Sumpahan Divock Origi

Peminat pasukan paling hebat di muka bumi, Liverpool percaya bahawa Ernesto Valverde telah dipecat kerana sumpahan pemain lagenda mereka, Divock Origi.

Ernesto Valverde yang merupakan pengurus pasukan Barcelona sudah lama dijangkan akan dipecat kerana prestasi tidak menentu Barcelona ketika ini.

Akhirnya detik itu tiba jua apabila Ernesto Valverde dipecat selepas tewas kepada Atletico Madrid di Spanish Supercopa di Jeddah, Arab Saudi.

Ernesto Valverde menjadi pengurus pertama Barcelona yang dipecat dalam tempoh 17 tahun selepas Louis Van Gaal disingkir pada tahun 2003.

Apakah kaitan pemecatan Ernesto Valverde dengan Divock Origi? Kali terakhir Liverpool bertemu Barcelona hampir setahun yang lalu.

Menatang apakah itu sumpahan Origi? Macam sumpahan orang minyak kah?

Pemain penyerang Liverpool itu mempunyai rekod menjaringkan gol menentang pasuka lawann yang kemudiannya akan memecat pengurus pasukan mereka.

Ada juga antara pengurus pasukan tersebut meninggalkan pasukan itu.

Jarak masa antara jaringan Origi dan bila masanya pengurus tersebut akan dipecat tidak mempunyai tempoh masa yang spesifik.

Jadi apabila Origi menjaringkan gol menentang mana-mana pasukan, lambat laun pengurus pasukan lawan akan dipecat. Cepat atau lambat je.

Sumpahan ini disandarkan kepada apa yang terjadi kepada pasukan Watford, Tottenham Hotspur, Arsenal, Everton dan kini Barcelona.

Ernesto Valverde – Barcelona

Ernesto Valverde dipecat dan Origi menjaringkan gol kemenangan menentang Barcelona dalam perlawanan separuh akhir kedua Champions League.

Kebangkitan epik itu telah membawa Liverpool ke perlawanan akhir bertemu Tottenham Hotspur dan muncul juara buat kali ke-6 dalam sejarah Champions League.

Rafa Benitez – Newcastle

Pemain kebagsaan Belgium itu juga telah menjaringkan gol ketika menentang Newcastle musim lalu dan pengurus mereka ketika itu adalah Rafa Benitez.

Ternyata jodoh Newcastle dan Benitez tidak panjang apabila bekas pengurus Liverpool itu meninggalkan Saint James Park pada bulan jun.

Ini bukan dipecat tetapi meninggal. Mungkin kerana ada aura Liverpool dalam diri Benitez, maka kesucian diri terjaga.

Javi Gracia – Watford

Pada 27 februari 2019, Liverpool telah membelasah Watford 5-0 di Premier League dan Origi telah mencetak nama selaku penjaring dalam perlawanan itu.

Berseleang 7 bulan kemuadian, Javi Gracia yang mengemudi The Hornets ketika kekalahan besar itu telah dipecat selepas permulaan musim yang buruk.

Mauricio Pochettino – Tottenham Hotspur

Dalam perlawanan akhir Champions League musim 2018/19 liverpool telah berjaya menewaskan Tottenham Hotspurs 2-0 untuk menempa sejarah baru kelab.

Spurs telah memecat Mauricio Pochettino pada november lalu kerana bilik persalinan yang berantakan dan tidak bahagia.

Ya benar, Origi telah menjaringkan gol kedua dalam perlawanan akhir.

Unai Emery – Arsenal

Laungan Unai Emery keluar sudah lama bergema sejak di awal musim lagi dan akhirnya Unai Emery dipecat pada 29 November 2019 dan diganti oleh Mikel Arteta.

Pemain kelahiran Belgium itu telah menjaringkan dua gol ketika menewaskan Arsenal dalam perlawanan Carabao Cup yang penuh dramatik pada bulan Oktober.

Marco Silva – Everton

Banyak sangat rupanya jaringan epik dan penting daripada Origi yang mudah diingati. Pengurus musuh setempat, Marco Silva tidak dapat mengelak daripada sumpahan ini.

Marco Silva dipecat pada awal November, pada musim lalu ketika menentang Everton, Origi telah menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit akhir.

Kesilapan agak kelakar Jordan Pickford membolehkan Origi menjaringkan gol yang aneh.

Nuno dan Farke Masih Selamat?

Nuno Espírito Santo pengurus Wolverhampton Wanderes dan pengurus Norwich, Daniel Farke merupakan dua orang yang masih terselamat dengan sumpahan Origi untuk satu tempoh masa sahaja.

Origi telah menjaringkan gol ketika menentang kedua-dua pasukan ini. Pada ketika itu mungkin belum tiba masanya.

Nuno Espirito Santo secara real meninggalkan Wolves dan menyertai Tottenham Hotspur namun telah dipecat ketika musim belum masuk ke pertengahan.

Pada september 2021, Farke mengalami kekalahan 15 kali secara berturut-turut bersama Norwich City, rekod kelab atau pengurus dalam saingan tertinggi liga Inggeris.

Namun Farke masih selamat sehinggalah 6 November 2021, Norwich mencatatkan kemenangan pertama Premier League musim ini menentang Brentford dan dipecat selepas perlawanan.

Semua yang bergelar sumpahan Origi ini hanya satu kebetulan dan kalau kau percaya itu semua sumpahan tak tau nak cakap menda la.

BACA:  Throwback : Divock Origi Dikokak Penyokong Liverpool Selepas Menjaringkan Gol Pada Hari Kekasih