Senarai Lengkap Perpindahan Kelab EPL Setakat Ini

Jendela perpindahan musim panas sudah lama dibuka dan beberapa perpindahan berprofil tinggi telah berlaku lantas menerima reaksi yang pelbagai.

Manchester City telah mengaktifkan klausa perpindahan penyerang berbisa, Erling Haaland, dari Borussia Dortmund, manakala naib juara liga musim lalu, LIverpool, pula telah sah membawa penyerang Uruguay, Darwin Nunez ke Anfield.

Jendela perpindahan ini akan ditutup pada 1 September, pada pukul 11 malam waktu United Kingdom.

Berikut adalah senarai perpindahan yang sudah rasmi setakat berita ini ditulis.

Arsenal

Arsenal telah berjaya memikat pemain Porto, Fabio Vieira, dan juga Gabriel Jesus. Terbaru, seorang lagi pemain City, Zinchenko menjadi pilihan Mikel Arteta.

Masuk

Matt Turner — New England Revolution

Fabio Vieira — Porto, £34.3 juta

Marquinhos — Sao Paulo

Gabriel Jesus – Manchester City, £45 juta

Oleksandr Zinchenko – Manchester City, £30 juta

Keluar

Daniel Ballard — Sunderland (Jun 30)

Alexandre Lacazette — Lyon, percuma (Jun 9)

Dinos Mavropanos — Stuttgart (May 19)

Matteo Guendozi – Lyon, £8 juta

Aston Villa

Steven Gerrard telah sah membawa pertahanan Diego Carlos ke Villa Park, tetapi masih lagi memerlukan seorang pertahanan kiri dan juga pemain tengah.

Masuk

Robin Olsen — Roma, yuran perpindahan dirahsiakan (Jun 4)

Diego Carlos — Sevilla, yuran perpindahan dirahsiakan (Jun 1)

Boubacar Kamara — Marseille, percuma (May 23)

Philippe Coutino— Barcelona, £17 juta (May 12)

Ludwig Augustinsson – Sevilla, pinjaman

Rory Wilson – Rangers, £350,000

Keluar

Conor Hourihane — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Matt Targett — Newcastle (Jun 8)

Indiana Vassilev — Inter Miami, pinjaman tanpa riba (May 5)

Trezeguet – Trabzonspor, £4.25 juta

Brentford

Thomas Frank semestinya mahu memperkuatkan lagi pasukannya yang menamatkan saingan liga di tangga yang ke-13 pada musim lalu.  Kemasukan Aaron Hickey menjadi tumpuan kerana bek Scotland tersebut tampil cemerlang di Serie A pada musim lalu

Masuk

Max Wilcox – Bolton, percuma

Aaron Hickey – Bologna, £17 juta

Keane Lewis-Potter – Hull £16 juta

Keluar

Ben Hockenhull – Tranmere, Percuma

Brighton and Hove Albion

Yves Bissouma telah sah menyertai Tottenham Hotspur tetapi beberapa pemain utama lain turut dikaitkan dengan perpindahan ke kelab yang mampu menawarkan gaji yang lebih besar. Masakkkkkk.

Masuk

Simon Adingra — Nordsjaelland, £6 juta (Jun 25)

Julio Enciso — Libertad, £9.5 juta (Jun 17)

Benicio Baker-Boaitey – Porto, tidak diketahui nilai pepindahan

Keluar

Yves Bissouma — Tottenham (Jun 14)

Jayson Molumby — West Brom, percuma (May 4)

Bournemouth

Pembaharuan kontrak kepada beberapa pemain utama menjadi fokus utama dalam jendela perpindahan Scott Parker setakat ini selepas berjaya membawa kelab ini kembali ke liga tertinggi di England. Pun begitu, dua pemain sudah pun berjaya dibawa ke Stadium Vitality.

Masuk

Joe Rothwell — Blackburn, percuma (Jun 24)

Ryan Fredericks — West Ham, percuma (Jun 22)

Keluar

Gary Cahill — dilepaskan/tamat kontrak (May 19)

Chelsea

Agak pelik pada jendela pepindahan pada kali ini kerana Chelsea sering disailang oleh pasukan lain dalam memikat pemain. Banyak kali kena sailang, tetapi masih mampu membawa masuk beberapa pemain ternama.

Masuk

Raheem Sterling – Man City, £47.5 juta

Kalidou Koulibaly – Napoli,£34 juta

Keluar

Jake Clarke-Salter — QPR, percuma (Jun 14)

Andreas Christensen — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Danny Drinkwater — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Charly Musonda — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Antonio Rudiger — Real Madrid, percuma (Jun 2)

Romelu Lukaku – Inter Milan, pinjaman berbayar

Crystal Palace

Fokus Palace setakat ini dilhat lebih kepada membeli pemain muda yang berpotensi tinggi dan Patrick Vieira difahamkan sudah mempunyai sasaran pemain tengah dan juga pertahanan dalam jendela perpindahan kali ini.

Masuk

Sam Johnstone – West Brom, percuma

Chris Richards – Bayern Munich, tidak diketahui nilai perpindahan

Cheick Doucoure – Lens, tidak diketahui nilai perpindahan

Malcolm Ebiowei – Derby, percuma

Keluar

Martin Kelly — dilepaskan/tamat kontrak (May 23)

Everton

Selepas prestasi teruk dan pengurusan tidak tentu hala pada musim lalu, pembesar kelab dijangka tidak akan berbelanja sewenangnya lagi. Tetapi pada masa yang sama, masa depan pemain utama seperti Richarlison dan Dominic Calvert-Lewin masih lagi samar-samar.

Masuk

James Tarkowski – Burnley, percuma

Ruben Vinagre – Sporting CP, pinjaman tanpa riba

Keluar

Jonjoe Kenny — Hertha Berlin (Jun 14)

Fabian Delph — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Gylfi Sigurdsson — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Cenk Tosun — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Richarlison – Tottenham, £50 juta

Fulham

Fulham telah membawa ramai pemain baru demi memperkuatkan pasukan untuk kekal di dalam liga

Masuk

Andrea Pereira – Manchester United, tidak diketahui nilai perpindahan

Manor Solomon – Shakhtar Donetsk, pinjaman

Kevin Mbabu – Wolfsburg, tidak diketahui nilai perpindahan

Keluar

Fabio Carvalho — Liverpool (May 23)

Cyrus Christie — dilepaskan/tamat kontrak (May 23)

Michael Hector — dilepaskan/tamat kontrak (May 23)

Alfie Mawson — dilepaskan/tamat kontrak (May 23)

Jean Michael Seri — dilepaskan/tamat kontrak (May 23)

Leeds United

Jesse Marsch sangatlah lega apabila pasukannya terselamat daripada penyingkiran liga pada hari terakhir musim lalu. Setakat ini sejumlah wang telah ditabur ke Red Bull Salzburg tapi pembelian pemain tengah pasti menjadi keutamaan selepas Kalvin Phillips dikhabarkan bakal angkat kaki.

Masuk

Marc Roca — Bayern Munich, £10 juta (Jun 17)

Rasmus Kristensen — Red Bull Salzburg, £10 juta (Jun 8)

Brenden Aaronson — Red Bull Salzburg, £25 juta (May 26)

Tyler Adams – RB Leipzig, £20 juta

Keluar

Ryan Edmonson — Carlisle (Jun 23)

Leicester City

Masa depan Youri Tielemans masih lagi menjadi tanda tanya, tetapi penjualan pemain boleh menjadi kunci dan modal kepada pembelian berikutnya.

Masuk

Masih belum habis fikir

Keluar

Eldin Jakupovic — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Liverpool

Pembelin Darwin Nunez membuatkan para penyokong tidak gentar tentang penjualan Sadio Mane, tapi masa depan Mo Salah masih lagi tak tahu macam mana.

Masuk

Calvin Ramsay — Aberdeen, £8 juta (Jun 19)

Darwin Nunez — Benfica, £64 juta (Jun 14)

Fabio Carvalho — Fulham (May 23)

Keluar

Takumi Minamino — Monaco, £15.5 juta

Sadio Mane — Bayern Munich, £35 juta (Jun 22)

Divock Origi — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 9)

Loris Karius — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 9)

Sheyi Ojo — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 9)

Ben Woodburn — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 9)

Manchester City

Pasukan kaya dari rantau Arab ini telah mengumumkan pembelian Haaland tapi Pep Guardiola katanya sedang mengintai peluang untuk membeli Kalvin Phillips dan Marc Cucurella.

Masuk

Erling Haaland — Borussia Dortmund, £51.3 juta (Jun 13)

Kalvin Phillips – Leeds United, £64 juta

Stefan Ortega – Aerminia Bielefeld, percuma

Keluar

Gavin Bazunu — SKeluarhampton, £12 juta (Jun 15)

Fernandinho — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 4)

Manchester United

Tiga pemain baharu sudah dibawa masuk, seorang dua lagi dijangka akan dibeli nanti. Sabar sikit boleh?

Masuk

Christian Eriksen – Brentford, percuma

Tyrell Malacia – Feyenoord, £15 juta

Lisandro Martinez – Ajax Amsterdam, £60 juta

Keluar

Nemanja Matic — Roma, percuma (Jun 14)

Juan Mata — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 2)

Paul Pogba — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 1)

Jesse Lingard — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 1)

Lee Grant — retired (May 26)

Edinson Cavani — dilepaskan/tamat kontrak (May 22)

Newcastle United

Kelab yang baru sahaja kaya ini memerlukan seorang penyerang, bek tengah, pemain tengah, pemain sayap dan juga penjaga gol. Eddie Howe kira beruntung tak perlu pening kepala fikir pasal duit.

Masuk

Nick Pope — Burnley, £11 juta (Jun 23)

Matt Targett — Aston Villa (Jun 8)

Sven Botman – Lille, tidak diketahui nilai perpindahan

Keluar

Freddie Woodman — Preston North End (Jun 21)

Isaac Hayden — Norwich, pinjaman tanpa riba (Jun 7)

Dwight Gayle – Stoke City, pinjaman

Nottingham Forest

Forest setakat ini telah berbelanja sebanyak £70 juta untuk memperkemaskan pasukan pada musim hadapan.

Masuk

Taiwo Awoniyi — Union Berlin, £17.2 juta (Jun 25)

Ryan Hammond — Millwall (Jun 20)

Dean Henderson – Manchester United – pinjaman

Jesse Lingard – Manchester United, percuma

Omar Richards – Bayern Munich

Neco Williams – Liverpool

Moussa Niakhate – Mainz

Wayne Hennessey – Burnley

Keluar

Tobias Figueiredo — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Gaetan Bong — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Carl Jenkinson — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 10)

Southampton

Begitu ramai pemain dijangka akan tiba ke St Mary pada tahun ini. Tapi bukan yang ada nama besar macam Jordi Amat lah.

Masuk

Armel Bella-Kotchap — VfL Bochum (Jun 21)

Mateusz Lis — Altay SK (Jun 17)

Gavin Bazunu — Man City, £12 juta (Jun 15)

Sekou Mara – Bordeoux

Joe Aribo – Rangers

Romeo Lavia – Manchester City

Keluar

Fraser Forster — Tottenham, percuma (Jun 8)

Shane Long – Reading, percuma

Tottenham Hotspur

Berjaya layak ke pentas UCL membuatkan kelab ini agak menarik kepada pemain-pemain. Lagi pula, ini penting untuk mengekalkan dua pemain utama – Son Heung-min dan Harry Kane di Spurs.

Masuk

Yves Bissouma — Brighton (Jun 17)

Fraser Forster — Southampton, percuma (Jun 8)

Ivan Perisic — Inter Milan, percuma (May 31)

Clement Lenglet – Barcelona

Richarlison – Everton

Djed Spence – Middlesborough

Keluar

Cameron Carter-Vickers — Celtic (Jun 10)

West Ham

Selepas mencuri perhatian ramai pada awal musim, West Ham terkulai pada pusingan kedua perjalanan liga dan Daivid Moyes pastinya perlu berbelanja besar untuk mencabar tempat ke UCL

Masuk

Alphonse Areola — Paris Saint-Germain, £8 juta

Nayef Aguerd — Rennes, £26.6 juta (Jun 21)

Gianluca Scamacca – Sassuolo, £35.5 juta

Patrick Kelly – Coleraine

Keluar

Mark Noble — pencen, keluar KWSP, mula berniaga kecil-kecilan

Andriy Yarmolenko — dilepaskan/tamat kontrak (May 27)

Ryan Fredericks — dilepaskan/tamat kontrak (May 27)

David Martin — dilepaskan/tamat kontrak (May 27)

Wolverhampton Wanderers

Pengurus pasukan serigala ini mahukan pemain yang lebih muda dan cergas untuk musim 2022-23 nanti.

Masuk

Nathan Collins – Burnley, £20.5 juta

Hwang Hee-chan – RB Leipzig

Dom PLang – Doking Wanderers

Leon Chiwome – Wimbledon

Keluar

Ryan Giles — Middlesbrough (Jun 23)

John Ruddy — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 1)

Romain Saiss — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 1)

Marcal — dilepaskan/tamat kontrak (Jun 1)

Sumber dipetik dari : TheAthletic

Goal

BACA:  9 Perpindahan Menerusi Pertukaran Pemain Yang Paling Menarik Dalam Sejarah