Senarai Pemain Bintang Yang Menjadi Ejen Bebas Bermula 1 Julai 2021

Musim panas di benua Eropah adalah musim cuti liga bola sepak hampir di setiap negara dan para pemain biasanya akan pergi bercuti merehatkan badan, dan menghilangkan tekanan selepas sembilan bulan berhempas pulas di atas padang.

Kehilangan kemeriahan di padang ini selalunya digantikan dengan kemeriahan perpindahan para pemain dan selalunya perpindahan berprofil tinggi berlaku di musim panas, mengikut jadual jendela perpindahan liga masing-masing.

Ejen bola sepak terkenal, Fabrizio Romano adalah insan yang menjadi tumpuan di musim perpindahan di mana dia dikatakan mempunyai kabel yang besar dalam mendapatkan berita daripada kelab-kelab terkemuka.

Tapi bab tu kita cerita lain kali.

Cuma nak kabo nya yang pada musim panas ni akan berlaku perpindahan pemain sama ada dengan melibatkan yuran perpindahan atau secara percuma.

Kalau yang melibatkan yuran perpindahan ini akan melibatkan pemain yang masih mempunyai baki kontrak bersama kelab asal, manakala perpindahan percuma adalah pemain yang dilepaskan kelab ataupun mereka yang tamat kontrak bersama kelab masing-masing – mengikut peraturan Bosman.

Apa benda peraturan Bosman tu?

Bosman ni sebenarnya nama pemain, Jean-Marc Bosman – pemain yang berasal dari Belgium yang membawa kes perpindahannya ke mahkamah timbang tara sukan pada tahun 1990.

Sebelum adanya peraturan Bosman ni, kelab masih meletakkan harga kepada pasukan yang ingin mengambil pemainnya walaupun pemain tersebut sudah tamat kontrak.

Tetapi selepas peraturan ini diperkenalkan, pasukan tidak lagi mempunyai kuasa untuk meminta sebarang yuran perpindahan selepas kontrak seseorang pemain itu tamat.

Pemain juga boleh menandatangani kontrak dengan pasukan baharu jika baki kontrak bersama pasukannya yang sedia ada berbaki tidak lebih enam bulan.

Antara pemain yang berprofil tinggi yang berpindah secara percuma dan berjaya di kelab barunya adalah Robert Lewandowski yang berpindah dari Borussia Dortmund ke Bayern Munich pada tahun 2014.

Lewandowski ketika bermain bersama Dortmund.

Bersama Bayern, Lewandowski telah memenangi Bundesliga pada setiap musim dan juga menjulang Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2020, kejuaraan pertama kelab tersebut sejak kali terakhir melakukannya pada tahun 2013.

Satu lagi perpindahan percuma yang berprofil tinggi adalah Andrea Pirlo yang berpindah ke Juventus selepas kontraknya bersama AC Milan tamat pada tahun 2011.

Keputusan pembesar Milan yang tidak menyambung kontrak pemain ini sangatlah dikecam hebat oleh para penyokong. Tambahan pula dia menyertai seteru utama kelab dan pencabar kejuaraan Serie A.

Selain daripada itu, perpindahan Steve McManaman dari Liverpool ke Real Madrid pada tahun 1999 (kau belum lahir kan?) juga mendapat perhatian ramai, kerana dua tahun sebelumnya, dia hampir melengkapkan perpindahan ke Barcelona pada nilai £12 juta.

Steve McManaman menyarung jersi Real Madrid

£12 juta tahun 1997 tu dah kira mahal dan boleh dapat pemain yang cukup berkualiti. Tak macam sekarang, pemain £50 juta pun taraf-taraf Liga M3 Malaysia je. Dalam musim pertamanya di Madrid, McManaman muncul pemain England pertama yang memenangi Liga Juara-Juara dengan kelab di luar England, dan dua tahun kemudian, dia berjaya menjulang piala teragung kelab Eropah tersebut sekali lagi, sebelum meninggalkan bumi Sepanyol pada tahun 2003.

Memandangkan 1 Julai sudah tiba, maka berikut adalah senarai pemain yang akan bergelar ejen bebas selepas 30 Jun. Daripada senarai pemain ini, ada pemain yang sudah menandatangani kontrak dengan pasukan baharu.

Messi dikatakan kecewa dengan skuad yang dimiliki Barcelona sekarang ini.

Lionel Messi (Barcelona)

David Luiz (Arsenal)

Javi Martinez (Bayern Munich)

Stevan Jovetic (Monaco)

Elseid Hysaj (Napoli)

Nikola Maksimovic (Napoli)

Ryan Bertrand (Southampton)

Shkodran Mustafi (Schalke)

Sergio Ramos (Real Madrid)

Ramos masih belum mengumumkan hala tujunya selepas meninggalkan Madrid

Andros Townsend (Crystal Palace)

Mamadou Sakho (Crystal Palace)

Robbie Brady (Burnley)

Willy Caballero (Chelsea)

Marco van Ginkel (Chelsea)

Gary Cahill (Crystal Palace)

Juan Mata (Manchester United)

Juan Mata tamat kontrak bersama Manchester United selepas 8 tahun

Manakala senarai pemain di bawah pula sudahpun menyatakan kesudian untuk bermain di kelab baharu mereka bermula musim 2021-22 nanti.

Donnarumma bakal sertai PSG

Gigi Donnarumma (AC Milan – Paris Saint Germain)

Gigi Buffon (Juventus – Parma)

Memphis Depay (Lyon – Barcelona)

David Alaba (Bayern Munich – Real Madrid)

Sergio Aguero (Manchester City – Barcelona)

Aguero sah milik Barcelona

Eric Garcia (Manchester City – Barcelona)

Gini Wijnaldum (Liverpool – PSG)

Florian Thauvin (Marseille – Tigres)

Moussa Marega (Porto – Al Hilal)

Vincent Aboubakar (Porto – Al-Nassr)

Sumber : Football Transfers

BACA:  Empat Pemain Remaja Yang Bakal Cipta Nama Pada Musim Baru