Syed Saddiq Ditarik Balik Piala Dan Disahkan DNF

Peminat tegar Syed Saddiq pastinya bersedih dengan berita terbaru apabila Syed Saddiq dilucutkan status sebagai pemenang tempat ketiga Perlumbaan Triathlon Desaru 2024.

Sebelum ini Syed Saddiq menggembirakan peminat setianya dengan kejayaan menamatkan perlumbaan 113km itu dengan meraih kedudukan tempat ketiga.

Amir menulis: “Hujan bukan penghalang untuk habiskan larian dalam 113 Desaru International Triathlon. Minggu lepas lari Muar ke Parlimen.

Minggu ni dapat podium pula. You’re the bomb Syed Saddiq.”

Tetapi semalam mulai ada pihak mempersoalkan kejayaan podium Syed Saddiq. Kerana menurut mereka catatan masa Syed Saddiq itu adalah tidak masuk akal.

Syed Saddiq kemudian membuat penjelasan di akaun X dengan menegaskan bahawa dia tidak menipu dalam perlumbaan. Apa yang dia dapat iaitu piala tempat ketiga adalah hasil usahanya.

Syed Saddiq sudah memeriksa dengan jawatankuasa teknikal dan menunjukkan beberapa data larian yang diberikan kepadanya.

Lantas Syed Saddiq benar benar kecewa dengan tuduhan bahawa dia mahu menipu semata mata tak nak kalah dengan peserta lain.

Lalu Syed Saddiq berkata: “Saya berlumba bukan sebab nak kejar medal atau piala. Saya berlumba untuk kesihatan mental dan juga untuk memperbaiki diri saya.”

Syed Saddiq nekad untuk menyemak sekali lagi catatan masanya dengan penganjur. Malangnya kali ini dia sangkut. Di mana penganjur menukar status dia sebagai pemenang tempat ketiga kepada peserta yang tak habiskan perlumbaan atau DNF.

Syed Saddiq menerima keputusan itu dengan hati terbuka. Dia berkata, kesilapan adalah pada bahagian teknikal pihak penganjur.

“Saya nak minta maaf, saya bertanggungjawab di atas kesilapan jujur ini.

“Silap saya kerana tidak lebih teliti dalam memeriksa perkara ini. Selepas semakan bersilang (cross check) saya mendapati memang ada kesilapan pada data catatan masa dengan rekod pada jam saya.

“Sebagai pemuda, saya dah tak sabar sabar nak perbaiki diri saya selepas ini. Mereka (pihak penganjur perlumbaan) juga mengakui mereka melakukan kesilapan yang jujur,” tegas Syed Saddiq kepada peminat setianya.

Tindakan Syed Saddiq ini mendapat reaksi berbeza daripada netizen. Ada yang menuduh Syed Saddiq sebagai sengaja cuba mengaburi mata rakyat Malaysia. Ada juga yang menerima permohonan maaf Syed Saddiq.

BACA:  Syed Saddiq: Gaji Lim Teong Kim RM 175,000 Sebulan