Son Kembali Sertai Sesi Latihan Spurs, Namun Beliau Kelihatan Sangat Muram

Son Heung Min telah kembali ke sesi latihan pra musim bersama skuad Tottenham Hotspur, namun ada satu hal yang membimbangkan para peminat.

Para peminat merasakan yang Son nampak sangat muram dan beliau sepertinya langsung tidak ghairah untuk kembali menjalani sesi latihan.

Spurs mengakhiri saingan liga dikedudukan ketujuh pada musim lalu dengan mereka telah memecat Jose Mourinho pada penghujung musim dek kerana masalah kemerosotan prestasi.

Selepas sekian lama mencari pengganti yang paling sesuai untuk menggantikan tempat Jose Mourinho, Spurs akhirnya melantik Nuno Espirito Santo sebagai pengurus kelab yang baharu.

Salah seorang pemain yang paling dinanti-nantikan oleh Nuno untuk kembali menjalani latihan adalah Son Heung Min dan pengurus dari Portugal itu sangat gembira dengan kembalinya Putera Asia mereka itu.

Namun begitu, gambar Son yang dirakam ketika perjalanan pulang beliau ke pusat latihan Tottenham di Enfield, terlihat sugul, tak bermaya, lesu dan langsung tak bersemangat.

Bintang Korea Selatan itu merupakan salah seorang pemain terpenting skuad dan nadi kepada jentera serangan di samping Harry Kane.

Namun begitu, penyerang kebangsaan England itu pula dikaitkan bakal meninggalkan Tottenham Hotspur pada musim panas ini dan beliau dikatakan mungkin akan menyertai Manchester City.

Putera Asia yang ceria

Kane dilaporkan telah memberitahu chairman kelab, Daniel Levy tentang hasratnya untuk meninggalkan kelab kerana mahu memenangi Piala pada Mei lalu.

Para peminat sempat berfikir reaksi lesu Son untuk kembali ke pusat latihan membuktikan yang Spurs sangat teruk kerana membuatkan pemain paling ceria dalam dunia bola sepak berubah menjadi duka.

“Dia nampak langsung tak bersemangat, apa yang sudah berlaku? Apa yang Spurs dah buat pada dia?”

“Kalau reaksi awal beliau sudah seperti ini, saya tak boleh bayangkan macam mana hancurnya Tottenham Hotspur tanpa Son dan Kane selepas ini.”

“Adakah dia penat kerana baru sampai? Tapi sebelum ni pun dia tak nampak seperti itu, kali ini dia nampak betul-betul dalam kesedihan.”

“Spurs kena lakukan sesuatu untuk kembali ceriakan pemain paling ceria dalam dunia bola sepak ini. Hati saya sakit melihat Son bersedih.”

Pemain berusia 29 tahun itu dilaporkan sudah bercakap dengan Espirito Santo dan beliau telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian baru sehingga 2024 nanti.

Son Heung Min berjaya menjaringkan 20 gol pada musim lalu, namun beliau sehingga kini masih terkesan dengan cara bagaimana Mourinho pergi meninggalkan kelab.

“Ia selalu menyedihkan jika melihat seseorang hilang pekerjaan dia.”

Jelas Son kepada TV3 Sport.

“Saya sudah bekerja dengan dia selama 17 ke 18 bulan, ia ada pasang dan surut, ia ada baik dan kadang kala kami tidak begitu baik.”

“Saya rasa bagi saya dan dalam ingatan saya, dia akan tetap menjadi salah seorang pengurus yang terbaik di dunia.”

“Ia sangat menyedihkan untuk melihat dia pergi tanpa sebarang kejayaan. Ia sangat menyedihkan kerana dia adalah individu yang telah menang segalanya.”

“Ini merupakan pasukan pertama yang beliau kendalikan dan tidak memenangi apa-apa, jadi saya rasa kesian untuk dia terhadap hal seperti ini.”

Kane Mungkin Tidak Akan Sertai Pra Musim Spurs

Para pemain England dikatakan percaya yang kebarang kalian untuk melihat Harry Kane tidak kembali menyertai latihan pra musim bersama Tottenham Hotspur adalah sangat tinggi.

The Telegraph melaporkan yang Kane mungkin tidak akan kembali menyertai skuad dalam usahanya untuk memaksa kelab meluluskan perpindahannya menyertai Manchester City musim panas ini.

Ketua pasukan skuad The Three Lions itu masih belum menghantar permohonan rasmi untuk meninggalkan kelab (transfer request).

Namun Kane telah memberitahu pihak kelab yang beliau sudah bersedia untuk meninggalkan kelab untuk mencari cabaran baru dan mahu memenangi Piala kejuaraan.

Selepas tersebarnya berita tersebut, kebanyakkan kelab-kelab di benua Eropah mula mengalihkan perhatian mereka pada Harry Kane.

City antara pasukan paling berminat untuk mendapatkan Harry Kane dengan mereka dilaporkan bersedia membuat tawaran bernilai £100 juta untuk penyerang terhebat dunia itu.

Walau bagaimanapun, belum sempat Manchester City menghantar bidaan secara rasmi, Daniel Levy sudah awal-awal menolak tawaran tersebut.

Pada awal musim panas ini, Levy telah memberi bayangan yang sebalik keinginan Kane untuk meninggalkan Spurs, beliau akan tetap mengutamakan kepentingan kelab dengan menyatakan:

“Apa yang kami mahu dan apa yang kelab lain mahu adalah satu hal yang tak selalunya akan tercapai. Kami akan lakukan apa saja yang terbaik untuk kelab.”

Pengurus baharu Spurs, Nuno Espirito Santo telah menjalani sesi sidang media pertama bersama kelab kemarin, dan beliau telah mendedahkan hal yang hampir sama berkait ketua pasukan England itu, dengan menyatakan:

“Langsung tak ada keraguan dalam fikiran saya. Apa yang saya harapkan adalah Harry dapat recover dengan baik dan dapat rehat yang secukupnya.”

“Ketika dia tiba nanti, dia akan rasa sendiri untuk beri komitmen supaya menjadikan diri dia lebih baik. Kami ada cita-cita tinggi, kami mahu lakukan yang terbaik dan Harry termasuk dalam perancangan itu.”

“Harry merupakan pemain kami, titik! Tidak ada keperluan untuk bercerita tentang hal lain. Sekarang adalah waktu untuk dia berehat. Ketika dia kembali, kami akan adakan rundingan yang lebih baik. Saya sedang menanti dia kembali untuk sertai skuad.”

The Telegraph sebelum ini melaporkan yang rakan sepasukan Kane dalam skuad kebangsaan England percaya yang beliau tidak akan kembali sertai latihan pra musim bersama kelab dalam usahanya untuk pergi.

Menolak untuk sertai kem latihan bakal menjadi langkah paling drastik untuk seseorang pemain professional yang sudah dianggap sebagai role model dalam dunia bola sepak.

Bekas pemain Chelsea dan penyampai talkSPORT, Tony Cascarino percaya yang Kane tidak akan pernah melakukan hal seperti itu.

Cascarino mendedahkan hal tersebut dalam bual bicara Weekend Sports Breakfast bahawa:

“Kerana dia seorang yang sangat professional, saya rasa dia akan hormati kontrak dia dan dia akan berusaha untuk beritahu apa perasaan dia.”

“Perbincangan ini bukan baru berlaku tahun ini, tapi setahun sebelum dia menandatangani lanjutan kontrak terakhir dia, yang mana saya rasa dia ketika itu menandatangani perjanjian selama enam tahun.”

“Dia pada ketika itu sudah mendedahkan yang, ‘akan tiba satu waktu nanti saya mahu pergi’, dan Daniel Levy sepatutnya tahun benda itu.”

“Saya yakin Kane sudah bincangkan hal itu terlebih dahulu. Tak ada orang yang akan terus tandatangani perjanjian selama enam tahun tanpa berunding hal seperti itu terlebih dahulu.”

“Dia tentu sudah kata, ‘Jika tiba waktunya nanti dan kita masih belum menang apa-apa, saya akan pergi, saya mahu menang sesuatu, bagi saya dua ke tiga tahun, kalau tak menang juga izinkan saya keluar.”

Sejak debut Kane bersama skuad senior Spurs pada musim 2011/12, beliau telah berjaya menjaringkan 221 gol dari 336 penampilan.

Sumber: SB

BACA:  Heung-Min Son Mahu Tewaskan Manchester United Sebelum Berangkat Ke Piala Asia