalau itu berlaku pada saya? Sebab diorang juga boleh lakukan itu, bro? Macam mana kalau saya kalah waktu pusingan coin, dan mereka yang mula menampar dulu, saya tumbang dan saya tak tahu siapa diri saya sendiri.”

“Itu buat saya bimbang jadi saya tarik diri, tapi sekarang saya yang anjurkan pertandingan itu dan lihat orang gila ni semua saling tampar menampar antara satu sama lain.”

“Saya kira saya rugi $30,000 kerana saya dah tempah tiket, visa, penginapan dan segalanya di Rusia bersama team saya. Saya korbankan $30,000 untuk batalkan semua itu.”

Paul mengeluarkan video tersebut di saluran YouTube miliknya pada tahun 2019 yang lalu, yang mana beliau menjelaskan secara terperinci tentang hal tersebut.

Video tersebut diberi judul, ‘The Slap that changed my life” telah ditonton lebih dari 22 juta pengguna di platform YouTube.

Walaupun beliau menarik diri, namun Logan Paul tetap yakin ada keseronokkan tersendiri tentang pertandingan tersebut dengan beliau bersama Arnold Schwarzenegger kemudiannya menganjurkan pertandingan tersebut sendiri.

Logan Paul selepas ini akan membuat kemunculan di acara WWE WrestleMania dengan beliau akan bergandingan dengan The Miz untuk bertarung dengan Rey Mysterio dan Dominik.

Sumber: GMS

BACA:  KSI Anggap Logan Paul Akan Berjaya Untuk Tewaskan Mike Tyson