Son Dedah Situasi Berkait Perpindahan Harry Kane

Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung Min telah bercakap berkait spekulasi sebalik perpindahan rakan sepasukannya, Harry Kane pada musim panas ini.

Handalan Korea Selatan itu menolak untuk mempercayai hal berkait perpindahan mega Kane untuk meninggalkan Spurs.

Beliau menegaskan yang dirinya tidak akan percaya dengan gosip dan menganggap tiada apa yang berlaku atau bakal menjejaskan fikirannya.

Untuk menyedapkan hati Presiden Spurs, Daniel Levy, Son Heung Min menegaskan bahawa beliau akan terus beri yang terbaik kepada kelab.

Son juga menjelaskan yang berita Kane bakal meninggalkan Spurs pada musim panas ini sama sekali tidak membuat beliau bimbang.

Harry Kane ketika ini sedang bersama skuad kebangsaan England untuk persediaan menyertai Euro pada pertengahan bulan ini.

Beliau dilaporkan akan meninggalkan Spurs untuk menyertai pasukan Premier League yang lain, dalam usahanya untuk menjulang Piala kejuaraan.

Kane sepanjang kariernya bersama Tottenham Hotspur, beliau tidak pernah menjuarai sebarang kejuaraan, walaupun dianggap sebagai penyerang terhebat dunia.

Ketika Son ditanya adakah beliau bimbang Spurs akan kehilangan bintang utama mereka itu pada musim panas ini, beliau sambil bergurau menjawab:

“Adakah Kane sudah berpindah?”

“Semuanya masih belum diputuskan lagi, berbanding merisaukan tentang perpindahan dia, lebih baik saya lakukan yang terbaik untuk Tottenham.”

“Saya mahu beri tumpuan kepada pasukan kebangsaan dan Tottenham, mungkin Kane juga memikirkan hal yang sama, dia sibuk mempersiapkan diri untuk aksi Euro.”

Presiden kelab, Levy mempunyai kuasa terbesar berkait perpindahan ini dek kerana Kane masih terikat dengan kontrak jangka panjang yang hanya akan berakhir pada 2024 nanti.

Namun selepas berakhirnya kejohanan Euro ini nanti, Kane seharusnya menentukan keputusan beliau sama ada mahu kekal atau berhijrah menyertai pasukan lain.

Dalam satu temu bual khas bersama Gary Neville, bintang berusia 27 tahun itu menjelaskan yang beliau sama sekali tidak mahu menyesali segala keputusan yang telah beliau pilih sepanjang kariernya.

“Saya tak mahu di penghujung karier saya nanti saya ada rasa penyesalan. Saya mahu jadi yang terbaik saya semampu saya.”

Jelas beliau kepada Neville di saluran Youtube The Overlap.

“Saya tak pernah kata saya akan kekal bersama Spurs sepanjang karier saya dan saya juga tak pernah katakan saya akan tinggalkan Spurs.”

“Orang mungkin akan kata, ‘dia terdesak untuk Piala, dia perlukan Piala’, tapi saya rasa saya perlu cari sesuatu yang baru dalam karier saya.”

BACA:  Heung-Min Son Mahu Tewaskan Manchester United Sebelum Berangkat Ke Piala Asia