Sifat Terpuji Neymar Memberi Bola Kepada Cavani Untuk Sepakan Penalti

Sifat terpuji yang beraras tinggi Neymar memberi bola kepada Edison Cavani untuk menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan PSG menentang Galatasaray mendapat pujian dan sanjungan ramai kerana mempamerkan satu semangat berpasukan yang tinggi.

PSG berpesta gol ketika menentang kelab Turki, Galatasaray dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan dengan jaring 5 gol tanpa balas. Walaupun sudah layak kepusingan seterusnya tiada belas kasihan daripada Neymar, Kylian Mbappe dan rakan-rakan untuk menjadi juara kumpulan.

Mauro Icardi membuka tirai jaringan pada minit ke-32 sebelum Pablo Sarabia menggandakan kedudukan 3 minit kemudian. Pada minit ke-47 Neymar terus menjarakkan kedudukan, Kylian Mbappe tidak mahu membuat bantuan gol sahaja dan menjaringkan gol ke-4.

Kylian Mbappe telah dijatuhkn dan Edison Cavani melengkapkan kemenangan dengan gol ke-5 melalui sepakan penalti pada minit ke-84 disinilah terjadi insiden yang menarik perhatian dunia.

Neymar yang memegang bola berjalan ke arah Edison Cavani dan telah menyerahkan bola kepada Edison Cavani untuk membuat sepakan penalti, tenyata itu satu tindakan yang mengejutkan.

Semua sedia maklum tentang perseteruan dan permusuhan antara Neymar dan Cavani terjadi gara-gara berebut sepakan penalti.

Neymar dan Mbappe masing-masing menjaringkan satu gol dan dua bantuan gol.

Tindakan Neymar ini telah membuktikan bahawa usaha Thomas Tuchel untuk menerapkan semangat kerjasama berpasukan yang tinggi antara pemain telah berjaya. Dari segi gol yang terhasil juga menunjukkan satu kerjasama yang baik.

Thomas Tuchel juga telah memuji tindakan Neymar itu dan beliau tahu Neymar seorang pemain yang mempunyai jiwa yang besar.

“Aku gembira kerana aku selalu berkata beliau seorang budak yang berjiwa besar. Cabaran bagi Neymar adalah untuk membuktikan perkara itu kepada semua.”

Insiden Berebut Penalti Neymar vs Cavani

Pada musim 2017/18 Neymar dua kali terlibat dalam perebutan sepakan penalti bersama Cavani sejak tiba di ibu kota Paris. Pertama ketika menang menentang Toulouse 6-2 dan sekali lagi berebut ketika menang 2-0 ke atas Lyon.

Oleh kerana insiden ini membawa kepada perpecahan pengerusi PSG Nasser Al-Khelaifi terpaksa campur tangan dengan menawarkan gula-gula sebanyak RM5 juta (€1 juta) kepada Cavani supaya mengalah kepada Neymar.

Namun tawaran ini telah ditolak oleh Cavani dengan penuh bermaruah lagi berintegriti.

Gaduh minta bola | Gambar : The Sun

Situasi ini mungkin menyebabkan Neymar merindui Lionel Messi yang sentiasa bersedia untuk memberi Neymar mengambil sepakan penalti. Ketika Neymar gagal menyempurnakan penalti Messi tidak marah malah masih boleh tersenyum dan pergi menenangkan Neymar.

Ekoran perebutan itu bola itu membawa kepada permusuhan dalam perlawanan antarabangsa ketika Uurguay menentang Brazil di Stadium Emirates London di mana Neymar telah diterjah keras oleh Cavani dan Neymar ternyata kecewa.

Bundesliga Cadang Penyelesaian Kepada Isu Cavani Dan Neymar

Twitter rasmi Bundesliga telah mencadangkan satu jalan penyelesaian yang sangat mudah dan menari untuk PSG bagi menyelesaikan masalah perebutan sepakan penalti antara Neymar dan Cavani.

Bundesliga telah meletakkan video bagaimana Kroos dan Ribery melakukan Osom atau ojuh atau Rock, paper, scissor sambil diperhatikan Robben.

Pemenang berhak untuk membuat sepakan.

Sangat menarik dan menghiburkan jika Cavani dan Neymar setuju untuk memilih cara ini.

Baca Juga

Baca Juga