Ten Hag Puji Taktikal Sendiri Dan Salahkan 3 Pemain Punca Bakal Juara Kalah

Erik Ten Hag telah menyalahkan 3 pemainnya yang menjadi punca kepada kekalahan bermaruah Manchester United di tangan Brighton semalam. Di mana Manchester United kalah 2-1 di Brighton.

Pengurus baharu Brighton, Fabian Hurzeler berjaya mencipta 2 kemenangan daripada dua perlawanan pertamanya bersama pasukan itu setelah menewaskan Fulham minggu lalu.

Man United meninggalkan Amex dengan tangan kosong dengan 2 gol mereka dibatalkan kerana ofsaid. Marcus Rashford dah fikir dia berjaya menyamakan kedudukan selepas beberapa minit gol oleh Danny Welbeck. Namun ofsaid.

Hero kemenangan United minggu lalu, Zizi pula membuat kesilapan kelakar di mana dia tertampan bola Garnacho di depan gol lawan. Yang membatalkan gol itu kerana Zizi dan ofsaid.

Ten Hag memuji barisan serangannya namun tidak gembira dengan pertahanannya yang gagal mengekang Simon Adingra daripada melakukan hantaran lintang yang membawa kepada gol Joao Pedro pada lewat masa kecederaan.

Ten Hag yang bengang berkata: “Kami tak hentikan cross mereka. Ada 3 pemain berdepan Andigra yang merupakan pemain kami kanan. Patut cuba menolak dia pergi ke tepi berbanding dengan membiarkan dia melakukan hantaran silang.

“Dah tentu kami akan bincang balik benda ni nanti. Kami akan menangani perkara ini sebagai satu pasukan. Sebenarnya ada lebih daripada satu kesilapan kami lakukan pada situasi itu dan ianya memberikan kesan yang ketara kepada keputusan perlawanan.”

Seterusnya Erik Ten Hag juga kecewa dengan Man United yang bolos pada masa kecederaan atau sebelum tamat perlawanan. Dia menambah: “Melepaskan bolos pada masa kecederaan sangat mengecewakan. Ya betul. Sebab masa aksi Perisai Komuniti sebelum ini, kami bolos minit akhir sebelum tamat perlawanan. Kami harus lebih baik dalam situasi itu, lebih bijak membaca permainan. Dan cuba membawa 1 mata jika kamu tak mampu nak menang.

“Kami sebenarnya hampir memenangi perlawanan ini berbanding dengan hampir dengan kekalahan,” kata Ten Hag yang cuba menyedarkan pemainnya bahawa mereka sebenarnya pasukan yang lebih hampir dengan kemenangan. Namun kesilapan membuatkan kapal mereka terbalik jadi kalah.

Ten Hag menegaskan bahawa pasukannya harus mendapatkan keputusan lebih baik daripada perlawanan seperti ini.

“Rasanya, kami banyak melakukan benda yang betul dan kami banyak berjaya melakukannya. Misalnya, sewaktu kami menang piala sebelum ini, kami banyak menang perlawanan besar. Dan untuk aksi hari ini, kami patut lebih baik.

Bercakap tentang kesilapan pelik Zirkzee atau Zizi yang membatalkan gol Garnacho, Ten Hag menjelaskan: “Dah tentunya kami akan bincangkan tentang gol ini, cuba menjelaskan apa yang sepatutnya berlaku dan apa sebenarnya dah berlaku.

“Paling penting kami memenuhkan kawasan serangan, cara permainan itu sangat bagus, dan kemudiannya tentang hantaran akhir. Meletakkan pemain di posisi terbaik, membuat percubaan yang betul dan segalanya betul di sana. Macam yang kamu cakap tadi, Zizi agak tidak bernasib baik.”

Walaupun kalah, Ten Hag memuji prestasi dan persembahan pasukannya serta tatikal mereka ketika menyerang namun dia mengungkit balik hal pertahanan.

“Ini bukan semata mata tentang serangan balas, namun tentang binaan permainan, penguasaan dan bagaimana kami patut bertahan. Saya ada tengok benda benda yang bagus, terutama sekali pada separuh masa kedua. Dan kami patut lebih dominan mengawal permainan. Dan kami harus lebih klinikal dan lebih agresif.

Kelalahan ini pastinya mengecewakan peminat United yang sebelum ini meraikan kejayaan mereka menjadi juara hari pertama Liga Perdana Inggeris musim 2023/24 dengan perarakan trofi dan juga pancaragam.

BACA:  Conte Mula Lancarkan Perang Saraf Ke Atas Erik Ten Hag